Entri Khas: Selamat Hari Raya Aidil Adha 2008


Entri Khas di pagi Aidil Adha. Baru balik dari masjid ni menunaikan solat sunat yang setahun sekali. Tak pergi ke? alahai.. almost 2 jam je dari 365 hari masa korang diperlukan. Hurm, hujan renyai-renyai menyambut ketibaan pagi ni nampaknya. Well, benda setahun sekali, hujan tak hujan, redah jugak la ke masjid. Ni baru je balik, saje nak feel sikit update entri khas di pagi Hari Raya Korban ni kan. Tadi kat masjid tak boleh tahan. Nengok muka imam baca khutbah je mengantuk. Pandang kanan je orang tengah tidur. Yang kiri tersengguk-sengguk. Khai pun join venture sekali. Nak buat camana kalau dah mata ni setting dia jam 6 baru rasa mengantuk. Aduyai…

Nak tanya, dalam hidup ni, pengorbanan apa yang paling besar pernah korang lakukan? Hurm, tadi di masjid, imam sampai menangis menceritakan kisah Nabi Allah Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail. Even Khai dengar dalam keadaan tersengguk-sengguk rindukan bantal pun, Khai still ingat dengan clear apa yang Imam sampaikan dan cukup memberi kesedaran pada Khai bertapa besarnya pengorbanan mereka terdahulu berbanding dengan pengorbanan apa yang dah Khai buat sepanjang 20 tahun bernafas di bumi Allah ini. (more…)

Posted on 8 December '08 by , under Hidup Khai. 19 Comments.