Artikel penutup Justkhai untuk tahun 2009
Sempena cuti hari natal ni buat entri personal pulak la sekali sekala. Lama dah tak membebel pasal diri sendiri kat blog. Hari ni (26 Disember 2009) banyak juga perkara menarik yang jadi dalam hidup Khai. Nak buat live blogging pun malas so update kat Justkhai je lah.
Pagi tadi pukul 9 pagi baru nak cuba lelapkan mata yang dah jem, dapat call dari City-Link. City-Link ni samalah macam Fedex Gdex segala tu syarikat penghantaran barang. Diorang dah ada depan pintu rupanya. Katanya ada barang nask kasi. Pergi kat pintu gila terkejut sebab cara diorang hantar barang tu macam hantar harta karun yang Ahmad Albab yang punya. Hahaha. Punyalah ramai kan? Hehe. Dalam hati tak lain tak bukan, ni mesti kerja P1 Wimax ni sebab hari tu diorang kata nak kasi hadiah kat Khai.
Dengan rakusnya Khai koyakkan bungkusan City-Link tu dan kelihatanlah sebuah kotak terisi sehelai Baju esklusif P1 Wimax dan sekeping kad ucapan. Baju dia ni memang terbaik mengalahkan kain POLO. Teruja habis.
Kad ucapan yang tak boleh tahan tu. Teruja gila bila CEO P1 Wimax sendiri yang kasi “personal thanks”. Kepada Mr Michael Lai, CEO kepada Packet One Networks, terima kasih banyak-banyak. Khai dengan P1 Wimax ni bukanlah ada apa-apa hubungan sangat pun cumanya dah lebih 5 tahun Khai menanti something yang baru di mana boleh jadi real rival untuk Streamyx.
Kemunculan Maxis/Celcom Broadband (buat masa ini) semuanya hanya palat sehinggalah kemunculan pencabar Streamyx yang sebenar iaitu P1 Wimax. Korang tak nampak betapa tercabarnya Streamyx sampai sekarang ni semua charge pendaftaran dah jadi kosong? Siap keluar iklan memperlekehkan W1max lagi menangkis kempen POTONG dari W1max. Memang totally stupid.
Sehingga artikel ni Khai tulis (melalui pilihan yang kita ada sekarang), Celcom atau Maxis Broadband bukanlah satu pilihan yang bijak. Kenapa diorang ada bandwidth yang ciput dengan harga yang sangat mahal? Sebenarnya syarikat Telco ni diorang mampu tanggung internet melalui handphone sahaja. Tapi kerana nak untung lebih, tu yang diorang buat pakej broadband untuk komputer. Di mana logiknya data-data yang korang guna untuk surf internet via handphone nak sama dengan data yang korang guna bila surf di komputer kan?
Memang pengguna Streamyx atau Maxis/Celcom Broadband boleh berbangga kononnya diorang tengah upgrade line internet sampai 14mbps semua. Itu memang betul dan dah pun di’apply dibeberapa rumah area KL ni secara percuma atas tujuan percubaan dan hasilnya agak kool. Tapi pernah korang terfikir pasal billing? Katakanlah Streamyx sekarang ni 1.2mbps RM77 dan korang darab sendirilah RM77 tu dengan 14mbps. Tak tercirit korang nak bayar bil bulan-bulan semata-mata nak layan blog dan Facebook? Hehe.
Khai tak kena suruh atau paksa pun keluarkan kenyataan ni. Tapi Khai keluarkan atas rasa tanggungjawab untuk berkongsi apa yang baik dengan korang semua. Bukan semua pengguna P1 Wimax ada pengalaman yang manis bersama W1max. Apa rumusan yang boleh Khai katakan kalau kena dengan area korang maka terbaiklah W1max ni dan kerana itu komen dan pandangan orang berlainan sebab bukan kita semua duduk satu area kan? So samaada korang sabar tau nak mengamuk je lah (ialah korang bayar kan bulan-bulan). Takpe, kalaulah suatu hari nanti satu Malaysia dah diliputi coverage W1max yang kencang, semua orang boleh Potong line telefon rumah. POTONG! Who need wire ek? Hehehe. Ok tamat bebelan pasal ISP.
