Ada Apa Dengan HP Mini 210 Netbook?
Sambungan dari artikel “Saya Memerlukan Sebuah Netbook” yang Khai post semalam, petang tadi, Khai ke Plaza Lowyat untuk beli HP Mini 210 ni. Disebabkan research semua dah cukup lengkap dari rumah, so sampai Lowyat, Khai terus tuju je la untuk “ambik” satu dan tempat utama kalau Khai nak cari lappy adalah kedai Hewlett Packard (HP), tingkat paling atas kat Lowyat tu. Tempat yang sama Khai beli HP Probook (Miss Merlot), HP Printer, HP Mouse, HP headphone dan yang terbaru ni HP Mini (netbook). Kalau nak beli barang yang diyakini, carilah dealer yang rasmi dan sah ye? Kenapa perlu beli kat kedai-kedai bersepah kat Lowyat tu?
Ok dipendekkan cerita, berikut adalah key features untuk HP Mini 210 yang Khai beli ni..
* Intel Atom Processor N475, 1.83GHz
* 1 GB DDR3 System Memory
* 250 GB 7200RPM SATA HDD
* 10.1 inch diagonal WSVGA LED Display
* Microsoft Windows 7 Starter 32-bit
* Dan basic spec yang lain. WiFi, Bluetooth, Webcam etc..
Gambar unboxing di HP, Lowyat Plaza:
Kelebihan HP Mini 210 bagi Khai:
– Saiz yang kecil, ringan dan mudah untuk di bawa ke mana-mana.
– Bateri yang tahan lama (minimum 3 jam)
– Design yang sleek dan menarik. Warna dan design pun banyak pilihan
– Entertainment netbook. Sound pun kuat.
– HP Quickweb. So korang tak perlu on windows (boot) kalau setakat nak surfing, check email, nengok-nengok gambar, dengar lagu, Skype dan chat. Tekan button on je, dalam 3 saat dah boleh buat benda-benda basic ni.
Kekurangan HP Mini 210 bagi Khai:
– Agak cepat panas (bergantung pada applikasi yang sedang diguna)
– Keyboard rapat-rapat so susah sikit nak biasakan (memang terpaksa terima kalau dah namanya netbook kan? hehe..)
– yang lain tak jumpa lagi (akan diupdate kemudian).
Gambar unboxing di rumah:
Price HP Mini 210 ni, standard untuk harga sebuah netbook iaitu RM1400 dengan 3 tahun warranty (tambah RM80) dan ada satu jenis yang sama tapi dengan spec yang berbeza pada harga RM1299 (DDR2 dan processor rendah sikit, Intel Atom Processor 1.66Ghz). Tambah sikit je kan dah dapat spec yang tinggi sikit macam yang Khai pilih tu.
RAM mula-mula Khai nak upgrade jadi 2GB. Tapi since yang Khai beli ni DDR3 dan bukan DDR2, 1GB dah cukup untuk running Windows Seven Starter dan software-software ringan macam biasa. Mengenai OS (Seven Starter), dari perbincangan dengan wakil HP tu, Khai ambil keputusan untuk stick dengan Windows Seven Starter since ianya memang dibina untuk kegunaan minimum, tidak berat dan menjimatkan beteri. Kalau korang nak upgrade boleh juga. Tambah duit lah dalam 3 rat lebih lagi untuk ke Home premium.
Untuk netbook ni, benda paling utama yang Khai nak adalah ketahanan bateri yang se’maksimum mungkin so memudahkan untuk buat kerja or lepak-lepak kat luar tanpa perlu sibuk mencari plug kosong. Nak canggih manggih, semua dah ada kat Miss Merlot. Untuk netbook ni, rilek rilek sudah. Hehe.
