** My Wishlist

Page ini telah menerima kunjungan sebanyak 3,391 views

Kalau orang lain mempunyai impian dan harapan, kenapa tidak Khai? Khai juga manusia. Manusia biasa.. dilahirkan oleh seorang wanita bergelar ibu hasil perkongsian hidup dengan seorang lelaki bergelar bapa..

Khai bukan jenis yang suka berangan-angan. Disaat rakan-rakan mengimpikan kereta Mutsubishi Evo 7, apabila ditanya, Khai mahukan kereta apa, Khai dengan selamba hanya menjawab, “Produa Kancil, lepas tu baru Khai pikir nak kereta ape“.. mereka ketawa.. Khai diam membisu.. dalam hati Khai terdetik, ” hek eleh.. gelakkan gua.. ngko tu motor kapcai pon belum tentu dapat bayar sewa bulanan “.. Khai hanya membisikkan kata-kata itu di dalam hati. Ingin ku luahkan, namun apakan daya, Khai bukan jenis manusia bangang yang suka cakap lepas. Ade plak yang kecik hati nanti.

So hakikatnya, dalam hidup ni kita mesti la ada target. Akan tetapi, berpada-padalah. Jangan target perkara yang keterlaluan. Jika kau terlalu obses akannya, kau akan merana dan menyedari diri kau tidak guna kerana gagal menunaikan impian yang adakalanya, imposible..

Ini adalah wish list Khai yang ada yang tertunai dan sedang diusahakan.. Khai bersyukur!

Yay!! Dah Selesai

1. Notebook / Laptop
justkhai_laptop_khai.jpg
Sejak dari tingkatan satu Khai mengimpikan untuk mempunyai sebuah notebook. Apa taknya, dari darjah 6 gunakan desktop PC, terasa bosannya. Terima kasih kepada abah kerana membelikan Khai sebuah notebook sempena Khai masuk belajar di Limkokwing University. Actually bukan abah Khai yang belikan, dia kasi duit je.. Khai ngan abang ipar yang gi serbu Plaza Low Yat sana tu.. Hikhiks..

Update Oktober 2010: Sekarang dah pakai notebook baru (HP Probook 4411s) & juga sebuah netbook (HP Mini 210)

2. University
justkhai_limkokwing_khai.jpg
Cita-Cita Khai sejak dari awal tingkatan 4 lagi adalah untuk meneruskan pelajaran Khai lepas SPM di Multimedia University (MMU). Selesai sahaja SPM, Khai apply dalam course Creative Multimedia. Alhamdulillah, permohonan Khai diterima. 4 hari sebelum Khai ingin mendaftar di MMU, Khai ditawarkan sponsorship untuk belajar di Limkokwing University, Cyberjaya. Tanpa berlengah dek kerana sponsorship, Khai terus terima dan menolak tawaran dan impian Khai mengenai MMU. Apa kurangnya LUCT? satu perkara yang langsung tidak Khai jangka untuk berada di sini. Di Limkokwing University.

3. Graduate
14 Disember 2008 merupakan tarikh keramat dalam hidup Khai apabila hari convocation di’langsungkan dengan penuh gemilang. Kehadiran seluruh family Khai membuatkan penat pada hari itu hilang. Thanks semua. Khai juga menerima Anugerah Khas dari HP. Anugerah yang disampaikan oleh Senator Jins Samsudin cukup indah. Alhamdulillah. Terima kasih mak abah.. terima kasih semua. Baca cerita mengenai konvo di entri: Special Momment – Khai’s Graduation Day

4. Website
Dari tingkatan 4 Khai bercita-cita ingin memiliki website sendiri. Kini baru Khai sedar yang Scukz.Com ini adalah milik Khai sepenuhnya.. Termasuklah justkhai.com ini. dan ada lagi yang lain seperti ohtidak.com atau ohartis.com .. yang lain? carilah sendiri.. Hehehe..

Update Oktober 2010: Banyak dah website baru Khai. Korang boleh cari sendiri atau refer sedikit sebanyak melalui fanpage di Facebook.

5. Nokia 3250 N73
justkhai_n73_khai.jpg
Dulu kat senarai belum terlaksana, tapi sekarang dah terlaksana la. Tapi bukan Nokia 3250. Tapi dapat yang lagi power rangers, Nokia N73. Dapat percuma sebagai hadiah dari Kak Lea. Boleh baca entri mengenai hadiah birthday ni di sini. Sure korang jeles punye la! Next Target, N96 atau E Series.

