Untuk Budak Sekolah Yang Ada Masa Depan

budak-sekolah

Salam guys. Post ni actually untuk budak-budak bawah 15 tahun. Kalau korang yang dah tua (haha) tu pun rasa nak baca, why not kan? Nanti boleh share dengan adik-adik ke, anak-anak ke atau mungkin isteri muda wannabe? Wohha! Nak isteri muda sila bela dari kecik kata orang. Hehehe. Yang perempuan toksah sibuk nak bela-bela budak lelaki. Apa kes perigi cari timba.

Entri ni pendek je (mudah-mudahan). Bila dapat tahu esok lusa budak-budak PMR nak amik result dan tak lama lagi budak-budak SPM pulak, rasa kesian diorang ni bila sakit jiwa nak tunggu result ni keluar. Habis frust menonggeng. Baguslah kalau ada rasa risau tu sebab korang bukan saja risau sebab takut kena maki dengan mak ayah, tapi juga sedar betapa jauhnya masa depan yang harus korang lalui lagi.

Tapi selalunya mereka yang risau ni, kebanyakkannya dah terlambat. Baru menyesal kenapa sebelum ni aku tak belajar betul-betul. Bila mak ayah letak harapan yang tinggi nak tengok result, baru korang nak menyesal. Dulu time cikgu ajar korang tidur atau lebih palat lagi, korang panjat pagar belakang sekolah. Bajet gangster lah tu buat macam tu? Time korang sekolah, korang rasa la macam gangster. Nanti bila dah besar korang nengok budak-budak sekolah pulak buat macam tu, kerat jari kalau korang tak rasa macam nak sepak je sekor-sekor.

smksp-1

Apa yang korang lalui dah pun Khai lalui. Result Khai tak lah sebagus mana dan tak la seteruk mana. Kira Alhamdulillah. Berbaloi’lah dengan usaha Khai time sekolah dulu. Maklumlah time sekolah dulu jadi tokey cetak rompak termasyur (burn n sell). Sampai Pengetua sekolah pun mintak order lagu Mawi. GPK HEM pun dua kali lima. Hahahaha! (OK Cikgu jangan risau, nama cikgu selamat ditangan saya).

UPSR just menempatkan korang di SBP atau sekolah biasa. Ini tak berapa penting sebab sekolah biasa pun berkualiti cikgu-cikgu’nya cumanya kalau di SBP, schedule korang tu lebih penuh dengan perkara yang berfaedah dan bermanfaat.

PMR korang pun tak berapa penting. Just nak nengok ke mana hala-tuju korang. Masuk kelas pandai ke atau masuk kelas bodoh. Dapat awek pandai macam korang atau dapat awek yang bodoh macam korang. Kalau dapat awek pandai, korang sama-sama lah akan jadi manusia berguna InsyaAllah. Kalau dapat awek bodoh macam korang jugak, dua-dua ada harapan cerah nak jadi bodoh sampai mati. (Ini teguran cara Justkhai. Memang laser pandai-pandailah nak paham2 sendiri. Hehe)

SPM ni fuh susah nak cakap. Korang pun faham-faham sendirilah. SPM ni menentukan korang samaada masuk ke Universiti atau terus duduk dirumah tanam anggur. Pendek kata, masa depan cerah akan mula wujud bermula dari result SPM. Jadi SPM ni memang wajib untuk buat betul-betul. Tak payah lah nak jadi samseng kampung. Tinggalkan member korang yang samseng tu. Anggap je diorang tu takde masa depan. Pergi bergaul dengan kawan-kawan yang pandai. Maka korang pandailah nanti.

Kalau korang rasa dah terlambat nak bertaubat dan tengah tunggu result SPM, cukuplah korang berdoa semoga subjek Bahasa Melayu korang lulus. Kalau tak lulus bermakna, tak dapat sijil SPM yang sama juga maksudnya macam korang tak pernah pergi sekolah dari darjah 1 sampailah form 5. Buat habih boreh mak bapak korang je kasi makan minum dan bayar yuran sekolah semua. Isk budak-budak ni!

Adik-adik, memang bukan Universiti tu menentukan masa depan korang. Yang tak sekolah pun ada yang boleh berjaya kan? Tapi pilih samaada cara senang atau susah je lah. Syed Mokhtar Al-Bukhary dulu bawa RM50 je pergi KL sebelum dia mulakan perniagaan padi di Kedah dan sekarang dia antara Top 10 bumiputera yang terkaya kat Malaysia ni. Tapi itu dia berpuluh tahun yang lalu bawak RM50 pergi KL. Sekarang korang bawak RM50 pergi KL, tak sampai 5 jam, korang dah jadi peminta sedekah dah. RM50 zaman sekarang ni tak ubah macam tisu. Dia punya pengaliran tu dah sama macam tisu korang buat lap hingus. Kalau RM1 toksah ceritalah. Tahu tissue jamban? Imagine lah sendiri.

Dan Syed Mokhtar Al-Bukhary tu nasib dia baik. Adakah korang akan bernasib baik juga macam dia? Hidup ni tak boleh berpegang pada nasib tanpa usaha, betul tak? Even doa tanpa usaha pun takkan jalan, ape lagi dengan nasib. Takde maknanya. Main nombor ekor tu ye ikut nasib. Itupun kena usaha juga cari number-number plate orang eksiden. Fuh minta dijauhkan dari keturunan kita semua main nombor ekor ni. Haram tu boleh rosak darah daging 7 keturunan makan duit yang jelas haram di mata.

remaja-bermasalah-1

remaja-bermasalah-2

Apapun semua terletak pada pangkal hati masing-masing. Nak hidup senang atau hidup susah bila dah berkeluarga nanti. Kalau korang dah ada anak, korang mesti nak anak korang pandai dan hebat. Itulah apa yang mak bapak korang nak sekarang. So jangan hampakan mereka. Malu mereka dengan jiran-jiran dan saudara-mara bila ada jiran dan saudara tanya result korang. Kalau mereka malu, itu dah masuk kategori menconteng arang atas muka mereka. Better korang conteng guna marker pen ke dari pakai arang. Nampak sopan sikit. Haha! Apapun pastikan yang bukan permanent marker. Hehe!

