Tutorial: Twitter buat Pengguna Baru (Part 3)

Disebabkan berderet keyword yang masuk ke blog ni kerana carian “twitter tutorial” hari ni Khai continue tutorial twitter untuk pengguna baru – part 3. Mungkin ini part yang terakhir jadi sama-sama lah kita berkongsi ilmu yosh. Kalau masih ada yang belum baca tutorial Twitter yang lepas, harap dapat baca dulu. InsyaAllah ada ilmu tambahan yang akan korang dapat. Khai bukan mengajar tapi cuma berkongsi apa yang Khai tahu dan melalui komen tambahan dari pembaca lain, sama-sama kita dapat ilmu yang baru. Well, sharing is loving right? Hehe..

* Tutorial Twitter Part 1 & Tutorial Twitter Part 2.

1. Tweet melalui SMS

– Kalau sebelum ini kita ada sms2twit, sekarang kita dah ada Gladlycast, di mana ianya jauh lebih baik dan selamat dari yang terdahulu. Gladlycast juga menggunakan nombor Hotlink jadi mungkin ini satu berita baik kalau korang juga adalah pengguna Hotlink/Maxis. Dengan SMS serendah 1 sen, korang dah boleh ber’twitter dari mana-mana pun. Dalam hutan, dalam toilet, tengah shopping atau tengah mencekik, dengan 1 sen satu dunia boleh tahu..

Ok kat bawah ni step by step untuk rujukan korang.


First tweet Khai via SMS. Thanks GladlyCast.

Korang juga boleh tambah phone number yang lain dalam satu akaun. Hope suatu hari nanti GladlyCast dapat buat sekali perkhidmatan MMS. So kita boleh tweet gambar beserta ayat. Gambar diorang host’kan dan ayat yang keluar di Twitter disertakan link terus ke gambar tersebut. Rasanya boleh tak diorang buat ek? (more…)

Posted on 3 September '09 by , under Media Sosial, Tutorial. 50 Comments.