Mengejar Teknologi

669 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini

justkhai-teknologi

Pagi ni update blog dari Mamak RNK Bistro, Pandan Mewah. Dah nak pukul 6 pagi ni, saja online temankan member yang mata dah berakar katanya. Sakit mata lah tu. Tadi masa on the way ke sini, terfikir tentang teknologi. Makin hari teknologi makin canggih sampai tak terkejar. Kalau langsung tak kejar, pasti akan tertinggal. Kenapa Khai kata macam tu?

Ok, kita ambil laptop sebagai contoh. Makin hari makin canggih laptop di jual kat pasaran. Orang kata, laptop ni akan expired dalam masa 2 tahun. Maksud dia tu bukan laptop tu akan confirm jahanam dalam masa 2 tahun, tapi dalam masa dua tahun pastinya laptop tersebut akan dikategorikan sebagai laptop yang ketinggalan zaman. Kenapa?

justkhai-teknologi

Hari demi hari, pelbagai software yang dikeluarkan. Dan rata-ratanya menerima sentuhan terbaru dan canggih untuk setiap keluaran. Kita ambil contoh Adobe Photoshop. Kalau laptop kita 2 tahun lalu boleh run Photoshop CS2 dengan bergaya, hari ini laptop yang sama kalau nak run Photoshop CS5 pastinya akan mengalami masalah lagging dan sebagainya. Cara developer nak paksa orang ikut perkembangan ni, sebab tu CS5 punya file tak boleh buka kat CS2 dan sebagainya.

justkhai-teknologi

Processor makin lama makin canggih bagi setiap keluaran. Dengan itu, syarikat app juga bangunkan versi mereka yang lebih canggih mengikut perkembangan processor yang dikeluarkan di pasaran. Kalau sentuh pasal game, makin lama gambar makin cantik. Komputer 3 tahun lepas, mesti tak boleh main. Kalau boleh main pun dengan setting yang minima. Kalau komputer 5 tahun lepas? Nak install pun tak lepas. So nak taknak, kena juga kejar teknologi ni. Banyak lagi masalah yang lain kalau kita tak kejar teknologi dan Khai rasa korang sendiri boleh fikir macam-macam lagi contoh.

justkhai-teknologi

Bila sentuh tentang handphone, ada sesetengah orang akan cakap “Ala guna Nokia 3310 pun boleh je call dan SMS”. Well, itu kata mereka yang tak berminat untuk mengejar teknologi. Kenapa orang guna smartphones? Tentunya dia kumpul duit untuk beli smartphones yang pastinya akan memudahkan hidup dia sendiri. Bukan hidup orang lain.

Ambil satu contoh, Smartphones ada GPS terbina di dalamnya. Dengan negara kita yang dah semakin maju dan jalan-jalan yang dah banyak berubah, tak ke GPS tu akan memudahkan kita untuk pergi ke mana-mana? Bak kata abah Khai, dia kalau datang KL confirm sesat sebab dulu masa dia muda-muda time duduk KL, jalan kat KL lain katanya. Hehe. Biasalah, saya dan bapak saya orang kampung la katakan.

justkhai-teknologi

Itu belum sentuh tentang Facebook, Twitter, Google+ dan macam-macam lagi teknologi perkomputeran baru yang diperkenalkan. Benda-benda ni bagi separuh orang, membuang masa. Tapi bagi sesetengah orang lain, ianya banyak memudahkan orang untuk berhubung. Kalau nak main Facebook di Nokia 3310, memang tak dapat lah kan? So kalau nak main juga, kena la beli satu smartphone. Luaran tak mahu, tapi hati meronta-ronta menginginkan kerana tahu ianya banyak memudahkan kita untuk hidup pada zaman penuh maju ini. Mana tidaknya, korang sampaikan apa-apa berita, dalam masa beberapa saat, satu dunia dah boleh baca. Zaman dulu orang guna burung je. Berminggu nak tunggu surat sampai. Itupun kalau burung tu tak kena tembak petir. Hehe.

