Kenapa anda perlu beli Nokia 5800 XpressMusic berbanding iPhone


Untuk orang yang berduit dan suka buang duit, membeli iPhone 3G adalah pilihan yang baik. Namun bagi anda yang berduit tetapi tak mahu membazir hanya kerana jenama yang mahal berbanding kualiti (seperti Apple), pergi ke kedai dan beli’lah Nokia 5800 XpressMusic.

Ingin dijadikan cerita, semalam Khai ter’beli handphone baru. Hehehe. Punca beli memang tak sengaja. Lepas Khai beli simcard baru, entah camna Khai boleh lupa Lock Code untuk Nokia N73 hadiah harijadi dari Kak Lea tu. Nak tahu cerita pasal N73 tu boleh baca entri ini dan ini. Mesti jeles. Hehehe. Berbalik kepada perihal N73 ni, simcard baru 012 dah beli tapi tak boleh nak masuk pulak. Korek-korek dalam poket, eh! ada duit lah!! Jom beli handphone baru!! Yay! Haha.. (jangan tiru aksi ini ye adik-adik)

Usya punya usya ada satu yang menarik perhatian. Penuh atas meja dia punya fliers. Dari jauh nampak bersinar-sinar laksana bidadari langit turun ke bumi (saja nak bagi cerita best. haha!).


Cerita pasal Nokia 5800 XpressMusic ni, untuk korang yang nak cari handphone touch screen yang berpatutan berbanding kualiti yang menakjubkan, carilah Nokia 5800 XpressMusic. Khai dah pernah guna sehari dua member punya iPhone dan sekarang Khai guna Nokia 5800 milik Khai sendiri.. So dah.. (more…)

Posted on 21 May '09 by , under Gadget, Hidup Khai. 238 Comments.