Bukankah Kita Yang Lebih Mengenali Diri Kita?
Hari ini merupakan hari yang agak berinspirasi untuk saya tapi sedikit memenatkan. Minggu lalu mungkin satu minggu yang amat baik untuk soal perniagaan di dalam hidup saya tetapi agak kurang sedikit di dalam soal hati dan perasaan. Dalam 1 tahun 3 bulan dan 15 hari kami bersama, ini kali pertama kami bergaduh yang agak dasyat juga. Tapi saya maintain. Masih lagi seorang lelaki yang kool dalam menyelesaikan masalah. Bila dah baik balik, tentunya perasaan cinta itu bertambah beribu kali ganda rasanya. Ah, persetankan tentang itu kerana ianya bukanlah penting sangat.
Saya masih ingat semasa saya masih kecil, saya tidak pernah dipukul oleh kedua ibu-bapa saya. Sehinggalah dah besar panjang begini. Kalau dimarahi tu biasalah. Budak-budak bukan? Tapi menurut mereka, saya seorang anak yang baik dan sentiasa dengar kata. Eh, biar betul? Kata mereka lagi, sukar sekali untuk melihat saya melawan kata atau buat perangai di belakang pengetahuan mereka.
Orang kata, budak-budak masa kecil kalau berperangai baik, nanti dah besar akan terjal dan begitulah sebaliknya. Alhamdulillah, mungkin saya masih dapat mengekalkan keperibadian saya sehingga ke hari ini. Kedua ibu-bapa saya bukanlah orang senang, tetapi mereka tidak pernah mengajar saya tentang kehidupan yang susah. Mereka tidak pernah mengajar saya bagaimana susahnya untuk mencari duit. Alasan mereka, tidak mahu kehidupan saya sama seperti mereka, susah seperti mereka.
Apa yang saya inginkan, mereka akan cuba dapatkan. Tapi permintaan saya tu sekadar air kotak dan air 100 Plus sahaja setiap kali mereka ke kedai. Bukanlah sesuatu yang mahal atau sukar untuk mereka dapatkan. Mungkin saya dilahirkan untuk menjadi seorang anak yang memahami susah senang kehidupan seorang ibu dan bapa.
Terus-terang, mereka tidaklah terlalu supportive. Bukan semua perkara yang saya lakukan mereka beri sokongan sepenuhnya sedangkan ketika saya sekolah lagi, saya seolah-olah sudah nampak akan masa depan melalui minat saya pada ketika itu.
Ibu bapa pastinya risaukan anaknya bila ber’internet berseorang diri di dalam bilik. Itulah yang dirasai kedua ibu-bapa saya. Setiap kali saya online di dalam bilik, setiap kali itu mereka rasa risau. Setiap kali itu mereka cuba mengintai saya dari celah-celah dinding rumah yang semakin usang. Sampaikan satu tahap, saya perlu bawa komputer keluar dari bilik dan sentiasa online di depan mata mereka. Fuh, terencat rasanya apabila sentiasa diperhatikan.
Bil internet yang tinggi (ketika itu zaman dial-up), selalu saja menerima rungutan mereka. Dan saya yang masih bersekolah dan hanya mengharapkan duit poket belanja ke sekolah, hanya terdiam sepi setiap kali bil multimedia tiba di rumah. Apa sahaja yang saya mampu lakukan ketika itu selain dari berbelanja di kantin sekolah.
Pejam celik, pejam celik, saya sudah pun dewasa. Sudah habis belajar dan sudah bekerja dengan syarikat yang dibangunkan dengan hasil titik peluh sendiri. Hari ini segala-galanya saya lakukan adalah dengan keputusan saya sendiri. Sesuap nasi yang saya makan hari ini, segalanya dari pencarian rezeki saya sendiri. Apa yang saya gunakan hari ini, semuanya ‘reward’ tidur saya yang sentiasa tidak mencukupi. Jauh diluar normal kebanyakan manusia lain. Mereka kini di kampung meneruskan kehidupan yang berbahagia apabila melihat anak-anak serta cucu-cucunya berbahagia. Semoga sejuk perut ibu mengandungkan anak-anaknya.
Apa yang cuba saya sampaikan di sini, tidak kiralah samaada keluarga kita menyokong atau tidak apa yang kita lakukan, kita lakukan sahaja selagi ianya baik. Sentiasa juga menerima teguran dan nasihat mereka walaupun sebenarnya kita lebih faham dengan apa yang kita lakukan. Usah jadikan itu satu alasan untuk berputus asa. Tiada siapa yang lebih mengenali diri kita selain diri kita sendiri. Percayalah pada instinct. Percayalah dengan usaha dan tawakal. Percayalah pada qada’ dan qadar Allah.
Buktikan pada mereka, kita mampu untuk berjaya. Buktikan pada semua orang, kita boleh untuk berdiri di atas kaki sendiri. Buktikan pada diri kita sendiri, yang kita tidak sama dengan rakan sebaya lain yang rata-ratanya masih tidur. Buktikan pada sesiapa sahaja, siapa sebenarnya diri kita. Hanya dengan kesabaran dan ketekunan, mampu membawa kita ke peringkat yang lebih tinggi sekaligus menutup mulut-mulut yang selama ini cuba membawa pergi semangat kita bersama mereka. Semoga saya dan anda semua berjaya di dunia dan di akhirat.
