Motif Kehidupan Aku, Kamu, Dia dan Mereka

justkhai-life-sucks
Salam Hari Isnin buat korang. Isnin? heh! Hari malas sedunia orang cakap. Maklumlah untuk yang dah bekerja, nak masuk kerja balik macam biasa. Menghadap muka bos yang dah lah tak kacak, boroi pulak lagi. Kalau budak sekolah tu, dah nak kena bangun pagi-pagi pergi sekolah. Kalau tak mak marah. Ada perhimpunan pulak lagi tu. Habis rambut, kuku, seluar, baju, lencana, tali leher dan macam-macam lagi lah dia cek. Oh, sungguh tidak best kan? Nostalgia. Hehehe. Tapi dulu time sekolah, Khai pengawas dan kena baca Ikrar Rukun Negara (in english) tiap kali perhimpunan. So rambut panjang pun takpe.

Pernah tak korang terfikir dunia yang kita nengok hari-hari ini, akan hilang tak lama lagi? Dan masa tu, kehidupan di alam lain pula. Tiada lagi kehidupan macam yang kita lalui hari ini. Dan bagi Khai, dalam kehidupan sekarang ni, boleh lah kita anggap diri kita sebagai pelakon yang mengikut skrip, Allah sebagai Producer & Director, Rasul sebagai Asst Director dan Malaikat sebagai krew disebalik tabir. Setiap perlakuan dirakamkan dan akan ditayangkan akhirat nanti. Dan audience’nya semua makhluk Allah tentunya.

Kehidupan ni apa sangatlah. Tak lama mana pun. Korang masih boleh ingat korang main baling selipar masa umur 6 tahun dulu. Dan sekarang mungkin usia korang dah 26 tahun. Maknanya dah 20 tahun berlalu. Kejap ke lama 20 tahun tu? Tak lama pun. Orang kata pejam celik pejam celik je dah berbulu atas bawah. Lepas ni korang pejam celik pejam celik menempuh onak-duri kehidupan dengan Isteri dan anak-anak, korang pun meninggal dunia.

Konklusi kehidupan boleh’lah disamakan dengan gambaran berikut:

justkhai-life

Masa korang kecik, korang teringin nak pergi sekolah. Bila dah masuk alam persekolahan, korang rasa bosan dengan sekolah dan struggle nak masuk Universiti. Bila masuk alam universiti, korang bosan dengan assignment dan dengan penuh keterpaksaan, korang struggle lagi untuk grad dengan jayanya dan tak sabar untuk masuk ke alam pekerjaan. Dan ketahuilah, alam pekerjaan adalah alam yang paling membosankan antara keseluruhan alam yang disebutkan tadi. Namun hidup harus diteruskan. Satu je lah yang best apa lagi kalau bukan alam perkahwinan dan percintaan? Hehehe. (more…)

Posted on 22 February '10 by , under Motivasi. 81 Comments.

Untuk Budak Sekolah Yang Ada Masa Depan

budak-sekolah

Salam guys. Post ni actually untuk budak-budak bawah 15 tahun. Kalau korang yang dah tua (haha) tu pun rasa nak baca, why not kan? Nanti boleh share dengan adik-adik ke, anak-anak ke atau mungkin isteri muda wannabe? Wohha! Nak isteri muda sila bela dari kecik kata orang. Hehehe. Yang perempuan toksah sibuk nak bela-bela budak lelaki. Apa kes perigi cari timba.

Entri ni pendek je (mudah-mudahan). Bila dapat tahu esok lusa budak-budak PMR nak amik result dan tak lama lagi budak-budak SPM pulak, rasa kesian diorang ni bila sakit jiwa nak tunggu result ni keluar. Habis frust menonggeng. Baguslah kalau ada rasa risau tu sebab korang bukan saja risau sebab takut kena maki dengan mak ayah, tapi juga sedar betapa jauhnya masa depan yang harus korang lalui lagi.

Tapi selalunya mereka yang risau ni, kebanyakkannya dah terlambat. Baru menyesal kenapa sebelum ni aku tak belajar betul-betul. Bila mak ayah letak harapan yang tinggi nak tengok result, baru korang nak menyesal. Dulu time cikgu ajar korang tidur atau lebih palat lagi, korang panjat pagar belakang sekolah. Bajet gangster lah tu buat macam tu? Time korang sekolah, korang rasa la macam gangster. Nanti bila dah besar korang nengok budak-budak sekolah pulak buat macam tu, kerat jari kalau korang tak rasa macam nak sepak je sekor-sekor. (more…)

Posted on 22 December '09 by , under Motivasi. 115 Comments.