Peranan Facebook dan Permainan Online

Meluncur profail Facebook merupakan sesuatu yang agak mustahil untuk tidak saya lakukan walau dalam sehari. Untuk saya, Facebook adalah sesuatu yang rutin, sama seperti sesuap nasi yang perlu saya salurkan ke dalam perut yang semakin membesar (haha). Pada saya, Facebook bukan sekadar tempat untuk membina empayar perniagaan dengan berkongsi pandangan atau mengikuti perkembangan insan-insan yang hebat di dalam karier mereka, malah ianya juga adalah tempat kita untuk berkongsi apa sahaja maklumat terkini, jauh lebih pantas dari tabloid.

Bagi saya, Facebook bukanlah tempat untuk mencari kenalan. Mencari kenalan di Facebook selalunya akan berhasil sesuatu yang amat sia-sia. Berkawan di Facebook adalah jenis berkawan datang dan pergi. Hari ini dapat kawan baru, esok bila dapat kawan baru lain, kawan lama dilupakan. Bagi saya, jika saya merasakan mencari kawan di laman sosial itu sekadar suka-suka, maka saya telah merugikan diri saya sendiri kerana telah membuang masa dengan perkara sampah seperti itu. Satu lagi perkara yang amat saya benci bila diri saya lakukan, adalah berchatting perkara yang tiada asas.

Well, dalam kepala saya hanya satu iaitu menggunakan Facebook untuk kepentingan saya untuk berjaya di masa akan datang. Setakat hari ini, saya telah berjaya menghasilkan beribu-ringgit sebenarnya hanya melalui Facebook. Terkejut? Dahulu saya rasa ianya perkara yang mustahil tapi akhirnya, saya dah buktikan pada diri saya yang ianya langsung tidak mustahil. Tidak mengapa, saya akan ulas perkara ini di dalam keluaran ebook pertama saya yang akan datang.

Bagi saya, saya masih jauh lagi dalam untuk berada di dalam kelompok orang-orang yang berjaya biarpun sesetengah orang disekeliling saya menganggap saya seorang remaja yang berjaya. Ya, manusia tidak pernah puas dan saya termasuklah di dalam golongan itu. Berpuas hati dengan sesuatu sebelum masanya, adalah sesuatu yang merugikan. Namun dihati, haruslah tebal dengan rasa syukur. Alhamdulillah.

Sedang melayari Facebook sebentar tadi, saya didatangi pula satu soalan dari seseorang. (more…)

Posted on 24 October '11 by , under Daily Craps. 40 Comments.