Update Oktober 2010: Lepas pakai N73 ni, Khai pakai Nokia 5800XM. Now pakai SE Satio. iPhone 4 insyaAllah beberapa minggu lagi.

6. Girlfriend atau mungkin Isteri
justkhai_nieza_khai.JPG
Oh.. ramai dah tahu. Kini Khai ada seorang gadis yang amat Khai cintai. Dia terlalu istimewa untuk Khai. Kalau before Khai pernah bercouple, Khai tak dapat rasakan apa-apa perasaan dalam hubungan itu, tapi dengan dia, Khai rasa Khai lah insan paling bertuah di dunia ini. InsyaAllah, akan kekal sampai bila-bila. Gaduh baik, gaduh baik, clash couple, clash couple, itu biasalah’kan adat sepasang pasangan? Tapi sampai bila Khai atau dia akan setia dengan hubungan ini, Allah yang menentukannya. Sesungguhnya Dialah yang maha mengetahui.

Update 1: Siapalah Khai untuk melawan kehendak Ilahi. Khai dan Nieza kini sudah membawa haluan hidup masing-masing. Sehingga kini hati Khai masih pedih dan kesal kerana setia dengan wanita ini. Biarlah suatu hari nanti dia belajar dari kesilapan meninggalkan lelaki seperti Khai. Khai, hidup mesti terus dan ingatlah, tiada dia, masih ramai yang menyayangi kau. Masih ramai bahkan terlalu ramai.. Bersabarlah…

Update Oktober 2010: 07 July 2010 dan Taman Tasik Titiwangsa menjadi saksi, maka terukirlah nama wanita ini di hati ini. I love her!

7. Yamaha 125zR.
alt=’justkhai_125zr_khai.jpg’ />
Akhirnya terlaksana. Terima kasih atas kerjasama semua especially Kak Yatie, Abang Fird dan Kak Lea. Korang boleh baca artikel mengenai Yamaha 125zR ini di sini.

Update 1: Motor ni dalam kenangan. Hilang pada 14 Oktober lalu di Ampang, Kuala Lumpur. Khai sedar, ada hikmah disebalik kejadian ini.

Update Oktober 2010: Now pakai motor yang sama tapi no plate je la yang lain. Alhamdulillah. Terasa nikmat dia bila kita dapat sesuatu dengan hasil titik peluh kita sendiri. Biarpun tak seberapa, tapi cukup bersyukur dan puas hati titik peluh nampak depan mata.

BELUM TERLAKSANA

1. Mitsubishi Lancer / Honda Civic / Proton Persona
Kereta. Well tak mudah untuk orang bekerja syarikat sendiri nak keluar kereta. Perlu melalui banyak gila proses. InsyaAllah Khai akan cuba dapatkan mana-mana satu kereta antara yang di atas. Minta dipermudahkan.

2. Khawin
Adakah Khai akan berkhawin dengan wanita yang Khai idam dan harapkan? Maybe! Saya dah temui dia! Tiada yang lain.

3. Rumah Dua Tingkat
Ini hanya harapan yang Khai akan laksanakan lepas kahwin. Apa jenis rumah yang dua tingkat tu Khai tak tahu la sebab tak boleh ramal masa depan kan. Apapun yang ada nanti Khai terima dengan penuh kesyukuran. Tercapai before atau after kahwin, wallahualam. Sekarang ni masih menyewa sebuah rumah bersama 7 orang teman di Bangsar.

4. Degree, Master & PhD
Khai yakin Khai akan menggenggamnya.. Curently struggle for Diploma Diploma dalam tangan. Next, Degree Khai. Come on!!
Malas dah!

5. Professional Web Developer & Web Designer
On the way membuka syarikat sendiri. Langkah dah nampak dah. Tinggal nak melangkah dengan jayanya. InsyaAllah. Kena kerja kuat sikit dari sebelum ni.

6. Rumah sendiri yang lengkap dengan SONY brand
Impian Khai yang ini tidak kiralah sebelum atau selepas mendirikan rumah tangga nanti. Khai teringin nak mampunyai sebuah rumah dua tingkat yang ada halaman dan perabot dalamannya 100% dari Ikea. Barangan teknologi seperti TV, DVD Player, Notebook, Playstation dan lain-lain Khai hanya mahukan jenama Sony 100%. Untuk bilik, Khai hanya mahukan jenama ELLE sebagai katil, bantal tilam Kingkoil dan segala jenis lagi barangan bilik tidur. Wuhhu!