Lepas khai usya-usya hadiah dari W1max ni, Khai pun cuba nak sambung tidur tapi member pulak SMS. Adeilah! Ajak pergi Plaza Low Yat temankan dia beli notebook baru. Disebabkan dia member sejak dari zaman sekolah dulu yang dah bertahun tak jumpa, Khai pun rajinkan diri untuk pergi walaupun badan tak berapa sihat. Selsema dah datang balik. Thanks Allah sebab sudi mengampunkan dosa hambaMu ini dengan sedikit dugaan penyakit yang tak seberapa.
Member Khai ni adalah seorang gay dan dia adalah kawan Khai. Tapi tadi dia datang dengan boyfriend dialah. Katanya. Hehe. Siapa kata Khai mendiskriminasi insan bernama gay? Tidak sesekali. As friend no problem at all. As couple, nah aku suap kau kasut Converse saiz 7. Hehehe.
Lepas lepak-lepak dengan member Khai tu kat BB Plaza, terus masuk Low Yat dan terus menuju kedai HP tingkat 3 di mana ni la tempat Khai beli Miss Merlot dulu. Hehe. Bajet member Khai ni tak tinggi. RM2k aje so Khai suruh dia angkat HP DV2 je lah. HP tu dah tentu kalau korang ajak Khai temankan beli Laptop. Acer? Malas la nak kutuk karang ramai pulak yang terasa. ๐
Oh ya sempat juga beli Bluetooth Mouse dengan Headset di kedai yang sama. Mouse Logitech baru je sebulan kot Khai beli. Tapi disebabkan tak tahan nengok atas mouse ni ada cop HP, terus rembat. Memang buat masa sekarang, apa-apa barang teknologi, selagi ada jenama HP, memang Khai rembat HP tanpa sebarang prasangka. Hehehe.
Ok burn lagi lebih kurang RM200 something. Takpe duit penghabisan stok fasa ke-4 tahun 2009. Dari buat benda yang tak nampak hasil, baik beli something yang nampak depan mata kan? Oh ya nama mouse baru tu adalah Miss Mice dan headset tu pulak nama dia Mr Headbutt! Gosh~
Tengah member Khai setelkan pasal payment notebook baru dia tu, Khai minta diri dulu sebab ada hal lain. Masuk Low Yat tadi punyalah panas terik, sekali nak keluar tengah ribut petir daa. So melepak lagi tepi tiang tu buat muka seposen. Haha. Saja tegur pakcik sebalah Khai ni (saya ni peramah orangnya taw. haha). Pakcik tu bukak cerita yang dia datang dah 2 kali dah betulkan PSP anak dia. Pakcik tu tak reti nak apply “chicken” kat PSP-3k tu rasanya. So dah 2 kali anak dia corrupt’kan dan dah 2 kali juga duit pakcik tu burn RM100 untuk betulkan balik. Membazir gila kot. Entah macamana lama-lama terbukak cerita pasal dunia blog. Sekali pakcik tu tahu pasal Justkhai daaa. Punyalah rancak pakcik tu cerita pasal dunia blog. Khai tersenyum sendiri buat-buat jadi orang dungu tak tahu apa-apa. Prinsip Khai selagi orang tak tanya memang khai takkan cerita apa-apa nanti orang kata kita berlagak kan walau niat kita ikhlas. Biasalah tu, “Tipikal Malay”.
Oklah panjang dah membebel ni. As long as u guys rajin baca Justkhai ni, selagi tu Khai akan terus membebel something yang insyaAllah, walaupun Khai panggil bebel, Khai cubalah selitkan something yang bermanfaat. Kalau korang perasan tu baguslah. Kalau tak perasan, mohon maaf 20 jari Khai susun. Kenapa 20 dan bukan 10? Sebab dengan jari-jari kaki sekali Khai susun. Hahahaha.
Renung-renungkan dan selamat tinggalkan komen (macam tak biasa pulak korang ni? Hehe).. Wassalam.
