Teknik meningkatkan trafik blog yang dijamin berkesan


Pernah tak korang baca entri meningkatkan trafik blog atau pun nak mendapatkan income dari blog kat Justkhai ni? Rasanya belum pernah ada lagi tapi hari ni entri khas bagaimana cara nak meningkatkan traffik blog korang dan secara tak langsung meningkatkan juga pendapatan sampingan di internet. Ok, make it simple la ek?

1. Ping URL blog korang at least sehari sekali..

Ya ini yang Khai lakukan sejak dua menjak ni dan hasilnya, memang bukan kepalang. Banyak website yang menyediakan web ping ni, search sahaja Ping di Google. Antara website popular yang Khai selalu gunakan untuk Ping adalah di Pingler dan juga Ping My Blog.

Ping ni bertujuan memberitahu semua jenis search engine supaya cepat hantar tentera spider dia tu ke blog korang. Ini akan membuatkan setiap entri yang korang tulis, tak sampai 10 minit dah ada di Google. Ingat, lakukan sehari sekali atau mungkin setiap kali selepas buat entri baru.

2. Menambah Site Update Services di WordPress

Ini adalah kelebihan bagi pengguna WordPress yang berbayar. Jika korang menggunakan WordPress, tak perlu lagi nak ping sebenarnya (macam no 1 tu), sebabnya WordPress dah sediakan function ping ni setiap kali korang publish sesebuah entri. Ok, ikut tutorial ringkas kat bawah ni.

WordPress Dashboard > Setting > Writing

Kemudian korang copy semua yang ada di sini, dan paste di bahagian Update Services. Save changes..

3. Submit URL website korang khas untuk Google

Kalau Khai tanya, search engine apa yang paling top dan paling berkesan sekarang ni, ada lagi tak antara reader di Justkhai ni yang tak kenal Google tu ape? Hehehe. Kalau rasa diri tu kenal, submit URL blog korang khas untuk Google sahaja. (more…)

Posted on 1 March '09 by , under Blog, Tutorial. 203 Comments.