Oh ya, dari research Khai buat sebelum beli, banyak HP Mini 210 ni diberikan percuma untuk student yang apply TM UniFi. Tapi dari hasil bacaan Khai dan borak-borak dengan dealer HP kat Lowyat tadi, benda free memang banyak yang dah dikurangkan. Kalau korang dapat netbook ni dari UniFi, dah tentunya diorang dah tukar macam-macam terutama bateri yang dikurangkan sel’nya (kepada 2 instead of 6). So bateri netbook dari TM ni, memang akan cepat habis. Ikut nasib korang la kalau apply dari UniFi tu kan? So rasa “prestige” untuk produk yang sebenar tu akan spoil.
Info Tambahan: Beza antara Notebook dan Netbook
Perbezaan yang sangat ketara antara dua’nya adalah dari segi saiz. Netbook memang lebih kecil dari notebook. Netbook biasanya mempunyai skrin seluas 10 inci dari hujung ke hujung. Netbook juga lebih murah dan mempunyai prosesor yang rendah (Intel Atom, VIA dan Celeron M), kerana dah memang dicipta untuk kegunaan ringan dan asas sahaja.
Korang gak akan perasan yang netbook tidak memiliki optical drive (DVD-room). Netbook juga kadang-kadang mempunyai Solid State Disk Drives Drives (SSD) yang kapasiti dia agak kecil berbanding notebook. Mungkin ramai yang terfikir kenapa perlu beli netbook yang skrin kecil, processor slow dan saiz hdd yang kecil. Jawapan dia, kalau korang terfikir pasal berat, semuanya ada pada notebook. Nak buat kerja-kerja berat sampailah masuk aspek berat fizikal dia, semua lebih kepada notebook dan Desktop PC. Dan untuk netbook, semuanya adalah “ringan” termasuk untuk kerja-kerja ringan dan saiz fizikal dia pun ringan dan mudah untuk bawa ke mana-mana.
* perbandingan HP Probook 4411s dan HP Mini 210
So untuk netbook ni, insyaAllah Khai akan jaga dengan baik sama macam Khai jaga bini pertama si Miss Merlot tu. At least bertahan lebih 3 tahun dah cukup hebat (dari kegunaan harian Khai yang super-hardcore) and you know right technology older than 3 years are just scrap! Ianya Memang betul dan buat lah apa pun, kita tetap akan tertinggal dengan kemajuan teknologi sekarang.
Kalau ada yang tanya kenapa Khai mesti beli brand HP dan bukan yang lain? Sebabnya memang Khai peminat HP dan kagum dengan kemajuan dan ketahanan mereka. Selain tu support diorang memang senang sebab Khai pernah deal dengan diorang dulu masa guna HP Compaq (lappy sebelum Miss Merlot). Sebab tu berani beri jaminan yang customer service mereka (kat Kota Damansara) memang bagus. Lagi satu sebab dah memang minat so tak boleh buat apa-apa dah (sama macam minat Khai dengan Nike, Sony dan sebagainya). Oh ya, HP pun pernah kasi Khai award masa study kat Limkokwing dulu. So memang sayang HP lebih la kot? Hehe.
Anyway guys, say Hi to Miss Merlot Jr. Netbook ni memang 90% HP Probook look-alike so Khai tak la teruja sangat nak gosok itu ini dari segi design dia. Sebuah lagi artikel perkongsian mengenai gadget yang Khai beli di atas keperluan. Ini bukan blog review gadget ye? Hehe.
Reference sebelum beli:
– HP Mini 210 HD edition review (engadget.com)
– HP Mini 210 Black Dahlia (rjuna.net)
– Review HP Mini 210 (sirhighcarl.com)
– HP Mini 210 Unboxing (netbooktech.com)
– Youtube (search HP Mini 210)
Pssttt: Netbook ni sebagai secondary lappy untuk Khai. Untuk kegunaan ringan-ringan. Kalau buat benda berat, tetap Khai akan gunakan HP Probook kesayangan Khai tu. Jadi untuk sesiapa yang baru nak mencari lappy, jangan beli netbook melainkan korang dah ada satu notebook/laptop dahulu sebab korang akan rasa tak best kalau beli netbook dengan harapan nak buat benda-benda berat (photoshop, game dan sebagainya). Skrin dia pun kecil kan? So kalau setakat nak nengok movie, dengar lagu, Skype, YM, cek email, blogging & surfing, netbook adalah pilihan yang bijak. Lagi-lagi kalau korang jenis tak reti nak duduk rumah dan prefer online di luar.
tahniah bro
welcome to da family, miss mini! haha cun ohh π
wah..dah beli siap dah..pasni boleh rujuk sini la kalau nak beli laptop baru ye π
aku tak leh pakai netbook.. kepala pening.. sik kena kecikkan mata jer… haha.. tiada keghairahan…
Xkecik ke?
wow..
cutenyer netbook khai nie..
geramnyer tgok..