Ingat, bila korang dah habis SPM dan dapat result yang tak best, korang akan rasa jeles nengok member-member yang best dapat masuk Universiti. Dan korang awal-awal pagi dan bangun tunggu bas nak pergi kerja kilang. Bila member tu dah graduate, korang akan rasa jeles lagi bila dapat tahu member tu dapat kerja gaji ribu-ribu dan korang masih lagi kerja di kilang yang sama dengan gaji yang sama serta mengadap muka supervisor yang sama. No choice hah?

Time tu korang berdoa kalaulah Tuhan putarkan semula masa ke belakang, mesti korang akan belajar rajin-rajin dan nak kerja best-best macam member korang tu. Tapi sedarlah diri kita ni bukan maksum, tambah pula dengan doa yang agak melampau macam tu. Menangis air mata darah je lah.

So mulakan dari awal ye adik-adik. Nanti menyesal masa akan datang. Kalau taknak dengar cakap korang punya pasal lah. Mak bapak dan Cikgu kat sekolah pun dah berbuih-buih mulut suruh belajar rajin-rajin tapi ada yang buat bodoh je walaupun dah memang bodoh. Sampai ada yang rasa nak lempang je cikgu tu empat lima das kasi banyak lagi buih kat mulut cikgu tu. No wonder ada kes murid sekolah belasah cikgu. Memang kesian cikgu ni kan? Dia marah dan nasihat sebab dia sayang korang. Kalau tak sayang, gi lantak korang lah. Betul’lah kata pepatah yang cikgu ni adalah lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Cikgu sampai mati akan tetap sebagai cikgu tapi yang diajar’nya adalah bakal jadi seorang doktor, peguam, blogger (wohha), atau mungkin seorang Perdana Menteri yang jauh akan hidup senang melebihi dia sebagai seorang guru.

Mungkin korang yang masih sekolah ni sekarang rasa cikgu tu kuat membebel dan annoying entah ape ape. Tapi bila dah habis sekolah nanti baru korang tahu yang pesanan cikgu tu adalah benar-benar belaka. Dan korang kalau boleh nak cari cikgu tu dan melutut minta maaf sebab tak dengar cakap dia dulu. Tapi sekali lagi, segalanya telah terlambat.

smksp-2

Renung-renungkan dan selamat….. menonton AVATAR di pawagam berhampiran. Khai dah nengok cerita ni best gile kot. Kematu bontot duduk layan movie sampai 3 jam. Tak pernah nengok cerita sepanjang dan se’power AVATAR ni.

P/s: Pendek kan entri ni? Eh panjang eh? Ah! Fail lagi gua buat kesekian kalinya nak tulis entri pendek. hehehe! Kalau dah namanya Justkhai kan? Bukan Oh! Tidak. Thanks kalau berjaya baca sampai habis. Komen mana weh? Lupa ke? hehehe.

Ditulis pada 10:42 AM 22 December '09 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 952 views | Dalam kategori: Motivasi | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

115 Comments »

Comment by ayong_qila
2009-12-22 10:45:24

good advice for budak2 yang afta spm n pmr!
hee all the best korang.
tggl menunggu tamatnye deg je. adoooi!

..
Comment by Pembebel Seksi
2009-12-22 19:14:40

yes betul tuh.
khamis ni pmr punya result keluar
goodluck adik2 8) 8) 8) 8)

..
Comment by akak yOna
2009-12-27 03:22:22

ya ya yaaa… good luck to adik2… entry kali ni elok paksu print bg ank buah bace… ekekekeke…

(Comments wont nest below this level)
 
 
Comment by Ray Jr
2009-12-23 21:37:02

adik aku pun tgh tggu result pmr…hahaha…kene saiko ngan aku adik beradik…hihihih…

dan aku juge sedang bertungkus lumus menghabiskan degree…ohhh…what a very long semester…
:o:

..
 
Comment by din
2010-03-15 14:46:41

erm best2 bwu td tbuka blog ney bnyk gak bnda2 yang menarik an haha

..
 
 
Comment by MrRollies
2009-12-22 10:46:05

aku menyesal..
๐Ÿ™
lagi 2 hari huhu :bloody:

..
Comment by MrRollies
2009-12-22 10:47:06

But aku nerd..
haha
xde lah sampai panjat pagar !

..
Comment by loq
2009-12-22 10:48:13

tapi ko merempit. :[ :[

(Comments wont nest below this level)
Comment by MrRollies
2009-12-22 10:55:04

AKu bawak moto xde lesenje..
xpernah merempit zzzzzz

 
 
 
 
Comment by loq
2009-12-22 10:46:57

entri pedoman untuk budak sekolah macam aku. 8)

..
 
Comment by paeh
2009-12-22 10:50:43

tu dia nasihat ‘pendek’ dari pensyarah khairul hassan, btw kita semua kena bijak untuk hidup.

..
 
Comment by amoi
2009-12-22 10:51:00

aku masa skolah suke main2. sampai spm pung main2. then masuk mmu skg neh. belajar sungguh2 sebab aku tahu dlm ipts sume pakai duit. yuran tak yah ckp la. beribu dh satu sem. tak kan nak bazir duit ptptn dengan duit bapak aku kan. so masa universtiy baru sedar kena belajar rajin2.HAHA.! adik2 jgn ikut teladan kakak neh. baik belajar sebelum spm. dptkan biasiswa. hoho. :-[) :-[)

..
 
