Khinzir, Sucikah ia?

year_of_the_pig_vii_by_temabina-2.jpg
Dua hari Khai tak update mungkin kerana Khai terlalu sibuk dan penat untuk mengarang artikel. Cukuplah, tiada lagi najis untuk entry terbaru ini. Lupakan Fear Factor Japan yang kalian baca sebelum ini. Ianya terlalu kotor untuk dikenang kembali. Bukan begitu? Hehe. Semalam pelbagai perkara menarik berlaku. Di kampus berlansung hari patriotik. Khai sebagai pelajar yang mengambil course Creative Mutlimedia terpaksa datang ke kampus se’awal jam 8 pagi bagi memeriahkan majlis tersebut. Tapi biasalah, janji orang Malaysia (Khai tak mahu tujukan kepada melayu lagi kerana semua bangsa pun sama sahaja) kata sahaja jam 8 pagi, tapi mulanya tetap pukul 10 pagi. Akhirnya kedatangan Timbalan Menteri Pelajaran tiba disambut dengan paluan kompang dan permaidani merah. “Eh, mana Pak Lah, kata beliau juga datang. Ah, mungkin terlalu sibuk”, hati ni berdialog bersendirian. Tak perlu Khai ceritakan lebih lanjut mengenai majlis ini kerana Khai akan ceritakan di TheLUCT sahaja nanti. Habis sahaja majlis, Khai ke kelas pula. Habis pukul 8 malam. 12 jam Khai berada di kampus, ianya sebuah rekod baru untuk diri Khai.

Entri apa ingin Khai tuliskan kali ini. Ah, Khai terlalu penat. Baru pukul 2 pagi Khai dah mengantuk. Ini bukan suatu yang normal bagi diri Khai tapi mungkin sesuatu yang sangat normal bagi kalian. Tapi ada satu perkara yang sangat tidak normal untuk kita semua iaitu menyentuh Khinzir also known as Babi dengan tangan. Ianya najis!! Najis Mughallazah, peringkat najis paling berat. Khai tahu kita boleh menyentuh anjing apabila tangan dan bulu anjing tersebut kering. Ianya di izinkan. Tetapi bagaimana pula dengan menyentuh Khinzir? Khai kurang arif bab-bab begini. Mungkin gadis bertudung di bawah boleh menjawabnya kerana beliau terlalu arif. Mungkin juga dia doktor haiwan tapi kalau Khai ditakdirkan menjadi doktor haiwan sekalipun, Khai pasti menggunakan sarung tangan kerana Khai lebih arif mengenai perkara-perkara mudah.


khinzir_gadis_tudung_1.jpg khinzir_gadis_tudung_2.jpg
khinzir_gadis_tudung_5.jpg

khinzir_gadis_tudung_3.jpg khinzir_gadis_tudung_4.jpg

Dia terlalu ‘bijak’ untuk menjadi doktor pakar bedah atau doktor gigi. Doktor haiwan’lah paling sesuai bagi yang menyangka Khinzir itu suci! Kalian di belakang Khai atau tidak?

Via: Scukz Forums

Posted on 23 August '07 by , under Acara, Religion. 214 Comments.