Dua Kali Lima

Dua Kali Lima

Dari beberapa entri lepas lagi Khai ada cakap nak tulis pasal Saiful Bukhari Azlan, jejaka yang kononnya telah disontot oleh Anwar Ibrahim. Beribu-ribu artikel terus menerjah ke dalam internet menulis betapa ‘sial’nya dia kerana menuduh Anwar Ibrahim meliwat dia. Dan kritikan paling teruk semuanya ditujukan kepada Datuk Sri Najib Tun Razak, bakal pemimpin yang lebih gemar diam daripada bersuara. Khai percaya, darah yang mengalir dalam tubuh beliau datang dari bapanya, Tun Abd Razak. So ingat-ingatlah rakyat Malaysia betapa agungnya darah yang mengalir dalam tubuh beliau.

Entri Khai ni bukan nak backup Anwar, Saiful mahupun Najib. Korang akan dapat merasa yang Khai ni talam dua, tiga atau empat muka mahupun bagai lalang ditiup ribut taufan. Khai tak sokong siapa-siapa sebab masing-masing ada point. By the way sebenarnya malas nak ambik port pasal politik Malaysia yang semakin teruk (teruk yang amat) di bawah kepimpinan orang kuat tifur, tapi makin diam makin sakit hati. Oh ya, tiada satu ayat pun megenai Paklah dalam artikel ni, anggap saja sudah tahun 2010 di mana Paklah dah letak jawatan dan duduk rumah diam-diam. Huh!! Menulis blog mungkin.

Dua Kali Lima
First, mengenai tuduhan Anwar Ibrahim telah meliwat seorang jejaka 23 tahun yang ternyata berbadan sasa lagi sihat tubuh badan. Di manakah logiknya, tidak mampukah si Saiful Bukhari ni melawan bila lelaki berusia 60-an cuba meliwat dia? Haha. 7 kali bukan sikit? Kenapa bukan kali pertama kau di sontot, kau terus pergi buat report. Kenapa selepas 7 kali dan selepas kau berak berdarah. Apekejadah? Saiful, atau mungkin kau memang seorang gay yang gemar bermain bottom? Kalau difikirkan logik seorang yang berakal, takkan tak mampu nak melawan kot kalau kau memang betul-betul tak rela. Takkan seorang tua yang pernah mengalami sakit tulang belakang boleh menyontot kau dengan suka hatinya? Dasar lelaki jambu la kau ni Saiful. Bapak lembik!! Kau mesti 18 juta kali ganda suka pink dari aku kan?

But, jika difikir balik, bayangkan jika korang yang berada di tempat Saiful Bukhari dan memang benar korang telah diliwat. Ape perasaan korang? Di manakah perginya status kemanusiaan rakyat negara ni? Korang diliwat dan cuba meminta pertolongan, tapi korang telah dimaki hamun dan takde siapa nak percaya apa yang korang cakap. Diingatkan, Anwar Ibrahim bukanlah seorang malaikat atau utusan Allah. Dia hanyalah manusia biasa sama seperti kita semua. Jika dia meliwat, itu bukan satu yang mustahil. Lihat sajalah perangainya..


Khai melihat rata-rata blog mengutuk dan mengeji Datuk Seri Najib. Kononnya Datuk Najib la yang merancang semua ni. Apa bukti korang? cukup ke gambar -gambar kenangan Saiful Bukhari di pejabat timbalan perdana menteri mahupun gambar dia bersama-sama para menteri itu membuktikan yang Najib adalah perancang segalanya? Mungkin’kah jika ianya telah dirancang, mungkinkah ada gambar-gambar kengangan di tempat-tempat yang pastinya akan mengantoikan strategi menjauhkan Anwar? Wei come on la. Kejian dan kritikan korang kat blog kadang-kadang dilihat terlalu melampau. Kotor sangat bagi korang si Najib tu. Korang laungkan Malaysia negara demokrasi. Tapi demokrasi ke cara korang tu dengan membuat tuduhan melulu tanpa sebarang bukti. (more…)

Posted on 26 July '08 by , under Politik. 65 Comments.