Comment by chokilala
2009-12-22 10:57:59

yezza. post menarik dan berguna daripada khai. upsr & pmr = nothing. sebab objektif, senang sgt, serious. SPM je yang betul-betul menentukan masa depan seseorang tu, dan agak susah sikit. LOL

lagi satu, kalau korang cukup makan SPM, cukup makan yang kira tahap dapat masuk matriks, bukannya cukup makan lulus BM tau. hehe. kalau masuk matriks, ada peluang kedua lagi, tapi matriks dah susah sikit la. struggle sikit dekat matriks untuk masuk course pilihan di Universiti pilihan. huhu

semoga berjaya adik-adik semua. kalau malas nak jadi doctor ke apa ke, meh jadi pro-blogger mcm abg khai. gaji riban2 gak sebulan. hehehehe :bloody:

..
 
Comment by Nad.Cydot
2009-12-22 11:00:47

lagi 2 hari . adesh , sungguh menyeramkan .

btw , entri yg bagus ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by azleah
2009-12-22 11:04:07

good article!

..
 
Comment by yash
2009-12-22 11:04:28

hu3 kadang2 bukan semua orang bernasib baik kot! mungkin x byk tapi segelintir agak nya.. pandai2 tapi nak blajar terbantot sebab keadaan kuarga.. terpaksa keje cari duit untuk bantu kuarga.. tak pon ada sebab2 lain mcm mak ayh sakit ke tak ada nak jaga.. mkn dalam woooo kalo tgk member2 sume blajar tp kita da kene keje bukan sebab result tak bagus tapi faktor kuarga.. =(

..
 
Comment by Mr.Bintang
2009-12-22 11:07:07

SPM aku sangat terukss.. :bloody:

..
Comment by ayong_qila
2009-12-22 13:39:32

hohoh. same la kite.. huk2~
๐Ÿ™

..
 
 
Comment by hilmi
2009-12-22 11:34:46

wahh… advice yg bagus untuk dak2 skola mcm aku nih… akan ku cube praktikkan… hahaha..

btw, thnx 4 the advice ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by ejam
2009-12-22 11:38:37

terima kasih cikgu…

..
 
Comment by onetrg
2009-12-22 11:48:32

trime kasih cikgu!!tabik!!

..
 
Comment by onetrg
2009-12-22 11:48:57

trime kasih cikgu!! ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by Daus
2009-12-22 11:56:07

Dah nervous ni… takutnya aku kalau dpt result yg betulยฒ hampeh… =(

..
 
Comment by hana ahmad
2009-12-22 11:59:50

aku rasa cam nak copy paste je ko nye entry ni bg kat seseorg yg ego n degil xmo dgr ckp.tp mcm xptt lak.hahah…hope org itu baca la ape yg ko tls.zmn skrg ni degree pon dah berlmbk2 sgt org ade.so, ilmu itu sgt pntg. duit nak byk2 tp stdy mls. tgkla ade bdk2 yg dok melepak je pas spm. xpon kje klg.aku ase lbh berfaedah klo dorg try msk ikm ke,ikbn ke,kolej komuniti ke,mne2 la institut kemahiran yg ade. atleast ade bnde yg dorg blaja n leh wat wet d kmudian ari.ni x dok mlpk je nyusahkn mak ayh dorg.sian btul.nk tgur ank org lak.huhu…papehal nice entry wlaupun pnjg benor aku nk bacanye Datuk Khai. 8)

..
 
Comment by Fatin Pauzi
2009-12-22 12:06:58

Cite Avatar best ek? Sayang kat Terengganu tak de wayang. Download je la jawabnye. :oups:

..
 
Comment by YaNa
2009-12-22 12:09:22

entri yg bagus..
agak menyesal dulu main2 belaja tapi hidup perlu diteruskan
so jgn putus asa dan teruskan idop.
klo xberjaya dulu, pastikan skrang berjaya dalam kehidupan,keluarga dan masyarakat!! semangat 1 malasyaia. hahah

p/s: yg penting BAHAGIA ngan kehidupan skrang ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by akma
2009-12-22 12:38:27

nasib baik kau dah lepas spm dan result takla gmpak tp takle memalukan mak bapak. alhamdulillah.. hehe aku igt nk mengajar kat palong. sane byk bdk mlayu. tp tu lah… bab posting ni bukan boleh mintak suke2 hati. huhuu

khai nk tny, cmne ko amik widget traffic xtvt wowzio nih?

..
Comment by diaien
2009-12-22 12:56:27

klik je kat bawah sebelah kanan tu. bleh tgk kat situ.

..
 
 
Comment by akma
2009-12-22 12:41:18

eh slaap taip . bukan ko. tapi aku. heheh

..
 
Comment by diaien
2009-12-22 13:02:38

nasihat yang berguna. sape2 yang lom ambik SPMtu, patut baca dan ikut nasihat khai ni. kalu x korang mesti nyesal nanti.

jadi samseng dapat apa???
jadi mat rempit dapat apa???
jadi minat rempit dapat apa???

memang korang glamour kalu jadi jahat… tapi mak bapak korang bangga ke???

..
 
Comment by Eldy Voon
2009-12-22 13:33:16

Janji korang ada jalan dpt cari makan, jgn smpai jadi perompak sudah..

..
 
Comment by FaisalReza
2009-12-22 13:41:19

Rajin adik rajinn…. rajin la belajar…. anyway kuatkan keazaman kepada adik2 semua… apa pun yang terjadi.. life must go on… jgn smpai ada bunuh diri atau buat perkara-perkara yang bodoh. :-[) (pesan seorang pakcik)

..
 