P/s: Dan ini adalah rtikel penutup blog Justkhai untuk tahun 2009. Terima kasih atas sokongan berterusan korang untuk tahun 2009 ni. Moga tahun 2010 nanti kita dapat berkongsi pelbagai lagi perkara yang menarik, insyaAllah. Khai malas nak senaraikan artikel-artikel menarik di Justkhai sepanjang tahun 2009 dengan harapan korang selaklah sendiri. Setiap artikel adalah bermakna buat diri Khai dan mungkin bagi korang juga. Tahniah untuk korang yang inform Khai dah khatam semua artikel di Justkhai ni. Korang ni dahsyat betul ek? Jangan lupa nak khatam’kan Al-Quran tu lagi sekali ye? hehehe.
rasa cam nak potong ke p1 wimax lepas khai cakap p1 laju je..
anyway Happy New Year !
digi gak best
ahahahaha 8) 8)
make sure line situ ok le… of x, sure bengkek gile….. uma bertingkat2 jangan le…. ๐
x payah la potong..tunggu hsbb je…sememangnye saye sudah membuat kajian yang menggunakan fixed line lagi bagus daripada wayerless..cume mobiliti je xde kat fixed line..p1 2 da la mengunnakan gateway tm untuk menghubungkan dunia antarabangsa..x yah la p1..leteh da..aku pakai p1,rugi aku potong..time hujan je hancor…benci aku..dah la bekontrak celake punye p1..iklan beriya-iya…sumpah kalau isp yang menggunakan fixed line saje baru aku akn tukar..wayerless sorry
goodluck khai in yr life.!
semoga tahun 2010 lebih bermanfaat buat kita semua.
amin.
๐
hahhaha..p1 ni tgk kawasan gak lah dukacita dimaklumkan kawasan aku p1 masih gagal nak berpetualang lagi..Selamat tahun baru khai..(baju tu kalau tak muat boleh pass kat aku) ๐
betul tu kata catzer.. akak dah terkena…. ehhehehe… so,cancel… dua bulan lepas tu depa return cheque. hurrrmmm… leceh tul. wah3… adik ade tShirt p1.. wow3….. chare ar…. takdek lebih ke dik.. ehehehe…
let’s waving goodbye to 2009.
:o:
huh! jeles weh ko dapat baju P1 hargh!!!! ๐
damn! x pt jgk jd 1st…
pepun entri pnutup ni mmg besh….
nak g bli p1 wimax jap…hak3.. 8)
selamat taun baru smua!
salam dan happy new year
zul pun cadang nak tukar kepada w1max, tapi ada limit downloads..
2 yang sedikit leceh
inshallah lam 1,2 tahun nanti ada pakej baru, apa lagi..
rembatla.. :p
apply chicken kat PSP? amende la plak tuh? hahaha
maklum la aku takde PSP ๐
ko beli mouse banyak2 buat pe? hehehe
kalo pakcik tu tau ko khai mcm mane la agaknye muka dia ๐
kalau org yg duk bndar2 besar boleh la nak pakai P1 w1max pun..kalau yang duk jauh2 dari bandar2 besar tu, jangan harap la nk guna p1w1max tu..sbb tu ramai je yang guna maxis atau celcom berukband cam aku ni..huhu
hihihi…entri kasik ku tersenyum
good bye 2009…wah…2009 bermakna !!~
heh..pesanan bawah tu …makan dlm
terleka jgk ak ni..bla nk bce al quran? ish ish ish
nice blog khai.. ๐
all da besh in ur life!!~ hohoho
khai x de ke gmbr photoshoot ngan p1wimax?? hoho..im waiting for it 8)
Terima kasih Khai untuk entri sepanjang 2009. Berkaitan Wimax tu, aku memang salute derang. Walaupun masih baru tapi derang dah tunjuk potensi.
huh.. btul3,, streamyx ni laju mmg laju tp tercirit nak baik ๐ da la selalu wat hal :[ ko bli lg blutut maus :oups: derma la kat aku satu ๐
* bayar
Wah, asal ada barang HP je hang rebat ye Khai? Beruntunglah sape yang jadi dealer HP tu. ๐
duta p1wimax ni..yeahh!!!!
jeles aku tengok..ada je mouse khai beli…haha.. aku ingat nkcari logitech gak….
