Entri Khas: Jamban cangkung atau duduk?

Mungkin ini adalah entri yang terkotor pada kelasnya yang pernah tertulis di Justkhai.Com. Walaupun ianya tak sekotor mana (mahupun sekotor hati manusia), tapi kalau tengah makan tu, sila habiskan dulu.


Bila ditanya jamban cangkung dan jamban duduk, mana satu menjadi pilihan hati.. mesti ramai yang tersenyum sinis membayangkan gaya diri sendiri membuang bahan terlarang tu kan? Ada yang sambil tersenyum, ada yang muka macam Fasola, ada yang sambil cakar dinding (kritikal terlebih minum tongkat ali ni), ada yang sambil baca newspaper sedar-sedar je dah setel dan ada pula yang berak sambil berdiri (ah, ini melampau.. hahaha)..

Oleh kerana itu, wujudnya satu entri di Oh! Tidak melalui entri bertajuk, Oh! Jamban mana satu?

Beberapa komen di situ membuatkan Khai ketawa geli hati tak ingat dunia. Antara beberapa komen yang menjadi pilihan untuk ada di entri khas ini…

Cangkung, sbb memilih itu kerna lg senang ‘bijih timah’ itew kluar. klu duduk cam x feel la. klu jumpa tnds duduk pun cangkung gak atas tu. tak kira.
– Dari Deliciously

ntahlaa.. aku dah biasa tnds duduk.. tnds cangkung mmg org kata best nak feel.. tp kaki aku jenis senang sakit.. so kalaulah aku cangkung, masa dah bangun tu time jalan mesti kaki aku nye tuh pergh sakit die ‘baek punyee’..
– dari Amy Amira

Secara benarnya jamban cangkung lebih baik kerana bila kita mencangkung maka segala najis yang ingin di buang akan tekeluar.

Jika kau memilih jamban duduk, apabila kau buang najis, maka najis 2 xkan 100% keluar dan najis yang tinggal di usus kau 2 akan jadi kudis dan boleh menyebabkan radang usus (Kansel)

Tp ramai yang pilih jamban duduk sbb dia mudah begitu jua aku..
– dari Ahmad Kasam

Begitu tulus komen-komen diorang kat sana. Yes, entri pasal jamban ni ramai yang sangka sebagai entri lawak atau mungkin juga entri bodoh. Tapi mari kita sama-sama nengok siapa yang kurang bijak sebenarnya.. Beberapa fakta yang wajib korang tahu mengenai jamban cangkung dan jamban duduk. (more…)

Posted on 7 February '09 by , under Istimewa. 58 Comments.