Comment by kampunggurlz
2009-12-22 13:57:18

aaaaaaahhhh khai….
sy pon dak spm gak…arap2…spm sy lulus dgn cemerlang…tkot lak dgr blew dpt result…tgk2 result x bgus…hancur arapan ibu ayah…n mkin tkot blew mmber2 dpt tawaran u…mkn tkot blew memasuki alam p’kerjaan yg tidak m’berangsangkn…adeeessss

semoga apew yg dilalukn di medan peperangan wak2 akan cemerlang…..huhuh

*amin*

p/s *syok sndri lak aku ni bgi komen* =( ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Sabri
2009-12-22 15:04:55

heh.. ๐Ÿ˜€ btul uh.. PMR + UPSR, takde pe sangat ah..
aku dapat 5A upsr ngan 9A pmr pun, takde maknenye
sebab tu takyah study bebetol pun leyh dapat straight A..
skarang baru nak study bebetol, untuk SPM tahun depan.. hakhak..
doakan r aku bjaya.. ๐Ÿ˜€ boleh aku teman kau jadik Full Time Blogger, khai.. hehe

..
 
Comment by a1zudd1n
2009-12-22 15:41:15

all da bes ye adik2..hehe
klo rezat pmr n spm bes..
tapi bile masuk u jadik ampeh..camne nak buat tu??huhu :o:
pepandai la plh kos kat u nanti..
jauhi subjek yg boleh mensengalkan rezat korang ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by samanosuke_04
2009-12-22 16:09:40

bagi aku pmr ader pentingnya.. hoho, supaya korang sume leh masuk mrsm, atopon kalo yang dah duk mrsm supaya korang leh pegi mrsm bitara.. hihi, waktu kat mrsm form 4 & 5, score spm, dapat pi oversea… heehee…

..
 
Comment by Fahmishah
2009-12-22 16:40:29

Didikan agama perlu ada dari awal lagi supaya kita tahu fungsi kita dalam dunia ini. belajar pandai pun, tapi ramai jugak yang lawan pensyarah, pakaian tak cukup kain.

..
 
Comment by Akuro San
2009-12-22 16:48:15

hah, kepada cucu-cucu atuk khai, dah habis baca leteran atuk kamu? bagus~ cuma kamu jangan kecil hati ya, sebab atuk khai lupa nak beritahu yang entri ini untuk kamu juga, selain untuk budak sekolah yang lain~ ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by abu_diaby
2009-12-22 17:10:58

bro,

aku support artikel ni. world class. neway, mintak ape yg ko tulis ni dpt bukak mata budak2 kat luar sana. keep up the good work.

actualy, byk sgt bdk2 yg mcm ni kt luar sana. mungkin diorg tak bape nampak ape yg ko ckp kn ni. but ble dh ada anak-anak n family kang, baru diorg paham agaknya… by the time, dh lmbt dh..

..
 
Comment by meow
2009-12-22 19:37:21

erm…aku walaupun rajin belajar, tapi keputusan spm tetap sederhana…xtahu mana silapnya..

sehinggakan aku rasa putus asa, sehinggalah aku dapat masuk politek, baru aku tahu, SPM tu bukan menjadi kayu ukur untuk kita berjaya..

hehe…sekarang aku dah berjaya…pointer maintain 3.0 above…hehe…

aku buat yang terbaik utk family aku, aku xnak tengok lagi mak aku jatuh air mata kerana diri ini…itu yg memotivasikan aku..

..
 
Comment by paiq
2009-12-22 19:47:53

hahaha..seb bek aku dah nak abes blaja kat u ni..so malas nak bace sampai abes..panjang gilosss!! :bloody: :bloody:

..
 
Comment by perantau_desa
2009-12-22 20:24:00

best apa kerja kilang

..
 
Comment by perantau_desa
2009-12-22 20:37:53

bagus artikel nie….gie print tampal kat pagar2 sekolah….budak2 sekolah baca…mesti rasa nk belajar sunguh2 nanti ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by megat
2009-12-22 21:24:52

aku pun nyesal, kenapa ko tak bikin entri 15 tahun lepas? kalau mungkin aku belajar sampai master atau PHD (ha3).

cun! info yang berjaya menyentuh perasaan orang macam aku. kalau orang yang macam ko maksudkan dalam catatan ini aku tak tahulah. mungkin derang sibuk dok lepak rumah bujang kot dan sibuk menjahanamkan diri lagi (he3)

..
 
Comment by izwan
2009-12-22 22:32:22

Ermm…btol tue…
adalah sgt penting utk memikirkan msa dpn…
pmr just penentu utk f4 je..
the most important is SPM…
Nway…all da best utk sume candidate PMR dan juga SPM

..
 
Comment by Faer
2009-12-22 22:35:10

Huhuhu harap2 bakal2 spiderman pagar sekolah yang baca post nie *adake?* mengambil pengajaran…Siyes x best kalo jatuh ditengah perjalanan hidup…aku dah nampak dah ramai yang struggle untuk perbetulkan balik hidup diorang. S-u-s-a-h~

..
 
Comment by Nasrulz
2009-12-22 22:55:43

Nervousnye nak tungu result SPM yg akan keluar bulan March tahun depan..harap2 dpt result yang superb habis la… ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by Nazz
2009-12-23 02:53:20

entri yang “pendek” dan memang memberangsangkan.. pesal la entri ni tak dibuat masa sebelum aku ambik periksa dulu-dulu yer.. kan sekarang dah nyesal.. hu hu

..
 
Comment by hazim
2009-12-23 05:58:36

hambek ko entri pendek..hehehehe
nice entri! bole buat ceramah adik aku neh…
good job khai!!! ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by whose
2009-12-23 06:40:54

banyak baguih ini nasihat…mmg2 ada gak la kesedaran y terbit dari lubuk hati dorang ini…insyaAllah..

..
 
Comment by Zairul
2009-12-23 07:51:28

budak sekolah sekarang dah tak macam dulu.. ๐Ÿ˜

..
 
