Sepatutnya, hari ini ulangtahun ke 2 aku dan dia


Saja nak tulis entri personal. Hari ni, bila Khai mendongak langit yang tinggi, rasa macam nak nangis je. Sedih dan sayu tak tahu kenapa. Bila pandang pokok-pokok nan menghijau yang mana selalunya buat Khai gembira, kali ni tetap sedih yang meruntum jiwa. Buka TV pun, nengok memanglah nengok, tapi bukan nengok cerita, tapi cuma nengok TV. Hanya sebuah TV 29 inci tanpa ada apa-apa perasaan.

Hurm.. kenapa aku jadi macam ni agaknye ye?

Dari title tu korang pun tahu ape yang jadi sebenarnya. Dua hari lepas terima sms dari si dia yang tak perlu diperkenalkan lagi. Isi sms tu yang rasanya sampai mati pun Khai takkan lupa dan tak mungkin Khai akan padam dari Inbox apalagi dari hati yang terluka ini. Sedikit bit ayatnya, “kau kahwin dengan ANJING je la lagi bagus”.. Well, sesungguhnya memang lagi bagus jika aku kahwin dengan ****** berbanding kamu!! (more…)

Posted on 17 March '09 by , under Hidup Khai. 112 Comments.