=)
Pergh byk pc, laptop ,netbook..
pergh.. aku rancang2 nak angkat laptop tak berani2 lagi.. huhuhu
Salam blog Khai, happy to c ur blog. saya pun baru beli HP mini ni, niat di hati nk update blog secara konsisten ecehcehceh…..lama dah ada blog tp tk update je…. jumpa blog awk dari link blog2 yg saya tgk….yg mana pun da tk igt dah… :), so far khai guna mini netbook ni camana? saya pun br guna, so far ok tkde masalah, tp tu la mmg cpt pns, tp byk lg yg menyenangkan, kecik senang bwk. apa pun thanks for the info yg khai post kat blog ni ye, so then saya tau byk benda jgk pasal mini netbook ni π
lappy ni adik aku pakai. Lembab la.. Susah nak type sebab kucik sgt keyboard dia
Akak lgsg x reti bebenda camnih.
Pc cabuk besaq gedabak dah memadai. π
hehe beli akhirnya, enjoy beb, dia kalau play lagu or video mmg cepat panas,
bila nak try review barang apple pulak? iPad ke iPhone 4 ke π
yeah!!sama la lappy kita lepas ni~lappy first landax compaq je~~x dpt nak lawan khai~huhu
tu dia, bertambah lagi koleksi hoho
gua pakai HP camni gak…..dapat dari unifi….alhamdulillah….dah dua bulan lebih…..battery masih mantap lagi….sound memang puas hati…..
senang cerita perkhidmatan dia kira OK untuk orang yang tak cerewet…..
memang tak salah brader khai beli gajet nie….
yeah da ade twin. oh yeahh
eh sempat ngutuk. takpe, i mmg gne kejap2 je sbb tu ta kesah pasal batt
hahahaha
quickweb tu mmg i suka guna. tp gne peah ketot i buat twit and fb je. nak blogging ta puas
maceh.
hahaha
oho,, dats y la unipack streamyx ks FREE jer laptop nie..
tahniah yea. hihi. i beli hp mini yang pink version tu pun rm1,400 camtu jugak. kalau untuk online kat luar boleh la, kalau kat rumah better guna notebook atau pc je, sebab netbook kecik sangat la, sakit mata sikit kalau pakai :[
khai, yang aku punya mana? kan dah pesan beli 2 tadi.. hehe 8)
nak jugak…tapi sesapa tlg aku jap…aku cari theme free untuk blog tak jumpa lagi ni…nak yg boleh tukar header…yg tak boleh xnk sebab aku tak reti coding
kesian miss merlot..lpas ni mesti ditinggal tinggalkan selalu.. kehkeh :p
ha ha aku tahu kekurangnya..
#1 – bateri tertojol keluar, buruk..
#2 – windows 7 stater, tak boleh tukar wallpaper sesuka hati..
#3 – takde dvd drive (standard utk semua netbook)
=(
ceit.. baru ingat nak apply laptop free TM tu…huhu
Memang cantik menarik dan tertarik Hp ni…tahniah bro π
hoho tahniah khai.. yezza aku org pertama tgk merlot junior ni tadi… tapi lom rasmikan lagi.. nanti waktu ko guna merlot, aku guna junior ni eh.. hahaha..
mcm biasa,kalo taknak batery kong, jgn guna batery dan cas pada masa yg sama.. cas batery waktu lappy off..
thanx belanja buka posa td beb.. sahur ni tak larat nak gi umah ko… overdose kaw2.. jumpa nanti ye merlot junior…
sy br 1bln bli dell aspire mini 10.
ms sy g loyat ( beli dkt kedai my10’s, ok x), mmg sy keliru nk amek hp or dell.
smp kol abg2 kakak2..
huuu…
hp bezny ms tu, design sgt2 cntik n netbok yg plg nipis skali..
spec dia sm jer dgn dell..
dell plk plk tbl sdkt n btri plk ad lebihan kt bilik, nmpk x cntek..
but lastly sy amek dell mini 10 sbb kt uni sy sume comptr lab pkai brand dell..