Comment by Mr Fathi
2009-12-23 08:07:36

Entri ini entri yg sesuai ditujukan buat aku…
Tahun hdpn aku akn menghadapi STPM…STPM…

Bukan SPM aku yg truk…member2 aku yg takde A pun bleh masuk poli.Apsal aku tak masuk?tak minat n tak apply pun…
ada yg dpt UiTM tu pun 2nd intake…watpe nak bangga masuk 2nd intake?rasa diri ini mcm junior… :((

Aku ni taklah jahat kat skola pun.Cikgu sumer syg aku tapi sygya SPM gua takde yg GAGAL!!! ๐Ÿ™‚

Aku rasa ko jadi la motivator…ayat ada yg panas tapi niat nak memotivasikan orang…orang akan faham…saya pun faham… ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by marilynn
2009-12-23 09:43:19

my SPM wasn’t that bad. I wish I did better though. Sebab tengok my friends getting scholarships, gi US la, Germany la, jeles seh! But yeah, I guess it’s never too late to change. thanks for the motivation, Khai. ๐Ÿ™‚ you rock! :o:

..
 
Comment by marilynn
2009-12-23 09:53:28

Comment ini bertujuan untuk memuji, so get ready untuk kembangkan hidung.

So far, I have never really read Malay blogs, but I came across you pyer blog, and I loved it at the first sight. Very informative, I like the design, the color, etc. Even the font!

And then blog you memang addictive. I check this out everyday, just to look for new posts, terer la you. jampi aper you guna? okay, thats a joke. 8)

if i am not mistaken, ohartis and ohtidak pun under you kan? how do you manage all these blogs? o.O

okay, thats it. thanks! ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Sy8
2009-12-23 10:40:31

pendek sgguh..tp good..

..
 
Comment by ajie
2009-12-23 12:45:41

betul tu.. sekarang ni budak budak kecik lagi dah isap rokok, lepas tu bedal gam kendian mencuri… ibubapa pun kena mainkan peranan juga.. jgn harap guru di sekolah sahaja..

..
 
Comment by nadia
2009-12-23 14:25:48

posting menarik

..
 
Comment by retty
2009-12-23 17:35:11

disini sy nk kongsi pengalaman sy arrr….
supaya jadi pangajaran kepada adikx2 kt luar tu,
sebenarnya sy ni harapan ibu bapa sy arr…
dlm pelajaran pn kr ok lah,cm sy paling benci ngan
sub matematik!!!:p ,sebanjang zaman sekolah saya,sy x pernah lulus dalam sub matematik,masa kt tingkatan 5 tu,setiap kali waktu matapelajaran matematik sy diri kat atas kerusi coz bnyk sebab,antaranya x bt kerja umah,x tumpukan perhatian semasa cikgu mengajar,tp cikgu matematik sy PN.Norani.dia memang baik,penyapar orgnya(ialah sangup layan kerenah sy)sy memang suka cikgu tu dn cara mengajarnya,tp otak sy ni arrr…. x fhmx2.lps dpt keputusan SPM x teruklah,dpt crdt dlm 6 matapelajaran,dn matematik dpt F9,tp kan sy dpt tawaran untuk melanjut pelajaran ke ting6,tp kwnx2 sy ckp dlm ting6 matapelajaran matematik wajip,mrk ckp jgn sambung ke ting6,sy pun percaya sngt dgn mrk dn x sambung ke ting6,parents sy paksa sy utk sambung ke ting6,tp sy tetap ngan pendirian sy sampai guru hal ehwal pelajar pun dtg rumah utk pujuk sy,sy tetap ngan pendirian sy utk tidak sampung pelajar,masa tu sy fikir perasaaan parents sy,kira ikut kepala sy jer…lps tu sy putus cntc ngan kwnx2 sy,ada skali sy terserembak ngan kwn sy,dia beritahu rugi sy x sambung ting 6,kerana subj matematik tu pilihan kita!!!!masa tu =( ,tak terkata perasaan sy th!!!tp nk bt mcm mn!!smpi skrg sy amat menyesal,baru saya sedar bahawa saya buat keputusan yang bodoh,dan hancurkan harapan parents saya,hhhmmmmm……tp apa blh bt nasi dah jadi bubur…
skrg sy kj kat bank hantar duit ke luar negara(MERCHANTRADE ASIA B/B),
kesimpulanya:jgn terlalu hati,perasaan dan pengaruh kwnx2 yg x blh pakai,dgrlah nasihat dan terimalah teguran parents,dan cikgu ngan hati yg terbuka,coz kita lah harapan meraka.(minta maaf klu ada salah ejaan terutama huruf b ngan p,krn sy buta huruf b dan p)

..
Comment by zulfitry.com
2009-12-24 01:52:03

semoga berhati-hati dengan membuat keputusan di masa akan datang..

..
 
Comment by Mr Fathi
2009-12-24 08:24:06

Memang subjek Math tak wajib…yg wajib just Pengajian Am tu pun kalau nak sambung U…lain kali dengar kata2 cikgu/kaunselor bukan kawan2(kawan je tau bukan sahabat baik…)

Saya tahu ni pun sbb saya pun dak form 6…biar la dorang kata form 6 ‘tempat terbuang’ tak dpt U…pedulik apa aku…aku yg nk blajar bukan nak rosak diri aku…

Lebih baik masuk form6 dari korang merempit tak tentu hala…mati katak masuk KUBUR…kalau orang cakap2 baik takpe la…kalau ckp2 buruk/tak manis camner???kan dah jadi DOA tu… :oups:

..
 
