Muntader al-Zaidi kini di Wikipedia


Semua orang nak jadi popular. Mudah je nak tahu orang tu popular atau tidak. Sila buat semakkan nama di Wikipedia. Andai kata nama korang pun ada di Wikipedia, mean korang ni bukan calang-calang orang. Korang dah kira popular la tu. Nama Khai ada tak ye di Wikipedia? Ada hati ye tak? Berangan je la ko Khai. Hahaha but maybe someday. Siapa tahu?

Korang still ingat peristiwa Bushoe – George Bush dibaling kasut? Malang sekali balingan Muntader al-Zaidi langsung tidak mengena walau dua kali diberi peluang. Mungkin kasut saiz 10 tu terlalu berat atau mungkin, tangan dia memang jenis tak berbedung? Bush pun boleh tahan hebat mengelak ye tak? Mesti masa kecik selalu main baling selipar ni. Apapun keberanian Muntader menghina Bush dengan cara membaling kasut sememangnya mendapat pujian ramai sehinggakan kini di negara sebelah timur dah anggap Muntader ni sebagai hero mereka. Mungkin kerana keberanian Muntader yang tiada pada orang lain. Kalau ada pun ada je la, buat nya tak berani.

Dan kini, Muntader al-Zaidi dah pun wujud di Wikipedia. Semudah itu dengan cara membaling kasut. Boleh ke kalau kita nak kategori’kan apa yang Muntader ni buat sebagai satu Jihad? Hurmm.. (more…)

Posted on 13 January '09 by , under Politik. 28 Comments.