Antara Dedicated Server dan Shared Server

Salam Ramadhan Almubarak buat semua pembaca Justkhai, tak kiralah yang baru atau yang dah lama follow blog ni. Blog ni dulu mungkin boleh dikatakan berada di atas. Tapi hidup ini orang kata macam roda. Kadangkala kita di atas dan ada masanya kita duduk di bawah. Dan faktor kesibukan yang membuatkan blog ini sepi tanpa sebarang update, mungkin membuatkan ramai pembaca lari. Korang jangan buat perangai macam ni ye? Hehe.

Tapi itu semua Khai dah tak peduli dah sekarang. Biarlah mana blog naik ke, jatuh ke, menurun ke atau apa sekalipun, kita back to basic. Buat blog untuk berkongsi ilmu atau apa sahaja yang bermanfaat. Bukan sekadar omongan kosong yang membuang masa orang yang membaca blog kita. Artikel kali ini adalah menjawab soalan yang ditanya pada Khai, apa itu dedicated server dan mengapa kita perlu menggunakan dedicated server ini?

Alhamdulillah. Ini hari ketiga Justkhai masuk ke dedicated server yang baru. Sayang pula rasanya bila blog dah masuk ke dalam dedicated ni, tapi tak diupdate. Kos dedicated server agak tinggi juga harganya. Untuk spec yang biasa, dalam lingkungan harga RM500 hingga RM1000 sebulan. Ikut mana satu spec yang diperlukan wen yang kita jalankan.

Sebelum-sebelum ni, semua blog di bawah Oh! Media memang berada di dalam vps dan kemudian di dedicated server. Tapi permintaan pembaca yang membuatkan kita wajib untuk meningkatkan lagi prestasi server sedia ada yang kita pakai. Dan untuk dedicated server terbaru ini, Khai ada privilage untuk membuat apa sahaja. Itu yang sedap tu. Hehe. Dan harap uptime akan maintain dan tak kira berapa ramai yang terjah blog dalam satu masa yang sama, harap blog tak down atau slow. (Teringat ada satu video tunjuk Google punya bilik server. Siap pakai air laut untuk sejukkan server diorang ikut turbin).

Membina blog memang mudah. Dengan kos RM100 setahun pun kita dah dapat memiliki sebuah blog. Tapi ingat, dari hari ke hari, semakin banyak artikel yang kita keluarkan. Makin banyak juga gambar-gambar yang kita upload ke dalam hosting dan yang paling menarik, makin ramai orang yang datang ke blog kita. Tidak dilupa, makin popular blog korang, makin ramai yang nak jatuhkan blog korang tu.

Semua ini menjadikan kos server RM100 untuk setahun itu, langsung tidak releven lagi untuk dijadikan sebuah hosting. Maka korang perlu membuat perkiraan untuk berpindah ke dedicared server bagi membolehkan blog korang boleh diakses dengan mudah, tidak slow loadingnya serta membolehkan korang buat apa sahaja tanpa sebarang batasan lagi.

Mengimbau kenangan 5 ke 6 tahun lalu bila pertama kali Khai nak mewujudkan blog, masa tu beli hosting RM140 sahaja untuk setahun. Setahun tu! Hehe. Dan tentunya hosting yang kita dapat hanyalah sekadar shared server sahaja. Tapi masa tu web kita pun tak dikenali lagi memang web laju sahajalah. Tapi tahun demi tahun bila blog kita mula mendapat tempat, sesiapa sahaja akan melalui perkara ini. Bila web semakin popular, janganlah kita nak mengamuk dengan pihak hosting kalau web asyik down sahaja.

Shared server akan membuatkan web korang berkongsi dengan pelbagai lagi blog milik orang lain. Satu buat masalah (overload), dengan korang-korang sekali terlibat down. Lebi parah, kalau ada hosting yang perangai macam jahanam pergi overselling. Contoh dalam satu server boleh muatkan 10 akaun, dia bantai letak sampai 30 akaun lagi. Gish..!

