Fast Update #3

Now i know, i love blogging!

justkhai_unique_hits_again.png
Gambar di atas adalah analytic 12 hingga 18 Mac 2008 yang Khai ambil dari Nuffnang. Sebenarnya Khai tak sangka yang justkhai akan menerima hit sebegini dengan usia yang sangat muda. Ingat lagi 2 bulan lepas, masa Khai pindahkan blog di Scukz tu ke justkhai, rasa kesian sangat nengok blog ni. Sudahlah ranking di Alexa jatuh mendadak, visitor pula boleh dikira dengan jari, dan paling sedih page rank dari 4 terus jatuh kepada 0. Hasil berkat kesabaran Khai, akhirnya blog ni dah berjaya mencacat ribuan pengunjung dalam satu hari. Alhamdulillah. Terima Kasih banyak-banyak atas sokongan tidak henti korang semua. Tanpa korang siapalah Khai dan blog ini. Berikan tepukan pada diri anda sendiri.

WordPress 2.5 Sneak Peek

WordPress 2.5 masih belum release nationwide, tapi korang dah boleh download dan try sendiri. Kalau rasa tak ok atau ada apa-apa cadangan, kasitahu diorang. So kita semua akan nikmati wordpress yang lebih enak tak lama lagi. Nak tahu serba sedikit apa kelebihan WordPress 2.5 ni, baca sendiri Sneak Peek dari Matt Mullenweg. Nampak macam menarik. Kalau connection Khai ni tak lembap, dah lama Khai download and install. Nak taknak, terpaksa la tunggu final release diorang je. Tak sabar, tak sabar..

Scukz Kembali

Bukan nak kata memberi peluang kepada CGYhost, tapi lebih enak jika Khai katakan, untuk menghargai mereka. Dari apa yang Yazrie (selaku CEO CGYhost) sendiri beritahu kepada Khai melalui telefon tempoh hari, Khai dapat rasakan CGYhost mempunyai masa depan yang cerah. Itu pun jika apa yang Yazrie katakan akan menjadi kenyataan. Contohnya macam CGYhost nak buat brand broadband sendiri sama seperti Streamyx, Mykris dan banyak lagi yang tak perlu Khai beritahu dulu. Semua tu bukan perkara yang mudah. So good luck untuk Yazrie dan CGYhost. Kepada forumer Scukz sekalian, jom la havoc’kan balik forums Scukz tu. Itu yang korang mahu kan? So Khai dah berusaha untuk pulihkan Scukz semula dan apa yang diperlukan kini, hanyalah kerjasama semua untuk memeriahkan Scukz seperti dulu.

Masih ingat pada Advertlets?

Berapa ramai antara korang yang masih belum terima pembayaran daripada Advertlets? Dan berapa ramai pula yang “hutang” dari mereka hampir RM1000. Itu bukan satu jumlah yang sikit. Cukup Advertlets, cukup!! Jangan sesekali korang suruh blogger untuk bersabar atau memberi alasan “fraud click” tidak sudah kepada kami. Ok fine, Fraud Click! Kami tahu apa itu fraud click even kami tak tahu itu memang benar-benar terjadi atau alasan kosong korang. Jangan harap kami ingin percaya kalau tiada bukti dari pihak anda wahai Advertlets yang disayangi. Ok, email macam-macam soalan dari pihak Advertlets sudah Khai jawab dengan penuh jayanya. Apa lagi yang mereka mahukan? Kenapa harus senyap membisu bagaikan tiada ape yang jadi?
justkhai_advertletswoi_thumb.jpg
* click sini untuk gambar yang gemuk.

Oh, jika korang mahu jadi kaya seperti kroni Josh Lim, mari buka syarikat pengiklanan seperti Advertlets!

Posted on 19 March '08 by , under Daily Craps. 20 Comments.