Pentingnya meletakkan target dalam hidup

Semua orang yang mempunyai akal fikiran yang waras, akan meletakkan sasaran atau target di dalam hidupnya. Orang yang hidup tanpa sebarang sasaran dan matlamat, adalah orang yang tidak mampu menghargai hidupnya umpama hidup tanpa arah tujuan. Ramai orang yang takut meletakkan target pada diri. Apa yang ingin dicapai. Apa yang ingin didapatkan. Kenapa perlu takut? Takut tak dapat dilaksanakan? Itu kisah orang yang memandang rendah pada kebolehan diri sendiri.

Khai selalu meletakkan target dalam hidup. Contoh awal tahun nak keluar kereta milik sendiri, hujung tahun nak tambah lagi beberapa projek, lagi 5 tahun nak buka company design sendiri dan banyak lagi. Tercapai atau tidak, sememangnya masa yang akan menentukan. Berkat doa, usaha tanpa kenal erti jemu, doa ibu bapa dan tawakal diri kita sendiri bila puas berusaha setiap hari dan setiap jam.

Dari target yang dah kita letak dalam hidup, kita akan berusaha keras untuk melunaskannya. Bila korang ada satu target besar, automatik korang dah melunaskan target yang kecil antara nampak atau tidak. Kadang-kadang, orang tak tahu target kita, tapi hanya pandai berkata-kata. (more…)

Posted on 19 October '10 by , under Motivasi. 39 Comments.

Untuk Budak Sekolah Yang Ada Masa Depan

budak-sekolah

Salam guys. Post ni actually untuk budak-budak bawah 15 tahun. Kalau korang yang dah tua (haha) tu pun rasa nak baca, why not kan? Nanti boleh share dengan adik-adik ke, anak-anak ke atau mungkin isteri muda wannabe? Wohha! Nak isteri muda sila bela dari kecik kata orang. Hehehe. Yang perempuan toksah sibuk nak bela-bela budak lelaki. Apa kes perigi cari timba.

Entri ni pendek je (mudah-mudahan). Bila dapat tahu esok lusa budak-budak PMR nak amik result dan tak lama lagi budak-budak SPM pulak, rasa kesian diorang ni bila sakit jiwa nak tunggu result ni keluar. Habis frust menonggeng. Baguslah kalau ada rasa risau tu sebab korang bukan saja risau sebab takut kena maki dengan mak ayah, tapi juga sedar betapa jauhnya masa depan yang harus korang lalui lagi.

Tapi selalunya mereka yang risau ni, kebanyakkannya dah terlambat. Baru menyesal kenapa sebelum ni aku tak belajar betul-betul. Bila mak ayah letak harapan yang tinggi nak tengok result, baru korang nak menyesal. Dulu time cikgu ajar korang tidur atau lebih palat lagi, korang panjat pagar belakang sekolah. Bajet gangster lah tu buat macam tu? Time korang sekolah, korang rasa la macam gangster. Nanti bila dah besar korang nengok budak-budak sekolah pulak buat macam tu, kerat jari kalau korang tak rasa macam nak sepak je sekor-sekor. (more…)

Posted on 22 December '09 by , under Motivasi. 115 Comments.