Cara dan Tips Berhenti Rokok Paling Berkesan

Rokok 1

Salam all. Ini bukan artikel main-main atau kelakar. Anggaplah ni antara satu dari beberapa artikel serius yang pernah keluar di Justkhai ni. Walaupun kadang-kadang ada entri yang banyak typo (oops my bad), tapi bagi Khai itu semua tak penting as long korang masih faham apa isi yang cuba nak dikongsikan.

Perangai seorang Khai ni memang dia tak suka buat kerja dua kali. Termasuklah menyemak ejaan di blog (which is dilakukan masa menulis tapi tetap ada yang terlepas pandang). Sekali lagi, Ops! My bad. Jangan ada sesiapa lagi nak offer kerja. Karang melingkup bisnes korang, tak dapek den nak nolong do. Haha.

Hari ni cerita pasal rokok lagi. Nak pecahkan rahsia since dah kantoi pun dengan family (ampun mak abah & semua). Sebenarnya Khai merokok masa study kat University dulu. Biasalah dah campur member-member merokok itulah jadinya. Itu yang orang kata pengaruh rakan sebaya. Tapi honestly, niat Khai sumpah just nak buat research je kononnya. Pelik apa yang best dengan rokok dan ape yang payah sangat nak berhenti. Akhirnya makan diri. So adik2 jgn cuba2 nak merokok.. serius ni tak tipu. Khai dah rasa pun!

Ok itu cerita lama. Sekarang tak lagi. So orang yang ada pengalaman merokok ni paling layak la kot nak kasi nasihat free untuk mereka yang masih merokok even nak beli rokok sekotak pun korek duit tabung. LMAO! Loser betul korang ni. Hari ni meh kita belajar cara-cara bagaimana Khai berhenti dari menghisap benda haram ni. Tapi bukan semudah dengan kata-kata. Apa yang penting, disiplin diri perlu ada. (more…)

Posted on 13 November '09 by , under Motivasi. 133 Comments.

Harga rokok RM6.20 minimum la pakcik! Bukan maksimum!

Rokok 1

Tersebutlah kisah di zaman Hang Tuah dulu, ada satu pakcik ni lepak sebelah meja Khai kat mamak. Pok pek pok pek dia berborak pasal rokok. Lepas tu dia pandang Khai dengan member, dia bebel cakap apejadah nye mamak ni jual rokok mahal lagi. Dunhill 20 patutnya dah RM6.20 dah kata dia. Apesal kat mamak still jual RM9 something lagi.

Dengan buat-buat macam tak tahu perkembangan semasa, Khai pun tanya pakcik tu mana dia tahu rokok Dunhill 20 harganya dah RM6.20?

Dengan buat-buat muka macam kacak, pakcik tu cakap dia nengok Buletin Utama tadi. Terang-terang dalam berita tu dah cakap rokok 20 batang harga maksimum RM6.20 bermula hari ni (28 oktober 09).

Khai pun dengan buat-buat muka lebih kacak dan teruja dari pakcik tu pun cakap, “Oh ye ke pakcik. Haah ek apelah mamak dengan 7E ni tak reti-reti nak turunkan harga lagi. Teruk betul”. Nak jaga hati orang tua-tua punya pasal.

Dengan muka bangga pakcik tu pun geleng-geleng. Mungkin dalam hati dia cakap teruk betul budak-budak zaman sekarang ni. Perkembangan semasa pun tak amik tahu. Sigh~

Ok tamat kisah dengan pakcik tu. (more…)

Posted on 28 October '09 by , under Motivasi, Tergempar. 98 Comments.