Berbanding dengan Dedicated Server, dalam satu server tu, ada website korang je kat dalam. Memang super lonely web korang kat dalam tu tapi hasilnya, insyaAllah sangat memuaskan hati. Kebanyakan web-web besar memang menggunakan dedicated server untuk web-web mereka.

Shared server boleh diumpamakan sebagai rumah setinggan. Dalam satu kawasan tu, bukan rumah korang je yang ada, tapi bersepah rumah orang lain lagi. Jadi keadaan memang sempit dan segala-galanya adalah terhad. Berbanding dengan dedicated server, boleh diibaratkan dalam kawasan setinggan tu, korang seorang sahaja yang duduk. So memang bebas nak buat apa sahaja dan segala yang ada, memang terhad tapi untuk kegunaan korang seorang. Senang cerita bukan setinggan lagi, tapi bagai duduk di Banglo 4 tingkat.

Itu contoh yang mudah untuk menjelaskan perbezaan tentang dua jenis hosting ni mengikut pengalaman dan pemahaman Khai selama berkecimpung di dalam bidang ini. Sebab musabab mengapa sampai satu masa kita perlu mengguna dedicated server juga telah terjawab.

Apapun, kalau taknak blog kita yang kita rasa semakin meningkat pembacanya (kita sahaja yang tahu) tu jatuh kembali kerana masalah blog yang selalu sangat down, maka berkira-kiralah untuk ke deedicated server agar masalah yang sama tidak berulang. Kena berani ambil risiko dan paling penting, pastikan duit untuk nak bayar hosting tu pun datang dari pendapat blog dan bukannya dari duit tabung korang. Kalau itu gayanya, dah membazir namanya tu. Hehe.

Apapun banyak lagi option lain selain Dedicated Server ni. Ada VPS dan kalau nak co-location server korang sendiri pun boleh. Itu kena la refer sendiri di mana-mana website hosting yang korang biasa gunakan. Kalau tanya Khai, memang Khai guna servis dari dua hosting ini iaitu Serverfreak dan Fivio. Dah lama bersama mereka jadi sangat kenal bagaimana servis yang mereka berikan. Pernah guna Exabytes dan pelbagai hosting lain dulu, tetapi berakhir dengan kes yang berbulu je bila teringat kembali.

Mungkin ramai antara korang yang masih menggunakan Shared Hosting. Jadi anggaplah artikel ini sebagai satu pendedahan kerana suatu hari nanti, korang juga terpaksa untuk menggunakan dedicated server untuk meneruskan legasi blog sedia ada. Percayalah.

Itu sahaja artikel ringkas kali ini (ringkas ke? Hehe). InsyaAllah panjang umur, boleh Khai update lagi hari-hari. Terima kasih kerana membaca bingkasan ringkas ini. Salam Ramadhan sekali lagi untuk korang semua. Duit raya Khai mana? Hehe.

Ditulis pada 4:24 AM 18 August '11 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,965 views | Dalam kategori: Blog | Tweet This!

Eat This Google!: , , , ,


RSS feed | Trackback URI

39 Comments »

Comment by the garang
2011-08-18 04:31:52

“makin ramai orang yang datang ke blog kita. Tidak dilupa, makin popular blog korang, makin ramai yang nak jatuhkan blog korang tu.”

Nice quotes Khai. banyak belajar dari sini. dari kau dan jugak Hanz. ‘Aku peminat Hanz Oh! Media’ fanpage akan di buat nanti. hehehehe

..
 
Comment by tarmizishukri
2011-08-18 04:55:38

teringat 3 tahun lepas masa mula2 nk buat blog, zero terus pasal blog ni.. nasib aku jumpa blog justkhai ni, byk belajar dari sini.. keep it up πŸ™‚

..
 
Comment by hasbul aqill
2011-08-18 05:03:04

teringat pulak masa start blogging dulu, RM60 je kot keluarkan duit untuk beli hosting dan domain (Netkl).

Apapun, keep it up bro, sentiasa wujudkan kelainan πŸ˜‰

..
 
Comment by Fizz.my
2011-08-18 05:04:05

Kos meningkat tak pe kot kalau pulangannya juga meningkat.. hehe.. πŸ™‚

Salam Ramadhan..

..
 