Ok, mulai saat ini saya tidak lagi akan menggunakan bahasa pengganti diri “Khai” di dalam blog ini. Tujuannya, adalah untuk menyelaraskan penulisan saya di blog ini dan blog lain kerana mana tahu suatu hari nanti ada pihak yang sudi membukukannya? Kahkah. Berangan lagi.
Maaf jika anda rasa gambar-gambar di dalam artikel ini tidak bersesuaian. Tapi untuk saya, gambar-gambar ini amat bermakna. Melihat gambar-gambar itu, mengingatkan dan menyedarkan saya akan sesuatu. Itu sahaja artikel di Justkhai buat kali ini yang sempat saya ukirkan untuk kesekian-kalinya. InsyaAllah, panjang umur saya akan terus menulis lagi di sini.
gambar part mana yang tak bersesuaian..mungkin gambar part kaki kot
Kaki ku dan kaki nya. Meluahkan rasa di atas tasik yang permai. Hahah!
pergh..cerita bro.. asyik..
insha’aallah menjadi penambah semangat buat yang baru bertatih…
tq…
Mengenali diri bermakna lebih kematangan. Bila lebih kematangan, maka kita jadi lebih bijak.
Moga kejayaan dunia akhirat dikurniakan atas usaha anda! :p
semoga sukses selalu.
moga terus berjaya hendaknya.. hehe
Wah! Sungguh menginspirasikan pembaca! Terima kasih ๐
nak air totak…..teeeeheheheh (^_^)
hahaa.. siot!
mane tau kot ade pengarah sanggup buat filem tuk justkhai…ahakz…mcm the social network…. 8)
steady khai…
bagus penulisan kali nie…
i like…
rima kasih. InsyaAllah saya akan teruskan.
Tidak!!! ‘Khai’ akan hilang. Sedihnya. Sobsobsob
Mungkin dah sampai waktunya kot.. Hehe.. *sedih juga ni*
aku suke cerpen ko…..truskan menulis lg….. ๐
Gambar part Kaki tu jer yang kurang bersesuaian haha..
Wah, dah guna ganti nama “Saya” dah pasni.. 8)
baguslah, kejayaan datang dengan usaha yg gigih serta liku yang Allah mudahkan jalannya. semoga sukses selalu dan menjadi insan yang selalu bersyukur atas limpahNya.
Terima kasih. Semoga kita semua juga terus maju dan terus memberi inspirasi dan penguat semangat antara satu sama lain.
ingt ke salah msuk blog..huhu..bro khai dh bhasakn dri jd sy..huhu
Best of luck bro….
khai…dah beso pjg skrg…. ๐
p/s: kenal lagi.ker???
iLazz.. OMG!! Mana boleh lupa. Antara insan yang memberi kesan yang amat besar pada Scukz.Com suatu ketika dulu. Hehe.. Sejak kahwin, terus hilang. Dah berapa la anak Ilazz ye sekarang? Hehehe..
ada mak ayah mengajar dengan mulut je tapi ada jugak mak ayah yang mengajar dengan tangan…
…dan aku la yang diajar dengan tangan tu… ๐
Haha. Terbaik. Tapi hasilnya sama. Menghasilkan anak yang baik dan berjaya di masa hadapan.
Keredhaan dan doa ibubapa ialah kunci kejayaan anak-anaknya..:)
rasa matangnya baca entri ini, mungkin sebab dah bertahunยฒ dengan ganti diri manja macam tu…hiks!
membesarkan anak2 zaman sekarang bukan mudah… tengok diri kita sendiri, ada tak kita selalu buat sesuatu yang dilarang?
mesti ada, kan………..macam tulah mak bapa fikir. menegur dulu sebelum terjadi ‘terlajak perahu’ sebab kecewa kerana anakยฒ buat kesilapan sgt pedih. Rasa diri tak berguna kerana gagal membentung dan mempastikan jalan hidup anak2 tu tersusun dan teratur.
Hehe. Thanks Kak Kujie. Ya, berat tanggungjawab nak ditanggung untuk diri sendiri. Apa lagi sebagai seorang ibu bapa ni.
Buat pertama kalinya aku baca post yang ada kena mengena dengan aku. pada hari yang sama berlaku sesuatu yang mengubah hidup aku.
persetankan itu semua, haha ayat terbaik bro
oke teruskan menulis, ganbatte ne ๐
Haish macam pelik bila khai guna saya di blog yang memang guna khai. hehe. apapun semoga kita semua berjaya dunia akhirat. Jangan biarkan kata-kata yang menjatuhkan membunuh kita. terus bangkit ๐
Khai, asyik2 gambar ko, bile nak letak gambar anak bini ko.. he he.. ๐ฟ
alhamdulillah…..
nice entry….
memg diakui, kdg2 nak yakinkn parent kite for da first time sgt2 susah…
tp yg penting kite kena berani mulakan langkah kan…
memg tiap ape yg kite bwt akn ade akibat & kesulitan, tp itu semua ujian utk kita sblm dptkan hasilnya…
tp yg plg penting, utk dpt berkat, jga lah hubungan kita sebaik mgkin ngn parent…..tp mereka siapalah kita…opppssss…..membebel lak….kih3 ๐ณ