Dekat kampung saya yg terceruk di Muar nih pun, dah boleh daftar P1Max kat Pejabat Pos. 2 hari lepas, masa bayar bil astro, terperasan iklan P1Max tu kat kaunter pejabat pos. Cayalah P1Max!
oklah, Selamat Tahun Baru, ye Khai~
realistic reader! I enjoy reading your rants here. Cam diary, interesting jek. ๐
happy new year to you and everyone. ๐
bila la agaknye wimax ni nk smpi perthlis agaknye yerk.. ๐ ๐
btw..gudbye 2009 n welkam 2010 :love:
P1 potong2…bapak aku pun rasa nak pakai P1 je…tapi kat Tg Karang ni takde coveragenyer lagi…
Khai saiz kasut ko 7 ker??aku yg tinggi 175cm dan berat dlm lingkungan 55-60 ni saiz kasut 9…
Tinggi ko brape wahai Abang Khai???
mantap! memang layak dipanggil problogger malaya! pendapatan mantap, beli barang pun cun! (ha3).
tapi cerita pasal pakcik 50an tu memang tidak disangka. ko memang hebat!
P1 potong2…bapak aku pun rasa nak pakai P1 je…tapi kat Tg Karang ni takde coveragenyer lagi…
Khai saiz kasut ko 7 ker??aku yg tinggi 175cm dan berat dlm lingkungan 55-60kg ni saiz kasut 9…
Tinggi ko brape wahai Abang Khai???
nice words…like!!!
I salute u bro..dpt gift dr ceo tuh..perghh..jgn rsu aku akn keep supportg yr blog ne.. ๐
wah….menarik sungguh r. penjelasan yang khai bg ni lebih jelas. Hari tu ada tengok bual bicara kat RTM1 di luar lingkungan kot namanya…yang hostnya Syed Munawar. Bincang pasal broadband services kat Malaysia. Bila P1, CELCOM and Maxis duk seme ja bincang sal broadband…haha banyak tol penjelasan yang diorg bg..haha! ๐
dpt baju fre tu..
mcm bes je..
arap2 taun br akn menjadi lebih bermakna..
dan lebih byk mouse ko akn rembat nt..hehe ๐
selamat tahun baru.. tahun depan dekat 7 tahun aku kenal ko.. walaupun kenal dalam tenet.. haha ๐
Selamat Tahun Baru!!!
Rasanya Wimax tuh lum
sampai lg ke sini.
oyeahh!
go khai go! ๐
Streamyx mmg camtu, iklan skrang x tau malu la, mengatakan terpantas, terstabil dan macam-macam.. haiz, tiang telefon pun xde di byk area.. Terbaik itu depend la dgn situasi orang, ade yg sokong wireless punya ISP better lo..
Btw, Selamat tahun baru !
Line tenet ni bergantung area. Kalau kat tempat saya, Terengganu, konfem P1 Wimax fail. So, bergantung kepada tempat.
aku try kat kl wimax memang superb beb… tapi bile try kat bangi.. wtf… same ngan celcom broadband..zzz
klu pkcik tu tau ko khai justkhai ntah apelareaksi die ek?
salam, khai. thanks coz tutorial2 yg diberi dlm blog ni sgt mberi manfaat kpd aku. aku pun br nak mceburkan diri dgn dunia blog ni spenuhnya mmandangkan aku cuti summer 3 bulan ni kan.
btw, aku gn broadband celcom. omg, lembap gile broadband ni. sabar jela. nti x lama potong jgk. tp tgk dulu la cmne.
salam…
amir!! OMG, cmne ley jumpe awak kat cni? terkejut mengapakah muka ini sangat familiar gitu.. hehehe~
celcom broadband? oooh, mengapakah harus kte melalui penderitaan yang same nie? ciskek betul kan :bloody:
suka cara Michael Lai
pernah dinner celcom kat Mandarin Hotel, table dpn sbb dtg lewat – situ je kosong.
Dia dtg – tanya kak jie dr company mana?
kak jie jwp – i’am ur value customer
Dia bagi kad.
Sweet je kan jumpa org yang friendly mcm tu walaupun kami bukan jemputan koperat ttp pengguna biasa celcom blue list
sayangnya…w1max belum ada di area puncak alam.
siot weh..
dulu aku la 1st ada celcom broadband kat uitm kedah dulu..hahaha…mahal wooo rm600 beli, laju giler ah masa tu but then as consumer increases, line dia jadi mcm baby siput dah. shit oooo
sekrang pun aku x bangga dah ngan CB ke, MB ke, ahhh lantak la…
beb, baju mane?? dah lame sangat ni
khai: nak tnya..ko gi low yatt ada x servey flat skrin plg cambest n plg murah?
salam…..
oooooooo………Rupanya diklah JUSTKHAI ya…….