 
Comment by miss raimi
2009-12-23 17:37:08

uikz…good advise.bukak la mate adik-adik oi..
sume2 tu bkn utk kesenangan dorg2.
tp utk diri sndiri.
for example,,,
nti klu nk dh capai cite-cite sume kat hujung jari
xpun suruh je org bawwahan amek.
order jer!
xnk ke jd mcm 2?
nk bli sluar faveret just stat enjin kete je.
then go.
duit dh ready dh dalm poket.. :love:
tp klu korg xde duet..
nak bli bende feveret ponn sush.. :o:
cayerrr laaa..
nak gumpul duit lg…
pergh,,,kerje susah beb.. :bloody:
so…
nak pilih jln sush ke jln senang??
lo fkir laa sndiri~
:[

yg baik dr ALLAH,yg buruk dri diri sy..

ngeh222..tata!

..
 
Comment by mya myza
2009-12-23 19:39:53

biasanya masa kita bdk2 n sek x abes lagi kesedaran tu timbul tak banyak….bila dah abes sek n tgk member2 berjaya baru rasa naper la aku x blaja tul2 dulukan kan….macam situasi saya skunk ni lew… org lain (member2 la) dah abes upsi nak jadi cikgu la… nak jadi peguam la…tapi kita masih jugek keje kerani cabuk ni smpai pencen…hu hu hu…….aku harap anak2 haku nanti x ler ngikut jejak langkah aku…..

..
 
Comment by hunny_qtn
2009-12-23 20:17:27

ouh.sangat suke gdn entri kli ni.
haha..
mklumla bdk skola..

esox rsult aku kua. Ohtidak!
xsnggup rsenye nk g amex.
takot..
nseb baek kua awl cket thn ni rsult.
klu lmbt2 wt aku lg bosan mnunggu ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚

..
Comment by zulfitry.com
2009-12-24 01:45:35

hahaha..semoga ko dapat 8a hendaknya…
kalau dah usaha tu..insyaalah berjaya..’

u get from what do u effort

..
 
 
Comment by blogresipi
2009-12-23 23:03:25

Belajarlah sungguh. Kalau boleh biar SPM dapat elok dan dapat masuk U. Lepas tu belajar lagi sampai dapat 3 pointer. Banyak peluang kerajaan bagi untuk budak-budak Melayu dan bumiputera kalau kita dapat score lebih sikit waktu study.

Antaranya:
a. Tak payah bayar PTPTN kalau dapat First Class Degree
b. Dapat biasiswa sambung master di IPTA tempatan. Biasiswa dia sama banyak dengan starting gaji executive.
c. Dapat biasiswa sambung study luar negeri.
d. Dapat kerja company besar macam Petronas etc.

Sementara kerajaan bagi macam-macam peluang ni mengajilah sungguh-sungguh ya.

..
Comment by zulfitry.com
2009-12-24 01:43:41

belajar dan belajarlah kamu sehingga ke liang lahad.
.ingat !!menuntut ilmu itu fardhu kifayah..

..
 
 
Comment by ketuk_angel
2009-12-23 23:10:47

ngehehe… teringat la plak zaman aku memuda dulu… lari lintang pukang masa di kejar polis pukul 3 pg… tu la… mak ayah suh bgn smayang tahajud aku xuat… g ‘flyin without wing’ ikut pagar sekolah… udahnya xcukup tanah lari… menyuruk bawah ‘waksegan’ buruk lak tu.. udah la terperonyok kat bawak keta buwuk tuh… hingatkan selamat la… HAMPAEH!!! kena cekup gak.. nasib x dihantar masuk lokap.. kalo x, jd bekas banduan aku… wahahaha..

..
Comment by zulfitry.com
2009-12-24 01:42:03

kalau belajar betul2..boleh jadi Pengarah Penjara Malaysia..x payah jadi banduan lagi..

..
Comment by zulfitry.com
2009-12-24 01:42:37

aku gurau jer..hehe..jangan amik hati k

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by Anarm
2009-12-24 00:47:38

yess.. ade gak org buat entri ni.. aku terlambat nk komen..

aku sokong sgt2 ape yg khai tulis.. korang mungkin pikir nk main je time study.. kalo belajar xpaham, terus fedap.. ape salahnye kalo gi tanye cikgu.. dok berdua, bincang elok2 bende yg korang xpaham.. mcm aku dulu, xpaham, fedap pastu lompat pagar gi isap rokok kt kedai kak nab (nama tuan kedai).. sekarang, menyesal!! rasa nk undo balik masa gi ke zaman study dulu2.. tp xleh =(

PMR kene fokus btol2 gak sbb penentu kelas pandai ke bodoh piang.. dpt masuk kelas pandai baru la korang ade pesaing, dpt improve kelemahan korang.. sama2 belajar, sama2 bertanya.. kalo dlm kelas bodoh, nk improve cmne? tanye skit, yg dijawab “arghh.. jom merempit!”.. wth??

bab samseng plk.. samseng2 kt sekolah ni xde faedah lgsung.. biasanye samseng sekolah ni die ramai2.. kalo sorang2, mmg TAKDE TELOR!! lari lintang pukang.. wtf??

korang pikir skit.. mak ayah susah payah cari duit byr yuran sekolah, bg duit belanje mkn.. korang plk study main2.. sedih mak ayah kalo tau korang cmtu.. diorang susah payah, korang balas la bg diorang kejayaan, result gempak kaw2.. baru la diorang happy.. korang pn dpt pahala.. ingt senang ke nk dpt pahala?

kpd yg exam tu, semoga dpt result yg marbeles.. semoga berjaya dlm hidup.. tanpa ilmu, korang xleh idop kt dunia ni.. jgn salah anggap dgn ilmu merempit plk.. mati katak je kalo tersalah willie.. buat bende berfaedah skit ok?

yg menyesal,
Anarm =(

..
Comment by zulfitry.com
2009-12-24 01:41:05

haha..takleh bla betul ko anarm..signature yang last tuh..
“yg menyesal”..

tapi bagus untuk menyesali apa yang kita telah lalui dulu

..
 