7. Nama Anak
Jika panjang umur dan murah rezeki, Khai teringin nak mempunyai seorang anak perempuan yang diberi nama Nur Qistina. Kalau lelaki nanti, Khai suruh bini Khai je la yang pilih. Hehehe.. Tapi nak gak anak perempuan dulu kalau ada rezeki. Hihi.

8. Hantar mak abah mengerjakan haji
Niat murni ini insyaAllah. Jika Allah berikan rezeki lebih untuk Khai bagi melaksanakan nawaitu ini, memang Khai akan tunaikan.

Semoga Allah menunaikan segala impian dan harapan seorang insan hina bernama Khai. Amin-Amin ya Rabbal Alamin.

RSS feed | Trackback URI

36 Comments »

Comment by musnazdotnet
2007-07-11 15:43:18

kawin (isteri – nieza) pon belum terlaksana kan? tak termasuk dalam wishlist ke? hu hu

..
 
Comment by Khai
2007-07-11 15:50:30

[Comment ID #10845 Will Be Quoted Here]

gadis je.. mean just awek.. kira dah jumpa la wanita idaman… tapi ntuk jadikan dia isteri, masuk dalam wishlist yang belum terlaksana…

..
 
Comment by musnazdotnet
2007-07-12 08:23:17

yup yup… wishlist memang banyak. spt yang kita tau terbahagi dua… kehendak dan keperluan, hehe (kemahiran hidop)

..
 
Comment by dragonfly
2007-07-20 10:20:33

moga terlaksana semuanya yg belum terlaksana tu…huehue..

..
 
Comment by hawaziah
2007-07-23 03:41:18

khai..khai..aku tau ko sure x kan ingat aku nye.aku x kisah la.just nk ckp,ko mmg x leh blah..ayat2 skema n telus ko tu wat aku pecah prot.(seb baik aku x gelak sambil nanges baca blog ko ni)

keep up the gud work!
wslm..

..
Comment by Khai
2008-02-21 04:39:14

hard disk otak khai ni 80 juta belion terrabyte ok.. so khai masih ingat.. dulu kita selalu calling calling kan.. hehe.. windu ngan u..

..
 
 
Comment by pat
2007-08-03 03:36:59

kakakaka nokia 3250…cam hp abang aku jerk..huhuhu bukan macam dah memang pown huhuhu..sebenonye dah lame aku nak mintak hp tu kat abg aku,tapi hampehs..tak dapat maaa

..
 
Comment by azleah
2007-12-04 22:11:53

aku dah dapat 🙂 *materials and half of my life*
nak kawen tggu org tu jadi engineer mas dulu haha 🙂

..
 
Comment by gurl life
2007-12-19 20:41:58

wow..notebook dan hp kite sama ler….dah terlaksana. hehee..then ape lg yaa yg sama..

..
 
Comment by khaiphotography
2008-02-08 00:21:18

weh2 khai .. khai..
tukq nama anak ko nanti hahaahhahaa

nama makwe akuu tuhhh hahahhahaha
tukaq2 hahahahha

..
Comment by Khai
2008-02-21 04:37:52

pegi la mampos.. hahaha

..
Comment by khaiphotography
2008-05-05 19:39:12

mcm mana nak mampos!

kubuq x gali lagi!
rumah kata pergi
kubuq kata gi balik rumah!

(Comments wont nest below this level)
Comment by ketuk_angel
2008-06-27 17:36:50

kalau dia suh nko balik umah, nko rayu lah cakap da x saba nak mati…

 
 
 
 
Comment by NuNu
2008-08-05 13:17:38

nunu owez doakn khai yg terbaek…
wish u ley cpai sume 2…
amin

..
 
Comment by michihanna
2008-08-30 16:31:59

hang dok kata PMR satu je A, yg lain B??..huhuhu..bagus khai!

..
 
Comment by munirah
2008-11-06 20:58:58

eh eh eh
.

reply tau ape org naktanye ni

amek arab ehhh?

org amek gak.baru abeh pmr.

nak tanye r.
ape pndapat kalo amek arab tinggi?
cmne ek.khai amek x?

xsure r

confuse lg

..
Comment by crime_genius86
2008-11-17 10:51:30

Amek arab tggi mmg bagus.. menjadi kelebihan kalau kita boleh komunikasi byk bahasa..