Bangga dapat jumpa JUSTKHAI…..
Muda dan ceria…..ingat artis mana….
Handsome…….
Ingat nak cakap lama tapi……
Tapi kena balik……jam teruk n suku sakat dah siap shopping…….
Terpaksalah belah tengah hujan lebattttttt…..
All the best n keep in touch…
NANA…..
cam poyo je ayat korang.. ekekekeke
Ni pakcik yang saya borak tu ke? Hehehe.. thanks pakcik.. ada masa nanti kita borak2 lagi ya.. Wohha!
yes…happy new year and all the best…
cutenya nick pakcik tu khai – nana tanjong ke?
khai memang encem…. baik pula tu… sopan santun orgnyer.. ๐
asal aku masuk sini je mesti komen dah bersepah.. fedap btol aku.. xde can nk ckp I’M FIRST!!! ๐
aku pun sama.. haha.. langgan la RSS blog khai ni. bru cepat dpt update… ๐ ๐
Langgan pun, tak sempat jgk.. demm
open jer twitter… tapi selalunya x 1st pun,, haha
aku taknah berpeluang lagi nak bertukar ke P1…
almaklum, broadband pun bf eh tunang yg bayarkan…
tahniah..
dengar cite 2010 tahun competitor ISP akan start.maklum la..hak ISP ni diberi pada semua pihak dgn kelajuan tggi..tak lupe jgk pihak kerajaan dah mula wat kertas kerja kurang harga pakej supaya mereka lebih byk bersaing..katakan 4mbps leh dpt rm30…baru realistik..ni kalo 4mb rm160..15mbps? haha..tu la kerajaan akan cube tlg kite..tak maksud aku penyokong kerajaan ek.. ๐
p/s: bila la khai nak jadi pakcik 50an tu..hahaha :bloody:
apsal da aku nyer komen masuk spam..kui3
Ko ni dah mcm artis hehe.
Anyway, aku dah lama potong. depa tak kasi baju pun haih, susah jd org tak glemer.
Anyway, p1 best! ๐
P1 w1max bagi aku cam siput babi terkehel kaki je slow dia.
haha.
teruk,hampeh dan menyakitkan hati!!!
aku siap posting kat blog g masalah2 aku sejak pakai p1 w1max nih. dem dem :p
owho..knape still xdpt jd org first? :bloody:
sabar2.. cuba lagi tahun depan. ni entry last khai utk thn 2009 kan?
tak leh wat apa. Streamyx tetap terbaik di Banting dan kawasan sekitaranya. Wimax takde coverage kat sini. Hehe..so, nak tak nak, aku vote streamyx. 8)
hahahaha i tgk iklan stimix tuh mcm kutuk habis wimax. i nak tkr gak stimix i ni ke wimax.tapi apakan daya apek cina itu berkata begini: “sorry ah sini tarak coverage lagi” cis hati merudum jatuh bergolek2. grrrrr….. bestnya pakcik khai jmpa dtg blog. hahhahaa
bro khai.. tolong tny kt Mr Micheal Lai tu.. are kajang laju x wimax tuh.. agak2 laju nak gk join bebudak kompang tu nyanyi lagu POTONG! POTONG! POTONG! (sambil bermain kompang..hehe)
kajang ada..hubsite die kt metro kajang tu..kajang perdana baru up..kt bandar tu pon da up..klu de bukak booth tu maksudnye ada la line situ..xpon cek kt website je
oraitsss.. makasih ya.. jomm potongggg.. hehe
Selamat Tahun Baru Khai…. aku berazam nak jadi bloggers mcm hang gak hehehe… susun 20 jari mohon ampun n maaf k keh3x ๐
gee, tempat I tinggal sikit je lagi nak dekat dgn P1 W1max coverage . =(
2009. Cepat sungguh berlalu. Wesss! Kalau CEO P1Max yang bagi ko personal kad di atas tu tengok Oh! Tidak. Kompom dia mintak balik kad tu.wohoo! Camat tahun baru dik. 2010 membawa 1 perubahan besar dalam hidupmu. All the best! ๐
kita kene support islam di TM..apa pn tetap streamyx..
da lame sangat tak masuk blog Khai…huhu…
2009 akan pergi…2010 akan datang…semoga tahun 2010 akan memberi kajayaan yg lebih pada Khai Amin.. ๐
potonggg..jangan tak ptonggg… ๐
Salam…
Selamat tahun baru bro..supaya ingatan pad DIA tidak pernah pudar dlm mengejar duniawi..