Begitulah teknologi punya alkisah. Itu teknologi di zaman kita tak tahu la apa lagi yang akan wujud di zaman anak cucu kita nanti. Kalau panjang umur merasa la kita. Itu pun kalau ada minat lagi dengan teknologi ni bila dah tua nanti. Hehe. Buat masa sekarang, nak taknak kita kena kejar juga sedikit sebanyak kerana nak hidup di dalam persaingan dunia yang semakin maju dan bergerak sangat-sangat laju. RM50 pun dah macam RM10 sekarang ni. Beberapa jam dah habis.

justkhai-teknologi

Apapun, lain orang lain ragamnya. Kalau semua orang sukakan satu perkara sahaja, rasanya seorang wanita sampai 10 20 orang yang suka kat dia. Kalau kawan Khai tunjuk awek yang lalu tu menarik bagi dia, bagi Khai awek tu tak menarik pun. Itulah perbezaan pandangan & taste. Kerana tu ada yang prefer untuk diri mereka gunakan Android berbanding iOS dan sebaliknya. Ada yang setia menggunakan iPhone dan ada yang setia menggunakan Samsung dan jenama phone lain sampai bila-bila. Tapi hati manusia boleh berubah berdasarkan apa keperluan diri dia.

justkhai-teknologi

Sebab tu tak guna nak bergaduh bila orang tu minat itu, dan kita minat ini. Kita dan dia tak sama. Kita minat warna hijau, dia minat warna merah.

Apa pendapat korang mengenai mengejar teknologi yang sempat Khai coretkan ni?

Bookmark entri ini

Bookmark

Boleh print kalau nak

 Print Artikel Ini.

Ditulis pada 10:10 pm 13 October '11 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 669 views
Dalam kategori: Apple | Tweet This!

Eat This Google!: ,


RSS feed | Trackback URI

43 Comments »

Comment by fazrol
2011-10-13 23:15:49

hulaammak.. 1st… he he..

Teknologi – kalau tak pandai tak guna juga…

GPS – Guna Pun Sesat…. Oleh itu update la yg latest punya map.. he he..

[Reply]

..
 
Comment by paeh
2011-10-14 00:38:15

alaaaa. kenapa artikel ni takde letak gambar hiasan. selalu artikel khai mesti letak gambar hiasan… ๐Ÿ˜ฎ

[Reply]

Khai Reply:

Haha. Tu la kan macam pelik kan? Hehe. Diri sendiri pun rasa pelik apa lagi orang lain. Ok Paeh, saya dah letakkan gambar-gambar hiasan pemanis mata. Hehe

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-10-15 02:13:13

Haha. Tu la kan macam pelik kan? Hehe. Diri sendiri pun rasa pelik apa lagi orang lain. Ok Paeh, saya dah letakkan gambar-gambar hiasan pemanis mata. Hehe

[Reply]

..
 
 
Comment by Tarmizi Kamaruddin
2011-10-14 00:39:32

hijau merah?

sampai masa tibanya waktu,
redup hati kamu berdua;
bila 2Parti bersatu,
hidup mati jadi bersama… >.<

[Reply]

..
 
Comment by Saveq
2011-10-14 00:43:05

Tak terkejar pun dengan teknologi..saya sentiasa lambat..ahahaha…org dah pandai hack..saya masih belajar log in..hihi

[Reply]

..
 
Comment by Omar
2011-10-14 00:54:04

Itulah teknologi. Kalau ada orang kumpul barang antik, jarang ada orang kumpul komputer antik.

Tapi tak dinafikan, kalau nak mengejar teknologi ni, perlukan fulus yang banyak, dan bagi orang yang involve biz dengan IT macam Khai, tak menjadi masalah tapi bagi sesetengah orang, nak beli komputer Intel Pentium 4 zaman sekarang ni pun, masih garu kepala.

Bagi aku, teknologi ni memang tak terkejar. Ialah, 2 tahun boleh dikata aku bangga gak la menjadi antara pengguna terawal teknologi W1MAX, tapi hari ini, bila fikir balik. macam tak bersyukur pula kalau nak merungut pasal W1MAX bila banding dengan FTTH.

