Semut Phobia

ant_by_alexbalix.jpg
Aku ada buat sedikit research mengenai semut. Tapi hanya di Wikipedia saje lah sebab tak banyak masa sangat. Kalian boleh lihat dan baca sendiri jika minat. Klik di Sini. Sebenarnya nak kasitahu yang aku ni sangat berani orangnya. Luaran nampak aku ni macam pendiam, penakut, pengecut dan bermacam-macam lagi andaian ke-arah kesopanan gitu, haha tapi aku sahaja yang tahu siapa aku. Aku akan tegas pada siapa yang kurang ajar pada aku tak kiralah tua atau muda even family aku sendiri. Aku berani kerana benar dan aku berundur secara terhormat kalau aku tahu aku salah. Itu prinsip aku! dan seberapa berani aku pun, aku takut pada serangga kecil ni. Ianya Semut. Tidak kira lah apa jenis semut pun samaada warna, berbisa atau saiz tapi kalau ianya dipanggil semut, secara automatik bulu roma aku akan naik seberapa banyak kali apabila hati aku terdetik tentang semut sambil otak menggambarkan semut yang sedang berjalan mengikut laluan mereka dengan penuh setia. Bukan bulu roma sahaja berdiri tetapi aku rasakan seluruh saluran bulu yang ada pada aku akan menegang yang menyebabkan aku beraksi seperti geli-geleman. Ianya termasuklah juga bulu yang sedang kau fikirkan sekarang ni. hehe. Nakal!! Ini semua kerana Semut! Ya SEMUT!! bukan lipas, lipan, unta, cipan, cicak, rama-rama, kucing mahupun apa jenis serangga dan haiwan pun. Harimau pun aku tak pernah takut tapi aku terpaksa takut sebab kalau aku lawan dia, dah tentu aku kalah nye kan?

180px-antsdismemberingbigbug.jpgAku sering menjadi bahan ejekkan member dek kerana semut! Mereka selalu ambil seekor semut dan baling atau letakkan secara senyap kepada aku dan kau tahu apa yang akan terjadi? aku tak pernah kira apa akan terjadi pada semut tu mahupun rakan aku selepas itu. Nasib la kamu berdua. Dulu hidup aku bahagia apabila datang ke hostel ini kerana ini bangunan baru dan susah sekali aku ingin melihat semut walaupun seekor. Tetapi kini aku susah sekali nak jejakkan kaki ke lantai apabila duduk di kerusi gara-gara semut makin membiak pula di sini. Aku takkan merelakannya. Kalau ada kamera, aku dah snap apa yang ada di sebelah aku ni. Kau rasa apa yang ada? Ya, ianya se-tin Ridsect pembunuh semut yang sentiasa menjadi senjata aku menentang serangga kecil ini. Aku tak tipu, sebut pasal hantu, cerita seram atau apa sahaja yang membuatkan bulu roma manusia normal berdiri, aku takkan begitu cuma semut yang membuatkan bulu roma aku berdiri dengan penuh bangga. Aku rasa jika suatu hari nanti ada pertandingan bulu roma siapa paling cepat berdiri atau paling banyak kali boleh berdiri dalam sejam, akulah juara’nya. No doubt about it!!

405px-the_ant_bully-_poaster.jpgAda nengok filem The Ant Bully arahan John A. Davis? aku memang tak boleh terima animasi tu apabila manusia boleh berbaik-baik dengan semut. Iskk.. Seram-nya. Apakah perkara yang boleh menyebabkan bulu roma kalian berdiri dengan megah? adakah ianya sama seperti aku dek kerana gara-gara seekor semut? Oh semut, minggirlah kamu dari dunia-ku. Aku tertanya-tanya, mengapa aku jadi begini? Hati aku kaut mengatakan, ini bukan penyakit keturunan kerana family aku sendiri ketawakan aku. Adakah mungkin pernah terjadi sesuatu antara aku dan semut semasa usia kecil aku dulu yang menyebabkan aku begitu menyampah dengan serangga paling comel di dunia ini. Kau tahu berapa kali bulu roma aku dah naik semasa aku menulis artikel ini? Kau kiralah berapa banyak perkataan “semut” di dalam artikel ini, dan itulah jumlahnya! Boo-Yah!!

Pssttt: ya, aku bercerita mengenai semut, bukan hantu! Oh, satu rahsia terbesar aku telah terbongkar.

Ditulis pada 2:04 AM 16 August '07 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 484 views | Dalam kategori: Tergempar | Tweet This!


RSS feed | Trackback URI

25 Comments »

Comment by pat
2007-08-16 02:44:08

huhuhu khai tatut semuuuuuutttt….pesal tak bagi tau awal2….bley la aku wat semut jadi adiah besday ko aritu..kakakaka..aku ingat umah aku je semut naik..umah ko pown same upenye..pandai semut naik lif pi tingkat 11 kan..

..
 
Comment by Khai
2007-08-16 02:50:23

bukan dioranghaiwan naik lif kot.. tapi ada la sapa sapa mangkok bawak semut dari kampung ni.. gi letak dalam beg baju skali…

macam member aku.. bawak lipas masuk bilik.. tahu lipas kuar dari mana? dari beg balik kampung dia.. kekeke.. selamat bukan budak bilik aku.. kalau tak, nyah ko dari sini!!

..
 
Comment by pat
2007-08-16 03:22:38

hahahaha cam penah terjadi kat bilik aku je…miah bawak lipas dari kg wooooooo…dah branak pinak dah kot…nasib die tak usik aku…

..
 
Comment by gurl life
2007-08-16 06:39:30

huh…….nieza suke kasi khai semut!!!!

