Aidilfitri 2007 dalam erti sebenar bagi Khai

Khai AF1 mungkin menangis melihat namanya bukan lagi di atas. Tadi, aku search “KHAI” di Google. Akhirnya kepopularitian aku menjadikan aku yang pertama menjejaskan kepopularitian Khai AF1 yang suam-suam kuku entah ke mana tu. Khai Education juga tidak sepopular aku. Hahaha. Eh, Popular ke aku?

Wohoo.. Cuti semester akhirnya menjelma lagi. Tak sabar rasanya untuk aku tamatkan sahaja lagi satu semester tahun depan kemudian terus dengan praktikal 6 bulan. Kalau ada rezeki, sambung Degree. Kalau takde rezeki tu, faham-faham aje la. Kerja! Untuk semester 4 ni, tahap kesibukkan aku dua kali ganda dari semester yang lepas. Jika semester lepas, aku sering membebel di blog menceritakan tentang assignment yang aku terima, tapi semester ini, aku lebih suka senyap dari berkata apa-apa dan pastinya, kau sendiri tahu apa yang aku rasa. Apapun, thanks God sebab semua assignment semester ini lebih banyak kepada kerja individu kecuali untuk subjek Malaysian Studies. Kalau ingin diungkit apa yang terjadi semester 2 dan 3 lalu, betul-betul mengecewakan aku. Kerja berkumpulan yang diberi, puratanya, aku seorang yang buat dan pastinya untuk semester ini, tiada lagi insan yang cuba membuktikan kepada lecturer yang dirinya rajin pada hari presentation padahal bukan buat kerja pun. Sememangnya, aku cukup tidak suka akan kerja berkumpulan di Universiti. Serius!

Dua hari lagi, Aidilfitri menjelang tiba dan lihatlah, aku masih di sini. Di hostel keramat ini. Tiada masa lagi untuk melayari internet, Counter-Strike, Need for Speed dan semua perkara yang aku suka lakukan sebelum ini sebagai hobi. Masa terluang? apa itu? Tiga hari lepas, aku telah selesai membuat presentation mengenai Final Projek untuk subjek Web Publishing. Aku dan berpuluh pelajar Creative Multimedia lain ditugaskan untuk membina sebuah Online Megazine atau lebih mudah disebut, Ezine. Syukur Alhamdulillah, web aku, proposal dan segala macam lagi mengenai tugasan itu diterima sebulat suara oleh pensyarah tanpa sebarang komen. Dalam lebih kurang 70 pelajar, hanya kerja aku seorang yang diterima dan yang lainnya, hantarlah tugasan kalian selepas raya ini. Ezine itu telah aku upload di dalam server Scukz dan kalian boleh lihat jika mahu di alamatnya, http://ezine.scukz.com. Apalah yang aku ceritakan di Ezine itu, kalian lihatlah sendiri di sana. Tugasan poster juga telah selesai, di atas tu adalah kerja aku dan Nieza. Aku design poster mengenai kemerdekaan dan nieza mengenai Festival Muzik.

Hilangnya beban Ezine dan poster dalam hidup aku, belum cukup untuk membuat aku berehat panjang di rumah selepas lebaran ini. Seminggu selepas raya, ada lagi 2 assignment yang perlu aku submit, Flash Website dan juga Photo Montage. Alamak! jejak kampus lagi! Jika dikenang akan tugasan ini, boleh kena stroke otak ini. Apapun, mungkin ini menjadi satu sejarah dalam hidup aku bila dalam kesibukkan sahabat handai berkunjung ke rumah, aku masih di depan notebook menyudahkan tugasan ini. Raya ini juga adalah raya buat pertama kali’nya aku sambut dengan Nokia N73 ini hadiah dari Kak Lea. Raya ini juga aku sambut dengan kehadiran orang baru dalam keluaga dengan kelahiran anak abang aku beberapa bulan lalu selepas hampir 10 tahun berkhawin. Raya ini juga adalah kali pertama sejak aku menjadikan Nieza sebahagian dari hidup aku. Raya ini juga adalah kali pertama aku pulang beberapa jam sebelum raya. Oh, mungkin inilah hari raya untuk orang yang semakin dewasa seperti aku. Yay, aku dah dewasa.

Dikesempatan ini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang meraikannya. Aku juga ingin memohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kepada kedua ibu bapa aku yang nun jauh di kampung dan 5 akak & abangku yang menyara hidup aku di perantauan ini. huhu. Kepada semua sahabat handai yang mengenali tak kiralah realiti atau sekadar fantasi di dunia Internet sahaja. Mohon maaf juga kepada segelintir komentar blog ini yang tidak mampu aku balas setiap persis komennya. Kepada yang PM di YM tapi aku sekadar buat bodoh je tu, faham-faham sahajalah, aku sibuk dan aku tidak minat membalas soalan yang kurang bijak atau ditanya dengan cara kurang di ajar. Pendek kata, Kalian 0 dan aku juga 0. Kita seri! Setuju? Tapi dia ni, tak mungkin akan aku maafkan. Sorry!

Posted on 11 October '07 by , under Lain-lain. 18 Comments.