Helo. Hm, P1 Wimax ada member gak yg pakai, kata ok jek. Tapi kat pj ni pun still ada area yg dia tak cover la (cam area tmn medan, kan besar). Meh, maxis ke dg ke, celcom whatever streamyx tak leh lawan metrofon ngan penangfon huhu. metrofon ni leh pakai kat area pj/kl/sesetgh area je, pasang kat sesetgh kondo/apartment shj. Takde limit bulanan(line takkan kena ‘cekik’) dowh metrofon, dpt wireless router (bukan modem p1 wimax besar gedabak mahupun dipaksa pasang fixed phone line dgn yuran tersorok yg mahal) je! Kecuali rapidshare ngan megaupload, kalau download pakai link lain laju gile, 200+kbps!! Upload pun laju gila babeng, 100kbps! RM60 JE SEBULAN, GILA X? Huhu ni la yg dikatakan ‘underground’ broadband, pasal ramai yg tak tau sebenarnya bnyk gila sykt broadband kat mesia ni. Google la syarikat broadband mesia, mesti anda terkezut. P1 Wimax dgn streamyx dua-dua sell-out. Iklan bagai nak rak perabis berjuta2, baik duit tu pakai utk service upgrade!! Anyway, rumah aku kat perak pakai wifi streamyx, kat pj ni metrofon la, tak main wimax2 ni.
p/s: btw, aku rasa p1 wimax yg cari pasal dulu dgn streamyx dgn iklan potong yg maha annoying, so kalau streamyx nak hentam balik lantak la.
ni yang membuatkan aku nak potong abis ke P1 WiMax ni. huhu, tp sayang plak tinggal bape bulan sahaja kontrak aku ni. apa2 pun, selamat tahun baru khai. ๐
atleast korang leh potong.. aku x leh potong.. hidup aku begantong pade hot spot je.. sedih siot.. pg2 dah running carik hot spot semate nk online nk update.. umah aku mane ade tenet.. x mampu.. huhuhuhu… sedih kan.. hahahahah
wah.. da lame xdengar kabar dari khai..
da berjaye lak budak nie eh..
nape scukz.com da hambar jek?
nak jadik admin lek nie.. hehe..
salam tahun baru khai..!
:p
selamat tahun baru khai…..salam satu malaysia
ramai yang heboh ingin ke tahun baru…
namun aku plak heboh untuk berhijrah ke tempat baru…
aku terima suratan takdirnya….
khai mcm da xupdate sgt dh justkhai ni… =( =( =(
kalo aku dpt keja area kl pn aku pakai p1 je kot..
arap2x WIMAX akan cepat lebarkan coverage ke seluruh MALAYSIA….
sabar je la tngk korang yg pakai P1 W1MAX..
kat perthlis ni mana la nak sampai lagi.. siot.. terpaksa la nahan ngan snailmyx baby tu.. arghh!!
selamat hari raya khai..
eh? :[
selamat tahun baru la… ๐
perthlis???:[
oh mr bintang org perthlis ka?
btw…
slmt thn baru bt smua….
Khai!…
wimax kalau hujan teruk sangat ke?
good luck for 2010…
takdelah. Ok je kalau hujan. Tp kalau hujan ada petir, drop sikit la line. Tp untuk keselamatan, better off kejap.
w1max yang cari pasal dulu dengan streamyx..
potong2 apa? bodoh betul. kau khai. kalau kau
support w1max ni pun. jangan la hentam streamyx
ni. kau tulis je la pasal w1max yang kau support2 tu.
tak payah nak over sangat nak hentam2. masing-masing
ada la kebaikan dan keburukan dia.
ek eleh.. sukati la.. sebelum aku guna w1max pun, bertahun2 aku guna streamyx. So jgn nak nasihat macam aku x pernah guna streamyx tu.. ok? heh~
conclusion.. streamyx mgm suck! dah ada rival yg betul2 rival mcm w1max barulah nak 0 ini nak 0 itu.. dulu segala menda mau charge… chet!