(red kaler jgk, it’s so nice!!)
cn u ples cmpare btween dell mini 10 wif hp??
aha! comel2… keyboard memana netbook sama ja… rapat2… payah nak biasakan… π
den cumo nak kato yang den pon ado sibijik.. itu jo.. hehe π
tudia..miss merlot dah ada kawan…hehe,.lepas ni memang xde halangan lg untuk lebih kerap updte blog dan berblogging…sng nk bawak kemna2 netbook tu,ada idea terus update blog.. π
fewh~ π aq pown ada gak sebijik~ tp dapat dari TM UniFi ler π heeeee~ khai~ aq terbaca yg ko kata batt dia dikurangkan kepada 2 daripada 6? so mcm mana kalau kita tukar,i mean~ beli batt yg memang Mini210 punyer?
mcm yang saudara Jamil katakan , tak boleh tukar Wallpaper sesuka hati disebabkan Windows 7 tu,tu sebenarnya takda masalah π Kalau nak sangat tukar wallpaper korang tu,korang bleh cari download link dekat forum nie π
http://www.sevenforums.com/tutorials/47294-desktop-background-change-windows-7-starter.html
dah install~ bleh la tukar wall sesuka hati kat Hp Mini 210 korang π heheh…
thats all~ π welcome to the Mini pamily! ehehe~ π
wah…dah pakai DDR3…dulu mase beli masih DDR2 dgn harge y same :bloody:
abg dia color maroon… adik dia color merah.. hehe… adikbradik…
wey!
kitew nyer samer laa!
tp aq nyer wrner biru,.
n thanx kt ko, sbb artkal niy aq tw netb00k aq niy hp mini 210!
ahaxx π π
ske kaler merahhhhh… π
wow…Bell&Ross tu…hehe π
aku pakai sebijik cm ko ni..last two day dia bt perangai la..
kdng2 bila on je dia trus kuar bnyi bising…tetttttttt….
pastu bila nak surf internet buka Mozilla contohnya bila nak taip utk search dia kuar no je..222222222222222222222222…tensen aku..ko tau sebab apa? punca dia
lepas ni beli tabloid pula, heee π
nice! π
heheh..dah angkat satu dah…Tahniah bro…mudah-mudahan lepas nie lagi kerap lah update blog dgn info2 terkini…hehehe..ingat nak angkat satu jugak tp rasanya belum betul2 memerlukan lagi..notebook skarang pun 12 inch so takde masalah nak bawak ke mana-mana cuma problem ngan battery jer lah..
khai nk tanye pendpt..mane lebih best HP Mini 210 or Hp Mini 5102?
khai, nk tanye..
kenape khai lagi suke HP? netbook DELL ok x?
aku pun baru je rembat HP mini ni. kaler pun sebijik! so far aku puasati dengan performance dia. just untuk aku taip keja opis. yg beratΒ² aku guna pc. nak naip pun xda masalah sbb aku selesa guna kibod dia. pendek kata, aku hepi.. π
ingat nak apply dr tm…kalu cengini better apply yang 1malaysia la..
yah…mmg bnda free x yah xpect power2 sgt
tp..so far pakai lappy tu bateri dia mmg tahan jak…baru sama kot π
ouh…stakat pengalaman kuh…brand HP ja…mmg cpt panas
huhu..