Comment by informasi.my
2011-08-18 05:45:28

thanks for this info…rasanya tak lame lagi blog aku pon akan pakai dedi kot..skrg pakai vps pon dah tak tertanggung dah..hahhaha… πŸ™‚

..
 
Comment by chawi
2011-08-18 05:55:57

perghh!! mmmg brbulu la nak bayor kalo 700 sbln..aku nye blog pon bleh dpt 10 hengget je sbln…huhuhu

..
 
Comment by syam
2011-08-18 06:36:17

terbaik ah..my blog hnya blog picisan nk pakai sume tu..hehe

..
 
Comment by nizamghazi
2011-08-18 07:12:13

Thax khai.
Tengah fikir2 nk berubah 😎

..
 
Comment by Safwan Seth
2011-08-18 08:40:11

first blog kos RM50 je. hosting rm50 free domain name setahun. sekarang bayar domain je setahun sebab hosting free ( pakai kawan punya, dia tokey hosting, hehe) πŸ™‚

..
 
Comment by afiq aiman
2011-08-18 09:12:30

kalau pakai dedicated mmg power habis la blog tu. laju superb! tapi kena ukur blog dgn trafik jugak, ikut kemampuan katakan. hihi

hongkiat guna dedicated exa kalau tak silap. aku dulu mula RM70, student plan dari shinjiru

..
 
Comment by Fazrol
2011-08-18 09:53:37

Fuyooo.. Mmg bnyk gak ilmu membaca kat blog khai nie…
Tak sangka plak dah lama aku follow blog budak nie…
Dah besar pun.. Ha nha…

..
 
Comment by arnamee
2011-08-18 09:58:15

Anem Macam tak mungkin je akan guna dedicated server kelak..ekeke πŸ˜›

..
 
Comment by sukacuka
2011-08-18 10:19:44

Mungkin satu hari nanti man akan guna apa yang khai cakap.

Thanks khai atas perkongsian ini. Berminggu juga menanti blog ini update.

Apapun, Serverfreak memang terbaik! Betul tak khai? haha

..
 
Comment by Omar
2011-08-18 15:25:53

Kalau share blog dengan web application, tapi orang selalu surf web application tu pun susah gak, bila nak buka blog jer, rasa lembab semacam, tak pun keluar Resource over limit.. :((

..
 
Comment by Cikgu Hairul
2011-08-18 17:56:26

Owh patutla tersangat lambat load blog ni beberapa minggu lepas. Mula-mula keluar gambar selipar ngan gitar tu dulu. Dah berjanggut baru keluar artikel. Hari ni pelik pulak… bila bukak terus je load semua sekali. Hehehe. Saya tak mungkin la akan tukar ke dedicated server.. blog tak ramai pembaca pun. πŸ˜‰

..
 
Comment by Ajeyy Rawk
2011-08-18 19:40:22

khai, belanja saya domain name satu leh x ?
huhuhu, saya budak kampung khai.. πŸ˜‰

..
 
Comment by Fvn
2011-08-18 20:37:09

Wiuu…aku skrg pun gna ServerFreak hosting. πŸ™‚

Err…kalau boleh Khai keluarkan artikel psl Cloud hosting la plak ye..blm ada yg buat rsanya. hehe..

..
 
Comment by afendi
2011-08-18 21:02:27

selamat berpuasa khai..
penjelasan yang ringkas dan mudah di fahami..
aku pun masih berpuashati dengan serverfreak..ticket semua dijawab..bagus2.. πŸ™‚

..
 
Comment by ejardkethot
2011-08-19 03:18:33

mungkin suatu hari nnt ak akan faham sepenuhnya…. :[

..
 
Comment by Mr Rileks
2011-08-19 04:51:59

pernah guna VPS dlu, tp mmg rasa x mmpu bl kuar rm200++ sebulan… inikan pulak dedicated server… lg ler x mmpu… hohoho… 8)

..
 