Tetikus pun kena beri nama juga ke.
Aduhai Khai… Ada pulak supporter Streamyx dekat komen2 ni. Hahaha… Apa yang penting, korang test dulu samada Streamyx lagi laju atau P1 Wimax lagi laju. Baru korang tahu yang mana satu pilihan hati.
~ To Cypher & Khai, bagaimana jika anda adalah sorg traveller..
Kerja upon location based on client, dh tentu akan berada dimana2 saja.. Cypher, anda tahu kn maksud saya & kerja saya..?
Sbb apa yg kita nk ckp kt sini semuanya based on daily & individually used & experinced, not jz ckp as puas hati..
(,”) Merci..
jika begitu, anda tahu apa yang terbaik untuk anda.
Saya tak test lagi P1 Wimax ni…macam na nak tau… Best lah info kat dalam blog khai ni…. first time komen kat sini..
P1 wimax ni mmg ok & marketing dia pun sgt bagus. tapi kalu kita cakap streamyx tmnet x bagus, sebenarnye P1 ni menggunakan backbone tmnet juga sebagai penyaluran internet kepada pelanggan2 P1..hehe
Oh ya, nak sharing info skit kat artikel ni. maafla yer en khai kalau lari dari topik..kuikuikui.. Selain P1, saya juga cadangkan servis wimax yang lain sama seperti P1 iaitu Amax wimax..mungkin ramai yang x kenal Amax sebab ‘kurang’ marketing dr syarikat tu rasanya ๐ tapi kelebihan dia lebih mantop sikit dr P1 kerana mempunyai penggunaan bandwidth yg unlimited. Dan yang bestnye, Amax ni diusahakan oleh Bumiputera kita sendiri ๐ ๐ okey cukup setakat ni..marah pulak en. khai kita nanti..hehehe
hepi new year!
P1 Wimax pun lembab gak la….semuanye 2 kali 5 je… line internet kat malaysia ni termasuk p1 wimax,diambil dari punca yang sama(tmnet),perkara ni pernah di bincangkan kt tv x tempatan x lama dulu..nak kata p1 wimax ni hebat x jugak,sebab saya sendiri ada pengalaman buruk…xde la laju mane pun…nak laju tunggu malaysia guna kabel optik…malaysia sepatutnya belajar dengan negara jiran(singapore)….sekian ๐
Berapa umur u khai? sorry to say but saya rasa penulisan artikel u lebih pada emo dari realiti. Tak perlu kutuk2 Streamyx kalau tak suka, dan jangan puja sangat P1 smata2 kerana bagi u hadiah.
Bisnes perlukan persaingan, bila ada saingan tentu pelanggan yang untung. Bagus P1 buat marketing untuk lawan TM, at the end costumer yang untung. Kalau takde persaingan pasti ada monopoli.
Macam mana kalau ada pulak CS dari TM datang jumpa u bagi line broadband 14mbps percuma sepanjang hayat? Adakah u akan tolong TM marketkan produk Streamyx? Adakah u akan puji melambung2 Streamyx?
Pada saya, streamyx telah terlalu banyak menolong warga Malaysia mengenal apa itu dunia Internet, apa itu You Tube, Facebook, bla bla bla….sebelum provider2 lain menumpang tuah melukut ditepian.
Saya tak kate mereka terbaik, tapi mereka adalah PIONEER dalam industri Telco, dan masih yang terbaik hingga hari ini di Malaysia.
Customer Always Win ๐
itulah susah nak bercakap dengan orang yang tak matang macam kau ni. aku cuma tegur tentang penulisan kau. di mana bagi aku, penulisan kau ni agak kurang matang. harap kau fahamlah apa maksud aku kan. kalau aku tak tulis apa gunanya tempat komen ni kan? aku tak pernah peduli samada kau pernah pakai streamyx atau tak. tak kisah lah kau nak pakai apapun sebelum ni kan. aku pun pakai w1max ni dan aku juga masih pakai streamyx ni dalam pada masa yang sama. sebab tu aku tulis masing-masing ada kebaikan dan keburukan dia.