..
 
 
Comment by lecturer
2009-03-13 09:26:27

PMR 9A tp pelik kn x msuk IPTA n then just get diploma from IPTS..SPM result?

..
Comment by Khai
2009-03-13 09:29:43

cita2 mmg nak masuk MMU dari form 1 lagi.. then ada sponsor ntuk study di Limkokwing.. minat dalam bidang multimedia.. persetankan tentang sains dan math.. ahahaha..

neway pmr tu kan dah cakap, gambar hiasan 🙂

..
 
 
Comment by Faiz
2009-03-18 23:33:01

Bro Khai… kamu bagaikan idola ku… chewah… :o:

..
 
Comment by Mustaffa
2009-04-02 12:32:25

semoga dapat apa yg dihajati!!

..
 
Comment by zira
2009-05-11 14:23:46

muda lagi la dik ooii…

byk lagi benda lain bleh pk…kawin tu nanti2 la.. 😉

..
 
Comment by Lecturer
2009-05-14 11:27:06

Bagus sbg anak felda brjaya dlm bidang yg diminati…cuma brhati2 ngn apa yan dipublisshkn supaya x jd musuh sendiri…all the best…

..
 
Comment by muyyaQ
2009-06-19 02:35:39

6. Nama Anak
Jika panjang umur dan murah rezeki, Khai teringin nak mempunyai seorang anak perempuan yang diberi nama Nurqistina. Khai berminat dengan nama ni lepas nengok Spa Q. Oh Norish Karman ku.. Kalau lelaki nanti, Khai suruh bini Khai je la yang pilih. Hehehe.. Tapi nak gak anak perempuan dulu kalau ada rezeki. Hehehe.

lau ko nak anak pompuan.. aku prefer ko isap okok bebanyak..

..
 
Comment by ciKoda
2009-06-26 00:23:38

perghh..best giler bace.haha

hebat+mantop result pmr. :[ (hiasan kew?cess)

..
 
Comment by Akuro San
2009-07-13 19:38:10

Bahasa Arab- A ?
Kamu memang betul-betul terror la Khai…
Apsal tak masuk sekolah Tahfiz kamu ni?… :8

..
 
Comment by Anak Kucing~
2009-07-25 15:52:43

uiks..
PMR result skdr hiasan jer?
mna SPM nyer…

p/s; btw, result pmr, minat, & jntina kita sama… 🙂

..
 
Comment by gg_besi
2009-08-21 21:33:53

prgai kta bih krg xlbh r…jz jntn ja beza…hahah..ol d bes r… :[

..
 
Comment by ak ain
2010-02-23 10:41:04

hai khai lpas ne bleh la ajar akk wat website 😉 wat blog ker.. barulah leh manafaatkan ilmu yg ado tu…

..
 
Comment by dark_lavender
2010-05-16 03:02:30

result tu..hiasan
mkna katenyer?
ape tu?
haissh xphm

..
 
Comment by iqjauh
2010-07-04 23:44:47

:[ pergh baru 22 taun ke..
respek2… 🙂

..
 
Comment by miss fika
2010-10-04 22:18:42

oh abg khai idolaku..hehehe smoga kjyaanmu mjd pdorongku utk bjya(khai tua 2thun je) 🙂

..
 
Comment by nabel
2011-05-14 21:10:15

alaaa, best nya khai dah letak wishlist sendiri. banyak yang terlaksana. congrats bro. ;D

..
 
Comment by asheequin
2011-05-26 09:43:26

Alhamdulillah,

Alhamdulillah…ada wishlist Khai yg telah tercapai. Saya doakan yang lain2 juga tercapai.

Ada juga wishlist Khai yg sama dgn saya. 🙂

Bout girl tu, tak pandai nak bagi komen. Women is complicated. But, once Khai dah setia dan menghargai dirinya lagi2 klu dah jadi suami isteri. Insyallah…bahagia menanti Khai.

1 pesanan dari sy klu dia salah maafkanlah dia. Dia akan lebih menghargai Khai…ops…terlebih sudah…

..
 
Comment by hisham
2011-09-07 07:41:58

kenapa la aku perlu tahu pasal nko nih khai??? arghhhh

..
 
Comment by ejardkethot
2012-03-10 16:29:33

wah…nice lah….byk wishlist yg dah terlaksanakan… alhamdulillah…hehe… nasik minyak nasik minyakkk… 8) ..hohoho

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post