Jom sambut Valentine’s Day 2009


Rasa macam ada yang tak kena bila takde entri baru bertarikh 14 Februari. Ya, sebuah tarikh yang diketahui ramai sebagai Valentine’s day atau lebih difahami sebagai hari kekasih. Ada yang bertanya Khai takde ke entri pasal valentine. Dan Khai pun jawab cuba guna function search di Justkhai dan akan keluar satu entri mengenai Valanetine Day yang dah pun Khai tulis dengan detail pada 14 February 2008. Yup tahun lepas dan mungkinkah perlu untuk Khai menulisnya lagi untuk tahun ini? Buang masa right? (ini entri tu)

Orang kata, mereka yang sibuk-sibuk cakap jangan sambut Valentine’s Day ni adalah orang yang single atau dengan kata yang lebih sinis, mereka yang tidak mempunyai pakwe/makwe untuk disambut bersama. Lonely la kira. So untuk tidak menunjukkan perasaan cemburu yang meluap-luap pada orang lain, dia kecoh la pasal Valentine Day pada pandangan Islam. Kalau pada pandangan dia, ramai plak yang cakap “who cares” nanti ye tak? Betul ke?

Mungkin ye mungkin tidak. Dan pada Khai, menyampai’kan ini tak kiralah korang siapa kerna itu adalah satu amanat sebagai seorang muslim. Sejahat mana pun diri anda, agama tetap nombor 1 dan Alhamdulillah, jika korang taknak murtad, jangan sambut Valentine’s Day ni ye.

Khai pernah memberikan sebuah teddy bear pink sebesar budak 4 tahun berharga hampir RM200 dan 12 kuntuman bunga rose pink kepada kekasih Khai dulu dan ianya berlaku bukan sama-sekali pada 14 Februari. Well, ramai yang cakap just hang out je, nawaitu tu penting. Tapi kenapa sibuk jugak masa orang lain sibuk nak sambut Valentine’s day tu kan? Hari lain kan ada. Valentine’s Day tahun ni jatuh pada hari Sabtu dan lihatlah dunia malam nanti, pasti sesak Kuala Lumpur dengan couple-couple yang terlekat bersama sekotak kondom di poket..

Hi lelaki, romantik tidak hanya diperlukan pada hari kekasih. Hari-hari lain pun okay juga. Dan percayalah, perempuan akan cair hanya pada ayat walaupun pada mulutnya berkata ” AH! I tak makan la dengan ayat-ayat lelaki ni..).. Tapi pada hatinya? cair meleleh-leleh sampai ke kaki… Huurmm…

Tapi guys, satu je. Hargai mereka. Tolonglah hargai.. Orang yang pernah terluka sahaja yang tahu bertapa siksanya terluka itu. Jika korang tak mahu dia terluka macam apa yang pernah korang rasakan dulu, jangan tinggalkannya. Biar 1001 halangan mendatang, kau perlu kuat jika hati kau kuat berkata, dia milik kau untuk selamanya. Ingat tu.. (more…)

Posted on 14 February '09 by , under Kisah Cinta, Religion. 58 Comments.