..
 
Comment by musnazdotnet
2007-08-16 07:52:43

wah, bestnya khai ada fobia…. hmmm, satu perkara yang menarik…. cuba bayangkan kalau khai dapat mengatasi fobia tu, bukankah satu ‘pengupgradan’ telah berlaku dalam diri khai? think again, yeah!

..
 
Comment by Noorizam Shah
2007-08-16 08:43:58

cinta itu indah.. hahahahahaha

..
 
Comment by fiza8303
2007-08-16 12:05:07

hohooh…takut semut rupanyer khai ni..haha…
nak halau semut senang jer..gi kedai sensei(tabib cina)beli sebuk racun semut.cara die bertindak x mcm ridsect..mula2 tabur kat tpt semut2 tu salu lepak2..bila die tgk racun tu die pun bwk la balik sarang..bagi kat anak2 die..konon2 ole2 la..pastu bile die mkn racun tu..automatik diorang akan gaduh sama sendiri..n the end..semut semua dah mati..sarang xde..okeh?

..
 
Comment by gurl life
2007-08-16 12:18:32

masalah khai, dia akan jumpe semut dmana jua dia brada….haha..time dating pon nmpak semut terus dia melompattt…adoi laaa

..
 
Comment by pat
2007-08-16 13:06:42

melompat….?? kakakaka parah tu…ko kene uwat sesuatu niza kakakakaka

..
 
Comment by gurl life
2007-08-16 14:01:07

hehe…nk wat ape..aku kasi dia semut….dia lari. lg ler aku suke ngusik dia. kwang3

..
 
Comment by luqman
2007-08-16 17:47:51

haha..ape la khai nih..semot pun nk takot..lucu ar…>.

..
 
Comment by Khai
2007-08-16 22:31:24

norizamshah: adakah cinta dengan semut yg dimaksudkan? ehehe

bromus: hurmm.. khai akan cuba sedaya upaya!!

luqman: alaa.. nengok tu.. kat blog pon ada orang nak ejek lagi.. uwaaa… ='(

..
 
Comment by Mamat Miskin
2007-08-17 01:58:06

Macam2 lah kau nie…Semut je ke…?Nieza x takut ke…?Ahakz….

..
 
Comment by gurl life
2007-08-17 10:02:01

eless…nieza mana ader takut semut. nieza suke bunuh semut ader laa…

..
 
Comment by rahmanluct
2008-06-16 13:31:36

ko xnk cite roti canai yg pnoh ngan smot..
mase semester 1 kat mmak damansara damai tu…
kongsi la ngan kitorg.. wah gitu….
mmak tu bole kate sedap… pale kntot dier… =))

..
Comment by Khai
2008-06-16 14:33:38

haha.. kenangan manis tu man..

..
 
 
Comment by abdfatah
2008-08-16 08:17:02

oh begini rupanya cerita semut tatkala mencari cara menghapuskan semu dan juga cara menghalau semut….

menarik jugak nih… kena cari kapur untuk semut. kalo kena kapurkan jenjalan yang derang selalu gunakan …. lepas tu pastinya derang terbaring kaku jadinya… atau derang takkan melalui jalan yang ada goresan kapor tersebut. kapur apa entah namanya… kapur special laa untuk bunuh semut….

setakat hari ini berjaya tanpa semut mengundang tiba… lain lain tempat banyak lagi semut. seluruh rumah ada semut hahahahahhaa… meh aaaa ternak semut.

kalo takot semut baca laa surah semot. boleh?

..
Comment by Khai
2008-08-16 11:14:46

surah semut??!!!!

..
Comment by nai
2010-01-12 05:21:58

err,,surah an-naml?

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by NuNu
2008-08-22 15:46:00

erm…
semot skrg mkin melampow2..
air masak pon die sapu…
gula2 hakz tu xmo lak…

egt lg mse sekolah dulu…
thu x semot waner itam yg pale besar bdn kecik tu…
die ley plak bukak felda kt lam soket lektrik uma Nunu..
pg nk gie skolah tibe2 kelam..
coz soket tu tibe2 shot,sebab diorg tuh lar…
Nunu nk Iron baju skolah pon tak ley..
igt dpt ar ponteng sekolah…
tp xley coz arwah ayah mmg tegas giler..
dgn baju komot2 tu g sekolah…
malu nyer..punca segala2 si semot nie ark…
arrrhhhhh…
geram tol

..
Comment by Khai
2008-08-22 16:49:08

hehehe.. lawak plak baca cerita u ni.. kiranya u pon sekarang mmg phobia ngan semut la ek? hehehe.. kita geng!!

..
 
 
Comment by nieyda
2010-01-12 12:43:21

huhu~~~~
macam2 la khai ni (^^,)
cbe khai try tanye mak khai….
mane tau time mak khai ngandungkan khai tu mak khai memang penah de lalui peristiwa ‘manis’ dengan semut ker ๐Ÿ™‚
sape tau kan…. hehehe

..
 
Comment by CiP FaRAh
2010-01-12 12:47:58

haha.. da dekat btahun aku bc btimbun artikel kt JK ni..
ni la aku rasa artikel paling menggelikan hati aku… hahaha
sorry to say Khai.. tp lawak dow!.. lelaki sejati kalah dengan seekor semut yg tak tahu apa2…. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by lala
2010-10-28 20:06:16

hahahaha…1st time ni jmp org tkut sgt ngan semut…kelakau la kau ni khai….. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Aunty Yin
2011-04-04 19:05:39

khai ni comel laa….. lg 4 bulan leh bg khai semut… boh dlm kotak bebanyak….

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post