wallaweih..keyboard dia x tahan kecik sgt yg kt arrow atas bawah tuh!! peh…SGT kecik :[
hehe…khai my question may be sounds stupid π Tp adakah possible kalau nak install MAC 4 ALL tu kat HP Mini 210 nie??? π heeeeeeee~ saja jer tanya~ (kot2 nak tampak lebih kool! klu HP Mini210 dengan sistem OS MAC π ) hehehehe
netbook cpt pnas sbb xde fan dlm dye..
skrin kcik sgt..
xbest nk on9..
maen apetah lgi..
tpi ringan n boleh dibawa kemana sja.. :8
jalan2 bawak netbook..smart gila π
Owh,tahniah! Da ade netbook baru HP lg tu. Kwn pun ade gak beli netbook baru tapi bkn brand HP la. Just MSI Wind U130 je. Spec agak mantop gak mcm HP mini. Yg penting murah skit la,RM1200 dgn 6-cell. Laju & tahan lama…
mmg betul spe2 yg beli netbook HP dari TM mmg bateri cpt abis..klu full bateri dlm 15 mnit da critical blk klu tgk movie..tp xkisah la sebab aku bli rm350 cmtu jer..xsmpi pon rm1400..kelemahan Netbook ni die cpt pnas n sgt lembab klu upgrade ram..so klu nk lajukan die kne pki TuneUp Utilities…sebab netbook aku jadi lmbab,aku pki software berat2,cm inventer,autocad,photoshop dan lain2..
salam. bro, nk tnye sket… aku skrg pakai hp pavillion dv6000… aku bukan jenis main game berat pun… tapi agak kecewa bila need for speed most wanted pun x leh run dgn smooth… jadi, soalan aku, HP210 ni slow sangat ke berbanding laptop biasa?? agak2 kalo main game need for speed sangkut x?? aku nak carik satu utk kwn. pompuan… tapi takut2 tsalah pilih… takut terlampau slow…
Lol, nice one Khai. Banyak ilmu nih , info gak (:
khai nak tanya skit 210 no mcm mana dia nyer perform lau wat tgk movie, serf tenet. lau wat download file besar2 dia tahan bukak lame2 tak?
Netbook ni memang untuk buat kerja ringan-ringan je. Setakat nengok movie dengan surf tu, mmg x pernah ada masalah.. streaming big size pun, stay smooth n steady. Hehe..
Tahap lama bukak tu dia mmg tahan. Pastikan la suasana sekeliling dalam keadaan sejuk. Kalau rumah ada aircond mmg xde masalah lah. Kalau panas bedengkang, jgn la online lama-lama. Meletup pula nanti. Hehehe..
sy pn pkai netbook ni dari TM..ok je batery dya….than lma je…sgt best…ringan..leh bwk g kampus,letak dlm beg biasa je…xyh bwk beg bsar2… π
aku guna netbook samsung n210. lagi puas hati. eehe. battery pun tahan lama sampai 7,8 jam kalau buat kerja biasa, kalau tengok movie or dengar mp3, leh tahan 3,4 jam gak ah. dah upgrade RAM ke 2GB and install home premium , so far, okay gak lah takde lag lag. 2GB standard leh install home premium je. kalau masukkan pro, memang berat.
yang takbest nya netbook ni, susah nak menaip bagi yang tak biasa. semua rapat rapat. π
sy pun ada net mini hp 210 ni..suka sgt2……beli sbb ia kck n rngn…nak surfng n blogging je..hahaha…. π
Wah info menarik nih, terima kasih sudah berbagi.
saya pun salah sorang pengguna netbook, bagi saya, netbook nie bila dah lama pakai, batterynya x sampai tahap minimum 3 jam, sepanjangg penggunaan saya(netbook sy 1 samapai 1thn ag), paling highest possible runtime hanya 2 jam sekiranya tgk movie yang bkn HD, meanwhile, kalau adenya wireless, power drain cukup laju biarpun using power save mode. mungkin sb sy reformat to win7 ultimate kot.. meanwhile, bagi saya, HP is freaking bad company, kebnykkan laptop/netbook yang mereka produce lebih cpt panas….. specially HP laptop power-by AMD CPU..perrh…