Memilih untuk tidak lagi menulis status di Facebook

Lagi beberapa hari menjelang hari raya untuk edisi hijrah 2011. Alhamdulillah, akhirnya semalam jumpa juga baju raya yang berkenan di hati. Ampang Park juga yang ada. Tempat lain susah nak cari yang berkenan. Ialah baju Melayu ni boleh dikatakan beli setahun sekali je iaitu time nak hari raya macam ni la. Then akan pakai sampai la baju tu tak muat atau mungkin kena rembat? Hehe. Pakai pun tak selalu, untuk pergi Solat Jumaat atau datang ke majlis-majlis keagamaan jadi beli la yang ok sikit untuk kepuasan diri sendiri. Siapa yang baju Melayu tahun lepas elok lagi tu, pakai ajelah. Tak bermakna tiap kali hari raya, tiap kali tu juga nak kena beli baju Melayu kan? Hehe.

Kembali kepada tajuk, pastinya semua orang kenal dengan Facebook. Pergilah online kat mana-mana sekalipun, cuba nengok laptop orang lain. Apa yang diorang tengah buat? Rata-ratanya mesti akan online Facebook. Kalau tak pun cuba nengok kat taskbar, confirm ada Facebook yang dah di’minimize’kan. Pendek kata Facebook dan jadi satu keperluan harian majoriti dari kita semua hari ini.

Baru-baru ni Khai dah tutup akaun Facebook Khai. Bukan tutup sampai orang tak boleh nak access, tapi tutup sekadar pengetahuan peribadi sahaja. Maksudnya, Khai takkan update lagi apa-apa status di Facebook personal. Agaknya sebab apa ya? Mari kita renung-renungkan. (more…)

Posted on 26 August '11 by , under Hidup Khai, Motivasi. 42 Comments.