WWE Japan

Kerat jari kalau ada antara kita yang cakap tak pernah nengok wrestling sama’ada di TV atau DVD mungkin. Kenala siapa itu The Rock, Triple H, Undertake, John Cena, Stonecold Steve Austin, Randy Orton mahupun Rey Mysterio? Kerat jari sebelah lagi kalau ada juga yang tak tahu. Tapi bukan kerat jari Khai, kerat la jari ayam ke, biawak ke.. huhuhu..

Siapa pula yang tidak kenal WWE? World Wrestling Entertainment, Inc; sebuah badan gusti gergasi dunia yang juga aktif dalam membangunkan filem dari lakonan ahli gusti mereka seperti The Marine (lakonan John Cena), See No Evil (lakonan Kane), The Condemned (lakonan Stonecold) mahupun The Rundown & Walking Tall (lakonan The Rock) dan pelbagai lagi rangkaian filem mereka. Itu di Hollywood sana. Di Malaysia, masih lagi belum ada badan gusti seperti itu. Dan artis kita kebanyakkannya datangnya dari bidang nyanyian bukan dari bidang sukan. Masih ingat bila Rashid Sidek berlakon filem Cinta 100 Ela arahan Raja Azmi? Alahai, takde sapa nak nengok. Negara kita tiada ahli sukan yang boleh dilebarkan sayapnya dalam bidang lakonan. Ahli gusti jauh sekali. Tapi yang peliknya dah ada pula ahli gusti perempuan. Budak sekolah lak tu. Itu ahli gusti bodoh buatan Malaysia.

Di Jepun lebih ekstrem. Masih ingat Khai pernah menulis entri mengenai Fear Factor Jepun suatu ketika dulu? Sanggup makan taik untuk menang. Mereka itu gila. Begitu juga dengan WWE di sana, mereka terlalu gila. Khai pasti, jika diberi ganjaran tertinggi sekalipun, belum tentu John Cena mahupun The Undertaker mahu mengambil bahagian. Itu kerana mereka di WWE sana bergaduh kerana lakonan, hiburan dan bayaran, bukan kerana kejantanan seperti orang Jepun. Semua pun tahu, mereka memang gila dalam semua aspek.

(more…)

Posted on 22 February '08 by , under Hiburan. 40 Comments.