Teknologi dan manusia, manusia memang takkan berhenti dan puas mengejarnya. ๐Ÿ˜ฏ

[Reply]

Khai Reply:

Ya benar. Apa yang penting, keperluan lebih penting dari keinginan. Jangan terlalu mengejar teknologi sampai dah jatuh tahap membazir kan?

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-10-15 02:18:14

Ya benar. Apa yang penting, keperluan lebih penting dari keinginan. Jangan terlalu mengejar teknologi sampai dah jatuh tahap membazir kan?

[Reply]

..
 
 
Comment by azman
2011-10-14 01:52:14

Kalau nak follow teknologi tak terikut jawabnya.tapi tak follow pun susah,kalau follow gak poket lak yg susah.

Smartphone memang patut semua ada dah sekarang ni,sebab sgt menyenangkan.Kebanyakan org ada facebook,email so takan minggu sekali nak bukak fb,email kut hehehe.

[Reply]

Khai Reply:

Betul tu. Smartphone lebih mudah di bawa ke mana-mana. Takkan pergi mana-mana pun nak bawa laptop kan? Tapi kekurangan dia, online di smartphones lama-lama kita akan bosan sebab skrin yang kecil. So kat situ datangnya tablet seperti iPad mahupun Galaxy Tab untuk kita gunakan.

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-10-15 02:19:30

Betul tu. Smartphone lebih mudah di bawa ke mana-mana. Takkan pergi mana-mana pun nak bawa laptop kan? Tapi kekurangan dia, online di smartphones lama-lama kita akan bosan sebab skrin yang kecil. So kat situ datangnya tablet seperti iPad mahupun Galaxy Tab untuk kita gunakan.

[Reply]

..
 
 
Comment by Safwan Seth
2011-10-14 01:52:56

sampai satu masa, teknologi akan hilang, zaman dajjal 8)

[Reply]

Khai Reply:

Ya benar. Teknologi akan mati. Semua gadget2 tidak lagi mampu beroperasi. *tengah terbayangkan zaman tersebut. fuh!*

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-10-15 02:20:03

Ya benar. Teknologi akan mati. Semua gadget2 tidak lagi mampu beroperasi. *tengah terbayangkan zaman tersebut. fuh!*

[Reply]

..
 
 
Comment by Finalcross
2011-10-15 02:39:41

Sesungguhnya mengejar teknologi merupakan suatu simptom yg cukup membimbangkan. ye lah,duit yang menjadi ukuran sejauh mana teknologi itu dikejar oleh seseorang. cewahhh. Aku mmg penggila teknologi. Sampai skrang pun,aku mesti mengikutinya walaupun hanya sekadar mengetahui perkembangan.

P/S: I can’t live without technology on these days… sighhh

[Reply]

..
 
Comment by EmatAzmi
2011-10-15 02:53:13

Khai , Iphone 4S bila nak datang Malaysia ? ๐Ÿ˜ฏ

[Reply]

Khai Reply:

Pertengahan November 2011 ini..

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-10-24 18:17:41

Pertengahan November 2011 ini..

[Reply]

..
 
 
Comment by Akmal
2011-10-15 03:25:24

@EmatAzmi
sekarang ada pre-order di singapore store agak agak tak tahan
order lah sana

@khai

Teknologi memang cepat maju
tetapi tak bermakna kita kena ubah segalanya
digalakkan membeli desktop yang agak mahal sebab dia worth investment
phone pula setakat smartphone ber-gps pun cukup
nak kejar tak apa
tapi kena lah tahu batas
function yang penting
bukan barang

[Reply]

..
 
Comment by Bulan Terkenal
2011-10-15 03:43:39

nak kejar teknologi ni,satu je keperluannye..DUIT! ๐Ÿ˜‰

[Reply]

..
 
Comment by Ash adam
2011-10-15 03:43:53

As salam. Nak Tanya skit ni, mcmmna nak jailbreak ipad2 ios5 ek?

[Reply]

..
 