 
Comment by Zala Wajik
2009-12-24 01:04:31

bagus-bagus, satu lagi entri pelonjak semangat aku ^.^

aku tahun depan pmr ohh.. so scary :oups:
tapi aku dah mula buat revision! yeeeee ๐Ÿ˜€
semoga usaha aku berbaloi..Ameen..

kepada sesiapa yang amek result esok,
semoga berjaya!

..
Comment by Anarm
2009-12-24 01:44:08

pmr buat btol2 ek..

..
 
 
Comment by zulfitry.com
2009-12-24 01:39:44

kalau aku pulak..aku ni xlah pandai sangat dalam bab akedemik nih..cuma sederhana jer..

aku rasa paling nyesal kat matrik lah..pointer macam babeng jer..kat u pulak sem 1dan sem2 teruk..mujurlah dapat bangkit sekarang..

aku harap momentum untuk aku belajar akan sentiasa ada.. ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by Anarm
2009-12-24 01:46:38

aku tgk ramai yg best student ni, kalo die form 2, die dh baca & study utk subjek form 3.. kire advan la.. mungkin tak paham. tapi sekurang2nye, time form 3 nnt, die akan ingt ape yg die dh tgk dulu.. dan mungkin jugak cara tu boleh buat ilmu senang masuk kepala..

kepada yg nak cuba cara ni, bleh la try.. x rugi pn.. malah mungkin ada kelebihan yg korang akan dpt..

SALAM SUCCESS!! :love:

..
 
Comment by menteil
2009-12-24 12:18:40

aku?
upsr – cemerlang
pmr – ok la..
spm – hancur!

Sekarang? menyesal je la.. nsib je la ada ipta nak amek aku…
nasihat aku yg dah tua.. susah dulu enjoy kemudian… slalunya kat skolah nie nak njoy jer..

..
 
Comment by fATinsYAz
2009-12-24 13:58:52

SalaM.. BWu aMEk RsUlt PMR tD.. fUuhh.. LgA, sKUrGnYA xcNteNG pEn MaRkeR prMnaNt kT mUKA mAk

..
 
Comment by Shidi
2009-12-24 15:46:07

Yerp!
pesanan yg tepat lg jitu drpd abg khai ye adik2..
Struggle sehabis mgkin utk PMR & SPM..
pastu focus study abroad lak..
Baek adik2 ikut nasihat ktaorg yg mkn garam dlu drp korang..
Nescaya adik2 takkan mnyesal kelak…
Gaji riban2 mcm abg khai, x nak?
hehe.. :8

..
Comment by fATinsYAz
2009-12-25 19:16:23

nK jGAk gJi cM aBg KhaI 2.. HuuH.. LEY nTar pREnTs g MeKaH

..
 
 
Comment by petrick
2009-12-24 19:54:14

pergh entri kene setepet kat muka aku..
tapi nasib aku baik..walaupun BM aku fail tapi skrang aku boleh pakai BMW sport series lagi..hehehe

..
 
Comment by acad
2009-12-25 01:24:50

eh mke aku ada dlm gamba tu la.abes la pames la aku camni

..
 
Comment by arrizz
2009-12-25 10:40:23

nasihat yg sgt bguna..u got every point correct bro..ahax! 8)

..
 
Comment by titan
2009-12-25 10:44:43

budak2 sekarang apa dia peduli. kita cakap elok-elok, kata kita menyebok. aku tendang kang, kata kita ganas. So, apa yang budak2 ni nak sebenarnya? kebebasan? aduhaii..

..
 
Comment by fATinsYAz
2009-12-25 19:27:32

bGUz nsIhaT 2… sKE dGar…. wAt kRANGan BM sAh 100% r mRkaH

..
 
Comment by zam
2009-12-25 19:38:34

betul la tu.sebelum exam kita tak rasa bersungguh-sungguh nak belajar.bila dapat result baru nak menyesal.Pastu bila berazam nak belajar pas bapa bulan da lupa blek.

..
 
Comment by saeko
2009-12-25 22:12:34

haha…umo aku baru 12 tahun…hohoho

..
Comment by Khai
2009-12-30 13:56:27

adik ni sibuk baca justkhai, dah sunat belum ni? hehehe.. jgn marah eh ๐Ÿ˜›

..
 
 
Comment by ritznest
2009-12-26 02:15:40

Salam Khai,
ko ada tutorial ttg Ubuntu tak.Aku dah naik buntu nak configure streamyx dlm ubuntu.Kalau boleh versi yang slow n steady sbb kalau versi yg lompat sana lompat sinun aku terus terbantut.
Ubuntu 9.10.Streamyx manual connection.

Thanks dari aku yang membuntu.

..
 
Comment by azzahirah
2009-12-26 08:47:06

bile khai bkak pasal entri budak sekolah ni teringat plak zman sekolah dlu…aku sndiri pun dlu antara budak sekolah yg agak truk result spm smpai kan aku tak pat ape2 twaran blaja lgsg…stakat tido dlm kelas, ponteng tu mmg biase buat…seb baek dpt twaran form 6…mule2 mmg tak nak trime sbb ramai ckap form 6 ni susah… tp bile masuk form 6 drpd perangai aku yg truk btuka jd manusia… skang ni dsbbkan form 6 aku trus dpt smbg dgree kat uitm…kalo tak aku tnam anggur je kot kat umah…

..
 
Comment by syin
2009-12-26 10:08:45

hahaha…zaman sekolah yg banyak kenangan. kat skolah dulu, aku berada dalam tahap, aku ada ke aku xde ke, semua orang xkisahh…haha..

..
 