Bukan isu matang tak matang. Kalau rasa entri ni kondem streamyx, mmg itulah kenyataannya. Tak perlu kononnya nak jadikan ianya matang takpa perlu kondem mana2 pihak. Ini bukan blog review pasal ISP nak kena adil. Ini blog personal dan yg terisi di dalamnya juga adalah personal opinion.. Wohha! ๐
aku tak kata pun kalau satu penulisan tu matang, ia boleh kondem mana-mana pihak. cuma aku tegaskan di sini. aku menegur tentang penulisan kau yang kurang matang, tak kisahlah penulisan dari entri-entri kau ataupun komen-komen kau. jadi tak salah kalau aku tegur bukan? dan jawapan yang kau bagi tu memang aku dah agak. jawapan kebiasaan, personal blog dan personal opinion kau. jadi ini juga adalah salah satu personal opinion aku(tentang penulisan kau) di mana bagi aku tak salah kalau aku menulis dalam ruang komen yang telah disediakan oleh kau sendiri untuk setiap pembaca-pembaca kau komen.
tak salah juga kalau kau x komen dan berambus dari sini.. hehehe..
eheheee.. setuju2.. kalo dah byk sgt tak puas ati tu… blah j le.. jangan le masuk sini.. khai tak pakse awak masuk pun..
awak tu lg le tak matang…
nk komen tp takut nak boh nama sebenar.. hahahahahahaaaa…
lagi “kelakar sungguh”.. ๐
to kelakar sungguh..
kalo x nk baca blog khai baik tutup mata…
dia punya blog suka ati dia ar nk tulis ape..yg ko bizi2 nk baca apesal..bizi la ko..
saya pakai w1max pun sebab baca entry khai jugak.. memang best.. sebab skang ni setiap kali outstation.. angkut w1max sekali.. ๐
Hi Ron..
I dah guna Streamyx tu 5 ke 6 tahun dengan penuh azab. Kalau nak dikenangkan jasa, jasa apebendanye mencekik darah. Dah ada pesaing, baru terheget2 0 ini dan 0 itu.. Artikel I tulis mmg dari persepsi dan perasaan i sendiri. Bukan sebab dapat hadiah or whatsoever..
Sorry to say la. Aku pn sependapat la dgn kelakarsungguh dan ron tu. Artikel2 ko tu kdg2 menunjukkan ketidakmatangan kau. Hehe sorry ah. Bkn nk kutuk ko ke ape ke. Cuma nk tegur skit2 dan memberi pendapat msg2 je. Ko pn ade ckp boleh tegur kan cume harus kene pd cara. Sorry la kalo ko x stuju. Huhu.
ala..P1 pun need TM la..klu tak da streamyx P1 pun tak boleh nk berdiri gagah.. setakat yg aku tau dari member yg kerja di TM..P1 sdiri ada akaun streamyx yg sgt banyk..
Khai,
aku rasa sebelum ni Tm pernah gak buat 0 entry cost ni..masa tu p1 takda lagi..pasal yang ko kata mencekik darah yuran tu..better ko tanya kerajaan..TM nak buat satu2pakej mesti dapat kelulusan kerajaan(MCMC)..berkenaan sewa rm 25 tu pun kerajaan yg tetapkan..pelanggan yg taktau apa2 suka hati ja kata TM itu ini..
tapi aku akui..mmg dulu that means 5-6 years dulu servis streamyx agak teruk..sekarang dah much better..maybe sbb saingan sengit..tapi apa pun..berfikir la dulu seblum menulis atau berkata2 dalam memberi pendapat.
khai aku rase nie adalah 1 blog yang suroh org berambos drpd blog die..ko macam haram..org 2 bagi opinion die ko dgr jela..nie ko,x taw la aku..budak baru grad mmg cm2..setakat ko nak income drpd blog ko tapi ko suroh org berambus..menyesal aku masok blog ko..watpe bagi org untung..tulis pun ntah ape2..
TM sudah laju sekarang…P1 slow, atau mungkin laju di beberapa kawasan sahaja, sudah potong P1 pakai Tm pnya sekarang.. ๐