Comment by Syafiq Salim
2011-08-19 06:26:18

setuju dgn the garang…

β€œmakin ramai orang yang datang ke blog kita. Tidak dilupa, makin popular blog korang, makin ramai yang nak jatuhkan blog korang tu.”

realiti dunia, melihat orang lain berjaya merupakan perkara menyakitkan dimata orang yang taknak berusaha untuk berjaya…

mmg blog justkhai.com tetap dari dulu smpi bila2 pun akan jdi blog berinformasi dgn 100% karya sendiri…

wish ohmedia network terus maju… πŸ˜‰

..
 
Comment by Wizurai
2011-08-19 08:11:54

guna dedicated server memang best sebab tak kongsi dgn org…

cuma yg tak tahan kos dia memang tinggi… betul, gunalah income dari blog untuk naikkan blog tu balik… guna duit poket sendiri, sendiri mau ingatlah kecuali kita memang cop duit hari2……..

..
 
Comment by Zarul Umbrella
2011-08-19 10:27:27

Saya sebenarnya tak tahu plak hosting ni ada 2 alam rupanyer..dedicated dgn shared..terima kasih pada Khai atas perkongsian hebat ini..segala maklumat mmg bermanfaat,walaupun jarang update..namun post saudara mmg sentiasa dinantikan tanpa jemu dari follower awak termasuk saya..tahniah

..
 
Comment by mamat
2011-08-19 15:08:27

betul tu..membina blog dengan hanya 100 ringgit dah cukup.tapi hasil dia sangat banyak

..
 
Comment by FAIZAL TAHIR
2011-08-19 15:40:53

THANX BRAH FOR INFO =)

..
 
Comment by ayie
2011-08-19 15:45:49

pakai shared dulu la kot…tu pun x terhabis bandwidth..lagi satu tak mampu lagi kot nak pakai dedicated..tunggu sepuluh tahun berblog dulu kot..insyaAllah…saya budak baru belajar..:)

..
 
Comment by AMR
2011-08-19 15:56:37

Fuh, terbaiklah.. info menarik. apapun setakat ni Serverfreak belum mengecewakan lagi.. huhu..

..
 
Comment by PutraRocker
2011-08-19 17:38:50

dedicated mcm mahal..fivio terbayek o_O

..
 
Comment by aimannajmy
2011-08-20 11:28:24

huhu aku setakat ni VPS jek..blog sekali sekala je update, pastu pengunjung pun boleh kira dengan jari huhu.. maybe suatu hari nnt kot rezeki lebih pindah kot ke dedicated server

..
 
Comment by Ahmad Uzair
2011-08-20 13:06:07

rindu kat khai punya blog :8

..
 
Comment by ROJAK
2011-08-20 21:20:57

terima kasih atas perkongsian maklumat server

..
 
Comment by ash kutcher
2011-08-21 00:26:40

mungkin membautkan ramai pembaca lari. << k, ni slh eja khai.

layak jd cegu dh ko ni khai. sng buat org phm dr hasil keyboard je..kipidap..:)

..
 
Comment by jaerul
2011-08-24 19:02:49

nice info,. Hehe

..
 
Comment by zool
2011-08-25 11:19:42

Kalau yang masyuk lehlah pakai dedicated server.. kalau blog cikai2 cam den tak yah lah..

..
 
Comment by mamat
2011-08-28 00:01:46

mamat baru je tukar server…dari serverfreak ke shinjiru…. tu pun selepas mamat baca entri khai yang kata shinjiru ok..

..
 
Comment by fizz
2011-09-09 07:21:34

kalau blog dh popular ok la.. makin besar kos keluar makin besar untungnya. dedicated server ni banyak gunanya bukan setakat letak blog jer.. ibarat macam beli villa mewah, boleh buat kolam renang, padang golf, ladang kuda.. hehe.. πŸ™‚

..
 
Comment by Roberto Corderman
2011-09-23 07:17:18

“More than kisses, letters mingle souls.” ~ ” John Donne

..
 
Comment by kartikel.com
2012-01-12 13:45:24

yang mana tak mampu tu, pakai je VPS dulu :mrgreen:

..
 
Comment by jaerul
2012-06-05 19:54:51

wah mahal sebulan nih…. klw blog macam justkhai nih kan,.. or mane2 site oh ….. tu mesti dah deedicatedkan servernyer yer,. :8

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post