Merdeka 2008 tiada maknanya

Merdeka 2008 tiada maknanya
Hi all. Membaca entri di blog Mohd Ismail membuatkan Khai menyokong apa yang ada dalam kepala Khai selama beberapa minggu ni. Merdeka, korang pon mesti perasan dengan amat-amat ketaranya perbedaan antara sambutan kemerdekaan negara ke-50 dengan yang ke-51 untuk tahun 2008 ni. Alahai, kesian. Sangat kesian.

Ismail menyenaraikan beberapa perkara yang selalunya pasti ada setiap tahun bila tiba bulan kemerdekaan.

1. Iklan kemerdekaan penuh artistik & penghayatan dari Petronas.
2. Kempen kibarkan Jalur Gemilang.
3. Penjualan Jalur Gemilang secara besar-besaran.
4. Pertandingan reka logo & tema hari kebangsaan.
5. Pengumuman logo & tema hari kebangsaan.
6. Kereta Proton penuh dengan Jalur Gemilang.

Masih ingat sambutan tahun lepas, seingat Khai, bulan Februari lagi dah sibuk dicanang mengenai sambutan pada bulan Ogos. Awal tahun dah terasa semangat kemerdekaan tu. Untuk tahun ni, rasanya bahang politik yang paling terasa. Tambah-tambah bila kerajaan sekarang ibarat hidup segan mati tak mahu. Khai tidak menyokong mana-mana pihak tetapi tuhan berikan kita akal fikiran untuk berfikir mana yang baik dan mana yang tidak, ia tak?

Dek kerana harga minyak naik, sambutan tahun ni dikurangkan modalnya dari 4 juta ke 2 juta. Baguslah tu kalau nak elakkan pembaziran tapi kalau penjimatan modal ini berkaitan dengan harga minyak, di mana rasionalnya? Kau kurangkan modal sampai 100 ribu sekali pun atas dasar minyak naik, apa keuntungan yang kami dapat? Isi minyak tetap sama, Mahal!! Lainlah kalau kau kurangkan dari sebab penjimatan sambutan merdeka tu. (more…)

Posted on 16 August '08 by , under Acara. 26 Comments.