Kini semua orang boleh guna Apple Macintosh


Boleh dikatakan dari 3 tahun yang lepas sampai sekarang, hampir setiap hari akan terdetik dalam kepala Khai, bila Khai nak guna Apple Mac ni?!! Dek kerana laptop sedia ada still mengancam lagi dan duit juga macam biskut Chipsmore, Khai simpan dulu niat nak pakai Mac tu. Tapi.. itu dulu. Sekarang?

Khai rasa setiap orang mesti mahu mempunyai sebuah komputer ber’operasi’kan Macintosh di rumah kan? Takkan tak bosan-bosan lagi dengan Windows kot? Taknak ke rasa sedikit kaya dan dipandang tinggi bila korang menggunakan Mac OSX Leopard ni? Hah well, itu memang kenyataannya. Mereka yang menggunakan Macintosh boleh dikatakan lebih advanced dari pengguna Windows dan mereka ada darjat yang tersendiri. Pedih bila membaca’nya kan?

Well, macam iklan yang korang boleh lihat di sidebar blog ni ialah iklan My Mac for All. Kumpulan mereka ni membangunkan pengoperasian Hackintosh untuk digunakan oleh komputer biasa yang bukan berjenama Apple lagi seperti HP, Compaq, Dell, Toshiba dan pelbagai lagi dan kini semuanya boleh guna Mac OSX Leopard! Ya, menarik dan kool bukan?!

Ya, tiada lagi angan-angan menggunakan Mac dengan menggunakan skin appearance ala-ala Leopard di dalam Windows korang kerana dengan pakej My Mac for All, korang akan rasai sendiri kehebatan menggunakan Pengoperasian Macintosh yang sebenar! Ucapkan selamat tinggal buat Microsoft, Windows, Bill Gates, Virus dan member-member korang yang masih menggunakan Windows. Kalau diorang boleh bangga dengan Windows 7 yang konon baru di’download’nya, korang pula boleh berbangga dengan “Apple Computer” yang korang ada. Kerat jari kalau diorang tak melutut tanya camne korang buat. Hehehee.

Khai akan cuba memasang sendiri dalam beberapa jam atau mungkin beberapa hari dari sekarang. (more…)

Posted on 18 February '09 by , under Lain-lain. 81 Comments.