Superhero The Movie


Korang pernah nengok Scary Movie? The Naked Gun?? Te Naked Gun Khai tak berkesempatan nak nengok lagi. Tapi Scary Movie, Khai dah jadikan koleksi dari Scary Movie 1 hingga Scary Movie 4. Siapa tak tahu pasal Scary Movie ye tak? Cerita paling kelakar di abad ini. Scary Movie la yang akan Khai tonton bila time bosan, tension atau ada masa terluang. Nengok berpuluh-puluh kali pon still nak pecah perut. Hahaha. Percaya tak, perkara paling penting bila Khai nak backup data selepas assignment, font dan software, koleksi Scary Movie ni la yang awal-awal dulu Khai backup. Sayang gila kalau hilang. Scary Movie 5 under development tahun ni.

Lawak Scary Movie ni memang sucks abis! Diorang ni suka parody (tiru) cerita-cerita yang box office. Ju-On la, The Ring, War of the World, Saw dan banyak lagi la. Tiru bukan sebarang tiru sebab diorang akan buat lagi gempak sambil diselitkan ngan lawak paling cipan skali di dunia ni. Kretif gila babeng.

28 March ni, mereka akan keluarkan lagi cerita ala-ala meniru ni lagi. Superhero tajuk dia. Khai tak tahu samaada akan lepas masuk panggung Malaysia atau tidak. Kalau tak lepas pun beli je la DVD Pirate. Ape susah kan? Memang tak sabar ah nak nengok. Dah lama tak gelak guling-guling ni. Superhero ni nanti akan tiru Superhero dari beberapa superhero yang terkenal antaranya Spiderman (tapi kostum kali ni bukan spider, tapi dragonfly) lakonan Drake Bell, Batman Begins, X-Men, Fantastic Four dan banyak lagi. Sure kencang lagi lawak diorang ni. Nengok trailer pun dah berdekah Khai dibuatnya.

Ni ade 3 jenis wallpaper untuk korang download. Semuanya bersaiz 1280 x 1024.
Download 3 Superhero Wallpaper orang sudey download taw!

Heh, nengok promo poster diorang pun style duduk nengok wayang, dah boleh agak memang ada kena mengena dengan insan yang berkaitan dengan Scary Movie kan?. Pelakon dia pun ade yang sama dalam Scary Movie. So 28 March ni, jom ramai-ramai pecahkan perut di pawagam berhampiran korang. Who am i? I’m Dragonfly.. Hahahaha

Oh ya, Khai ada package baik punye untuk mereka yang berminat meletakkan iklan di Justkhai.Com. Silalah usya ye. Seriously, tak pernah lagi orang buat. Klik Sini.

Pssttt: Isk, bila lah GSC kat Alamanda nak bukak ni. Lembap gile!

Posted on 23 March '08 by , under Lain-lain. 22 Comments.