Jangan Sampai Blog Hilang

Boleh kata setiap hari akan dapat email tentang link-link URL di blog Justkhai ni yang dah pun broken. Paling banyak adalah link ke url blog kawan-kawan blogger suatu ketika dulu. Banyak darinya yang masih cukup segar dari ingatan. Bila tengok rasa sedih sebab ramai yang kita kenal dulu. Kenapalah kau tak jaga domain dan blog tu untuk terus kekal. Tak sayang ke semua kenangan dan penulisan sendiri yang boleh dikenang sampai bila-bila. Sebab bukannya susah mana pun. Tapi nak buat macamana kan untuk kekalkan atau biarkan berkubur, itu pilihan masing-masing. Iyalah zaman blogging dah lama hilang terutamanya untuk blog peribadi.

Ada sebabnya terkadang Khai paksakan diri menulis di blog ni walaupun pernah maklumkan dulu yang mungkin dah tak akan update lagi. Samaada ada yang baca atau tidak, itu langsung tak penting. Menulis blog ni, sebenarnya kalau nak best kau kena menulis macam bercakap dengan diri sendiri. Bercerita dengan diri sendiri jer. Hehe.

Walaupun sekarang ni zaman social media, tapi itulah mungkin dah banyak perkara yang kita kongsikan dari hari ke hari, tapi semua tu sangat sukar nak diingat atau dicari kembali. Hanya blog sahaja akan buat kita rasa seperti menulis dan berkongsi apa sahaja ”di rumah sendiri”.

(more…)

Posted on 18 June '22 by , under Blog. 3 Comments.