Comment by ejardkethot
2009-12-26 19:08:12

oh…kenapa ak rasa cam ak terlepas pandang entri2 justkhai..
hehe…[sbb saya malas nk berblog..zzzzzzz]
nice entri..dak2 kcik skunk pon hendphone dasyat2 ..
mnkotkan jugak..
kan besh kalu sepupu2 ak ak leh baca…
entri justkhai ni…tp derang bru skolah renda…huhu

..
 
Comment by zaxd
2009-12-26 23:29:17

thanx abg khai for the advice…. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by boyah89
2009-12-28 03:50:29

hurm
menarik post ni,teringat kisah aku,,menangis sbb trial hancur,
kah3,,buat malu je..
pastu aku struggle balik,dpt la rslt yg lebih baik dari tekaan aku..
then aku berada jauh di msia,,aku dah taun kedua,bile aku pikir2 balik,btol ke jalan aku ini,,hidup ok cume blaja die,,aku ni bukan dilahirkan untuk peljar yg pandai berbahasa(mmg fail),,
kalau aku nak berhenti,aku trpkir balik masa lalu,parents aku..
haih,,hidup la hidup..
hehe,bwat ayat ksian lak kat blog ko ni khai .. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by ohmalaysia
2009-12-28 08:42:08

pmr bukan segala2nya. kalo gagal pmr kali ni, cuba lagi di spm. hrp sape2 yg kecundang jgn give up.

..
 
Comment by whose
2009-12-29 18:09:06

ak lagi terlambat u komen di sini.haha..zaman remaja dlu ar ak paling tak nakal…
skg baru nak nakal…
mcam mana tu erk..huhu…
harap2 tahap kenakalanku skg tak la sehingga mengheret ak ke arah kejhatan hendakNya…Amin…

..
 
Comment by Jimmy MRR2
2009-12-30 01:12:24

Nampak cam simple entri ni.. tapi cam mendalam la pulak.. Berapa jam abis nk wat entri ni? Nak pikir2 ayat2 berkias lagi.. BTW.. teringat zaman sekolah dulu..Aku pun tokey CD gak. Haha. :p

..
 
Comment by sahibul hikayat
2009-12-30 12:50:45

Nasihat yang memang betul although cara deliver dia pedih woo bg yg kena kat batang hidung…. yg berjaya tu leh gelak2 lagi la baca cos sesetengah ayat ditulis dalam bentuk sindiran yang klaka…. anyway… yg baik tu jadikan panduan kan…..

..
 
Comment by aidaa N.
2009-12-30 13:24:11

*woot woot* thanks khai atas niat yang berguna ni.
haha, next year I ambil PMR ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by sheifa
2010-01-03 20:30:55

bagus la entri ni khai. selamat beramal:D haha. to adik2 yg bace, smoge dpt terbuka ati nk blajo rajin2 okeh. yg kuatkan manusia hanyalah ilmu, then baru leh sukses nk jadik ape2s pon.

..
 
Comment by jaja
2010-01-08 16:42:00

hmmm…kan bagus kalu info yg mcm nihhh..xlah hampeh yang mcm nuunnnn.

..
 
Comment by haziqwebs
2010-01-08 20:17:36

seb bek PMR ak okeh jer….kalo x kene sembelih….
ahakz3….

..
 
Comment by hafizmd
2010-01-29 15:31:10

Panjang betul bebelan khai kali ni. Memang sesuai sgt kalau jadi guru disiplin. Mahunye terus insaf sbb dah tak tahan dgr cikgu membebel..hakss ๐Ÿ™‚

Pepun, mmg straight to the point. Kalau budak2 still tak faham2 juga..ibarat khai kate …lempang laju-laju boleh? ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by Budak Sekolah
2010-02-12 06:04:03

huhu… pmr aku cukup2 makan jek…nasib baek parent aku xkisah sgt….

..
 
Comment by IntanNurArissaRashid
2010-02-18 18:18:25

wahhh… Khai ke tu yg berbaju biru.. mesti ensem… nmpk gaya,Khai la plg encem d dlm pix tu.. ptt le cemerlang & tak pernah lupakan ibuBapa.. bagus la Khai… Adik2, contohi lah abg Khai kita ni ok… ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by xmizanx
2010-03-16 13:37:17

huhuhu…. sedih woooo lagu sudirman tuh

..
 
Comment by kilokolo
2010-06-16 07:00:10

wah ni jd pendorong utk amek spm nnti. thanks khai ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by donnyien
2010-09-01 14:17:31

lov this blog…………. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by jaws
2010-10-06 02:43:31

perkara begini memburukkan imej melayu..
adeh…
macam mana melayu nak maju kalau asyik penuh cerita camni.. :bloody: :bloody:

..
 
Comment by lalico
2010-10-06 09:23:23

terbaeeeekkk dari demo..

..
 
Comment by aisyah_kecik
2010-10-06 19:33:44

best lagu tu….
wajib di hayati….. :8

..
 
Comment by Haziq
2010-10-06 23:57:14

yeahhh!!
thanks bagi semangat khai.
semangat nak jawab PMR nih.
xdd

..
 
Comment by MONAT
2010-11-11 16:11:06

best entry ni~ nak bagi ngan aku nyer adik tuk baca ni! supaya dier semangat nak jawab! ๐Ÿ™‚
good khai! best…best..~
ahhahaa
terkenang gak zaman aku tengah skola2 dlu~ ehuehuehe~

..
 
Comment by mamat
2011-09-16 22:13:25

tak lama lagi spm.. harap2 mamat dapat keputusan baik nak bagi dekat family ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by suhaida bt md isa
2013-07-17 09:08:28

insyaalah depa sekolah dapat bagus PMR…..

..
 
Comment by suhaida bt md isa
2013-07-17 09:15:25

harap haraplah depa dapat PMR bagus,mereka bolehh …

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post