Tweet Tweet Tweet di Twitter!! Burung ape?

Guys, do subscribe this blog..
http://feedproxy.google.com/justkhai


Burung ape nak? burung Twitter bapak. Burung ape? Burung Twitterrrr. Haish, burung ape?!! Burung Twitter la bapak!! bapo kali den nak ulang ni. Tensen den!!… Burung ape nak? Eeee, burung bapak kot!!

Debuk!! kan dah tak pasal-pasal kene debik ngan bapak sendiri. Hahaha. Buat pertama kalinya dalam blog ni, keluar entri mengenai Twitter. Dah selalu dengar kan dan rasanya ramai dah yang melayan benda ni. Untuk mereka yang baru pertama kali dengar tu, alahai kejap eh, nak gi amik tisu. Tiba-tiba rasa nak menangis pulak mengenang nasib korang yang selalu tertinggal keretapi ni. Haha jangan marah.

Dulu personally Khai rasa Twitter ni tak lebih tak lebih hanya untuk membuang masa. Sebab masa tu belum bukak akaun lagi. Duk melayan kawan-kawan kat Plurk je. Dalam fikiran Khai, sama je kot Twitter ni dengan Plurk. Silap-silap Plurk yang lagi best. Atas dasar ingin tahu, Khai buka juga satu akaun di Twitter. Masa tu baru Khai faham kenapa semua orang sibuk bercakap pasal Twitter.


Diasaskan oleh Jack Dorsey, Stone dan Williams pada tahun 2006 di mana sehingga kini, Twitter berada di tangga ketiga dalam rangkaian social network di belakang Myspace dan Facebook dengan kapasiti beratus juta pengguna di seluruh dunia. Sekali imbas, Twitter ni biasa saja. Tapi apa yang menyebabkan Twitter sepopular hari ini, kerana belum ada sistem seperti Twitter diperkenalkan pada mana-mana website di dunia. (more…)

Posted on 10 March '09 by , under Media Sosial. 44 Comments.