5 Website Kegemaran Khai

justkhai_5websitekegemarankhai.gif
Khai di tag oleh Mohd Ismail untuk pecahkan rahsia apekah 5 website kegemaran Khai. Terlalu banyak website yang Khai minat. Tapi dah dia mintak 5 aje, so Khai senaraikan antara 5 website yang paling kerap Khai lawati untuk awal tahun 2008 ini.

1. MediaFire – www.mediafire.com/
Diperkenalkan oleh seorang crew Scukz. MediaFire ternyata berbeza dengan mana-mana free data hosting yang pernah Khai cuba. Menariknya, bila kita upload file, status upload kita tu ditunjukkan dengan begitu detail sekali dan boleh manage file dengan cara yang sangat mudah. Untuk download pun, sangat friendly. Kalau nak tahu, semua mp3 yang Khai share di emp3-download.net tu, semuanya di hostkan di MediaFire. Mari lupakan Rapidhare, Megaupload, USA Upload dan apa sahaja data hosting lain yang leceh.

2. Job Street – www.jobstreet.com.my
Untuk yang pernah menjadi student, tentu kenal apa itu Internship. Kalau kenal Internship, mesti kenal Jobstreet juga. Ini juga website yang hari-hari Khai lawati. Dah hampir 12 Dozen Internship yang Khai apply di sana. Paling menarik, Jobstreet menyediakan satu form untuk kita isikan resume, dan bila dah selesai, kita boleh download resume tu ke dalam format Microsoft Word (.doc). Tak payah nak pening-pening camana nak buat Resume lagi.

3. YouTube – www.youtube.com
Jika korang merasakan duduk di depan TV itu kerja yang sia-sia, korang sama seperti Khai. So jawapan untuk orang seperti ini, YouTube pastinya satu penyelesaian. Cakap sahaja ape, semua ada. Nak buat koleksi anime ataupun video clip, download saja menggunakan KeepVid. YouTube juga Khai jadikan web reference utama jika Khai perlukan idea untuk membuat assignment ataupun mencari tutorial berbentuk video. Samalah seperti DevianArt.

4. Engadget – www.engadget.com
Sehari tak masuk di website seperi Engadget, percayalah korang akan jadi seorang yang ketinggalan zaman mengenai perkembangan terkini dunia gadjet dan teknologi dunia.

5. Smashing Magazine – www.smashingmagazine.com
– Sebuah weblog luar biasa. Khai paling suka bila diorang tu suka sangat buat review pasal web tercantik la, top tutorial la.. dan banyak lagi la. Jangan mengaku otai Photoshop kalau belum khatam kesemua tutorial yang ada di sana.

Khai teruskan tag ini kepada,
Khairul, Truckster, Gie, Syia, Wizurai dan Azleah.

Posted on 29 February '08 by , under Istimewa. 24 Comments.