Bukankah Kita Yang Lebih Mengenali Diri Kita?

Hari ini merupakan hari yang agak berinspirasi untuk saya tapi sedikit memenatkan. Minggu lalu mungkin satu minggu yang amat baik untuk soal perniagaan di dalam hidup saya tetapi agak kurang sedikit di dalam soal hati dan perasaan. Dalam 1 tahun 3 bulan dan 15 hari kami bersama, ini kali pertama kami bergaduh yang agak dasyat juga. Tapi saya maintain. Masih lagi seorang lelaki yang kool dalam menyelesaikan masalah. Bila dah baik balik, tentunya perasaan cinta itu bertambah beribu kali ganda rasanya. Ah, persetankan tentang itu kerana ianya bukanlah penting sangat.

Saya masih ingat semasa saya masih kecil, saya tidak pernah dipukul oleh kedua ibu-bapa saya. Sehinggalah dah besar panjang begini. Kalau dimarahi tu biasalah. Budak-budak bukan? Tapi menurut mereka, saya seorang anak yang baik dan sentiasa dengar kata. Eh, biar betul? Kata mereka lagi, sukar sekali untuk melihat saya melawan kata atau buat perangai di belakang pengetahuan mereka.

Orang kata, budak-budak masa kecil kalau berperangai baik, nanti dah besar akan terjal dan begitulah sebaliknya. Alhamdulillah, mungkin saya masih dapat mengekalkan keperibadian saya sehingga ke hari ini. Kedua ibu-bapa saya bukanlah orang senang, tetapi mereka tidak pernah mengajar saya tentang kehidupan yang susah. Mereka tidak pernah mengajar saya bagaimana susahnya untuk mencari duit. Alasan mereka, tidak mahu kehidupan saya sama seperti mereka, susah seperti mereka. (more…)

Posted on 21 October '11 by , under Motivasi. 34 Comments.