Comment by nur
2011-10-15 03:52:35

kadang kadang jangan lupa. ade org guna dan update teknologi untuk berlagak, kalau ianya memudahkan diri sendiri takpe. ini dia beli mahal-mahal segala fungsi gadget tu tak reti pakai watpe. GPS pun takut2 nak guna, itulah inilah. lepas tu yg tak mampu beli yg lagi update & tau pakai.. haaa ini namanya jangan pandang sesorang itu tak mampu , tapi ilmu dia kita tak duga.

[Reply]

Khai Reply:

Ya, tidak dinafikan. Tapi pendapat saya agar kita abaikan sahaja orang-orang yang begitu. Mengapa kita perlu kata dia berlagak, dia tak reti pakai dan macam-macam lagi sedangkan dia beli menggunakan duit hasil rezeki dia bukan? Saya lebih mengutamakan diri sendiri dan tujuan hidup sendiri berbanding fikirkan sebab musabab seseorang itu beli ini dan itu. Biarkan mereka mungkin kerana itu cara mereka menghiburkan diri sendiri.

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-10-24 18:19:36

Ya, tidak dinafikan. Tapi pendapat saya agar kita abaikan sahaja orang-orang yang begitu. Mengapa kita perlu kata dia berlagak, dia tak reti pakai dan macam-macam lagi sedangkan dia beli menggunakan duit hasil rezeki dia bukan? Saya lebih mengutamakan diri sendiri dan tujuan hidup sendiri berbanding fikirkan sebab musabab seseorang itu beli ini dan itu. Biarkan mereka mungkin kerana itu cara mereka menghiburkan diri sendiri.

[Reply]

..
 
 
Comment by Famili Ceria
2011-10-15 05:06:28

isy..kalau masih belajar memang tak boleh nak ikut sebab masih guna duit pinjaman MARA atau PTPTN dan kalau nak kejar jugateknologi mestilah seorang yang berkemampuan dan telah bekerja…ni tidak sekali beli dah takder duit nak makan..tengah bulan makan maggi jer..

[Reply]

Khai Reply:

Ya, kepada student pakailah apa yang dah ada. Tak perlu canggih-canggih dan berlumba-lumba antara satu sama lain.

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-10-24 18:20:18

Ya, kepada student pakailah apa yang dah ada. Tak perlu canggih-canggih dan berlumba-lumba antara satu sama lain.

[Reply]

..
 
 
Comment by Hisyam
2011-10-15 11:31:45

Awek baru ke Khai? Hahaha. Sama la, aku dulu guna iphone, tapi disebabkan tidak sesuai untuk aku, aku bertukar kepada andoid phone. Sekarang aku boleh gunakan smartphone aku mengikut keperluan semaksima mungkin.

[Reply]

Khai Reply:

Ya, lain padang lain belalang kata orang. Keperluan setiap manusia berbeza-beza. Tiada apa yang peliknya bila kita minat ini, dan orang minat itu..

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-10-24 18:20:56

Ya, lain padang lain belalang kata orang. Keperluan setiap manusia berbeza-beza. Tiada apa yang peliknya bila kita minat ini, dan orang minat itu..

[Reply]

..
 
 
Comment by sukacuka
2011-10-15 17:03:11

ada gambar baru ada semangat untuk membaca. hehe.

Ya memang benar apa yang khai katakan. teknologi yang sedia ada kini semakin pantas bergerak. Saban hari,ada sahaja teknologi yang diperkenalkan.

Walaupun teknologi memudahkan kita untuk melakukan urusan seharian, masih ada kesan sampingan yang mungkin kita sendiri tidak perasan akannya.

Terima kasih Khai.

[Reply]

..
 
Comment by amal
2011-10-15 18:56:01

artikel yang menarik. ๐Ÿ™‚

[Reply]

..
 
Comment by Frensick
2011-10-16 18:21:51

Tak kisah kalau mengejar teknologi kerana performance, tapi yang buat kita rasa annoying bila ramai antara kita yang mengejar teknologi hanya kerana ikut trend dan ingin menunjuk padahal benda basic dalam satu-satu produk tu pun tak pandai nak guna.

kalau pandai guna pun belum tentu jadi keperluan dalam kehidupan seharian.

lagi menyedihkan bila antara yang sibuk ikut trend ni adalah dari golongan orang yang kurang berkemampuan.

