Review: Gumuu – web perkongsian Multimedia tempatan

Hari-hari kalau kita online, memang kita akan bermain dengan gambar, video, teks, audio dan bahan multimedia yang lain kan? Dan semuanya ni kita semua akan gunakan platform sedia ada bagi memudahkan proses perkongsian. Contoh macam video, kita gunakan Youtube. Kalau audio pula, kita gunakan Mediafire dan kalau gambar, kita gunakan Flickr atau Picasa. So untuk bahan multimedia, kita terpaksa menggunakan pelbagai platform berlainan yang nyata melecehkan dan membazir masa.

Jadi, kerana kelecehan tersebut, lahirnya inisiatif untuk sebuah website yang dipanggil Gumuu. Gumuu adalah sebuah web 100% di dalam bahasa Melayu yang dibangunkan oleh Digide Technology dengan kerjasama Oh! Media. Kiranya memang made in Malaysia for Malaysian. Web ini masih lagi di dalam peringkat pra-matang (alpha). Dengan UI yang ringkas tapi menarik, memang mudah sangat untuk korang faham sendiri dengan Gumuu ni.

Dalam peringkat alpha ni, Gumuu hanya menyokong file video, audio, foto dan sebarang dokumen. Dan bila korang upload, semuanya akan diselaraskan mengikut akaun. So pastikan korang jadi antara yang terawal mendaftar di Gumuu. Pendaftaran sangat senang dan PERCUMA tanpa sebarang bayaran. Siap korang akan dapat saiz storan yang besar lagi.. (more…)

Posted on 21 October '10 by , under Review. 31 Comments.