[Reply]

..
 
Comment by irwanmiswan
2011-10-17 09:24:42

secanggih mana pun teknologi, kampung tetap tak dilupa hehehe

[Reply]

..
 
Comment by Zarul Umbrella
2011-10-17 15:15:23

mmg sekarang ni laptop yg 2 tahun da basi,besok2 br setahun jer da basi gamaknya kan..wallahualam

[Reply]

..
 
Comment by Renee Meow
2011-10-18 04:55:50

hi..

bride-blogger droppin by..

very2 interesting article.. ๐Ÿ˜‰ i ni masih pakai cokia n xde laptop..sgt buta teknology..heheehe ;p

[Reply]

..
 
Comment by mfirdausmohd
2011-10-18 06:33:41

Salam Khai, kenapa ohkhai.com tak boleh masuk, Malware Detected! dah clean cache pun tak boleh masuk juga,..hmm

p/s : ini kali pertama komen, sebelum ni, silent readers je. hua2,.

[Reply]

..
 
Comment by mfirdausmohd
2011-10-18 06:34:52

kalau salah tempat untuk report, sry ea!

[Reply]

..
 
Comment by samanosuke_04
2011-10-18 15:10:20

kejar tue kejar gak, tapikan kalo diri tak improve xleh gak.. memang best ada laptop mantap untuk run photoshop cs5, tapi kalo skill setakat untuk buat benda cikai2 jer, baik takyah ada laptop mantap…

prinsip aku senang jer, beli benda baru beli ko rasa benda baru tue bleh break ko punye skill barrier.. hohoho

[Reply]

..
 
Comment by Pacifista
2011-10-18 15:55:24

tak terkejar aku teknologi sekarang…

[Reply]

..
 
Comment by aie
2011-10-20 13:07:13

tak terkejar aku dibuatnya.. tp aku teringin nk pakai iphone4s. ๐Ÿ˜€

[Reply]

..
 
Comment by kedaiubatkuat
2011-10-20 20:10:43

org kaya ja yg terkejar teknologi ni…huhu

[Reply]

..
 
Comment by musi
2011-10-21 01:37:28

walau macam tu sebenarnya otak manusia baru 10 – 20 % digunakan oleh depa yg cerdek merekacipta cangih, kita yang menguna ni tak tau lah . . .

[Reply]

..
 
Comment by Mantra
2011-10-21 07:56:44

itulah pasalnye…bapak aku pun dari buta IT dah pandai guna galaxy tab…ikut zaman katanya…satu kemajuan ๐Ÿ™‚

[Reply]

..
 
Comment by pan
2011-10-25 06:44:33

walpaper iphone tuh lawa.. ๐Ÿ˜€

[Reply]

..
 
Comment by arnamee
2011-10-25 20:01:41

Teknologi hanya satu alat. Menunjukkan perubahan dan perkembangan manusia yang berfikir. Biar kita menguasai teknologi dan bukan teknologi menguasai kita.

*itu pendapat kecil anem ๐Ÿ™‚

[Reply]

..
 
Comment by Det
2011-11-08 10:24:16

kalo org yg xberduit mcm aku ni, teknologi tu dh basi, br la leh bli..lmbt pn xpala janji leh gak merasa..

[Reply]

Khai Reply:

Tak mengapa. Pegang pada prinsip beli mengikut keperluan.

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-11-10 18:44:20

Tak mengapa. Pegang pada prinsip beli mengikut keperluan.

[Reply]

..
 
 
Comment by comot
2011-11-14 13:06:15

skang ni o.m dh xleh buka,khai de info bru ke cmne nk wat?

[Reply]

Khai Reply:

O.M tu apa? Oh MEdia ke? Kenapa tak boleh buka pulak? http://ohmedia.my/fb

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-11-15 05:30:51

O.M tu apa? Oh MEdia ke? Kenapa tak boleh buka pulak? http://ohmedia.my/fb

[Reply]

..
 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

Apa Entri sebelum dan selepas entri ini?