Memilih untuk tidak lagi menulis status di Facebook

Lagi beberapa hari menjelang hari raya untuk edisi hijrah 2011. Alhamdulillah, akhirnya semalam jumpa juga baju raya yang berkenan di hati. Ampang Park juga yang ada. Tempat lain susah nak cari yang berkenan. Ialah baju Melayu ni boleh dikatakan beli setahun sekali je iaitu time nak hari raya macam ni la. Then akan pakai sampai la baju tu tak muat atau mungkin kena rembat? Hehe. Pakai pun tak selalu, untuk pergi Solat Jumaat atau datang ke majlis-majlis keagamaan jadi beli la yang ok sikit untuk kepuasan diri sendiri. Siapa yang baju Melayu tahun lepas elok lagi tu, pakai ajelah. Tak bermakna tiap kali hari raya, tiap kali tu juga nak kena beli baju Melayu kan? Hehe.

Kembali kepada tajuk, pastinya semua orang kenal dengan Facebook. Pergilah online kat mana-mana sekalipun, cuba nengok laptop orang lain. Apa yang diorang tengah buat? Rata-ratanya mesti akan online Facebook. Kalau tak pun cuba nengok kat taskbar, confirm ada Facebook yang dah di’minimize’kan. Pendek kata Facebook dan jadi satu keperluan harian majoriti dari kita semua hari ini.

Baru-baru ni Khai dah tutup akaun Facebook Khai. Bukan tutup sampai orang tak boleh nak access, tapi tutup sekadar pengetahuan peribadi sahaja. Maksudnya, Khai takkan update lagi apa-apa status di Facebook personal. Agaknya sebab apa ya? Mari kita renung-renungkan.

Di Facebook, rata-ratanya kawan kita adalah kawan yang dikenali iaitu kawan yang pernah berjumpa empat mata dengan kita. Mungkin rakan sekolah, rakan sekerja atau mungkin ahli keluarga kita sendiri. Itu tidak campur dengan rakan-rakan blog dan rakan-rakan di internet. Bila dah ramai kawan-kawan di sana, akan timbul satu keinginan ingin berkongsi apa sahaja di wall Facebook kita sendiri. Ianya nampak seakan tidak bermasalah, tapi cuba kita renung-renungkan semula.

1. Perkara yang paling selalu kita nampak di Facebook, adalah status-status dari kawan-kawan kita sendiri yang berbentuk sindiran. Mungkin ianya suara hati tapi akhirnya tidak lagi menjadi suara hati kerana status tersebut dapat dibaca semua kawan-kawan kita di Facebook. Paling teruk, bila kita tak mention status tersebut ditujukan kepada siapa, maka ramailah yang akan terasa hati. Mungkin terkena batang hidungnya.

2. Kita selalu berkongsi hari ini kita makan apa, hari ini kita nak pergi ke mana dan macam-macam lagilah aktiviti harian kita. Agaknya dalam ramai-ramai kawan kita tu, berapa ramai yang ambil kisah tentang hal kita? Pastinya ramai yang akan cakap dalam hati, “who cares??!!”. Lainlah jika kita seorang selebriti.

3. Kita beli apa-apa barang yang kita suka dan dah lama kita hajati. Then di wall Facebook kita sendiri (bukan kacau orang lain), kita pun upload’lah semata-mata ingin berkongsi kegembiraan dengan apa yang baru kita beli. Dalam ramai-ramai kawan kita tu, agaknya berapa ramai yang memahami niat sebenar kita untuk berkongsi kegembiraan dan berapa ramai pula yang akan mengatakan kita seorang yang berlagak, macam bagus dan poyo nak mampus? Ya rasanya lebih ramai daripada yang gembira melihat kita gembira.

4. Pergi sana sini upload gambar dengan niat sekali lagi ingin berkongsi jadual hidup kita. Masih sama, ramai yang akan mengatakan kita ingin menunjuk-nunjuk. Mentaliti orang kita masih ditahap ini lagi. Kalau taknak orang cakap macam tu pada kita, pergilah hidup di Hollywood sana. Hehe.

5. Upload gambar happy-happy dengan kawan-kawan. Mungkin ada beberapa orang kawan yang tidak terlibat akan terasa hati. Pernah alami perkara seperti ini?

6. Post macam-macam link di Facebook. Ada video dan banyak gila artikel dari blog-blog kita. Kadang-kala kita tak perasan status tersebut, tapi kawan-kawan kita akan nampak update yang bertimbun-timbun tu dengan amat jelas di NewsFeed lebih-lebih lagi link yang sama tetapi status dipost di page berbeza. Semua ini akan mendatangkan kebencian orang pada kita. Mula-mula ok, lama-lama menyampah juga.

7. Selalu sangat menjadi pertengkaran di Facebook. Mesti korang pernah nengok komen-komen yang mula-mula ok je tapi lama-lama jadi pergaduhan. Kenapa dua sahabat baik di luar internet boleh bergaduh bila di dalam internet? Bezanya, komunikasi antara empat mata dan menggunakan mulut dan ton suara untuk bercakap, amat jauh bezanya apabila kita berkomunikasi melalui internet (tulisan). Kita akan membaca ayat orang di internet berdasarkan mood kita pada ketika itu. Jika mood kita baik pada ketika itu, kita akan baca apa yang ditulis orang lain dengan hati yang menerima tapi jika sebaliknya?

8. Katakan kita rasa rimas dengan status dari seorang kawan kita ni. Kita pun unfriend dia sebab dah tak larat lagi nak simpan kawan yang macam tu di Facebook. Bila gerangan tersebut tahu yang kita dan unfriend dia, secara automatik, dia akan menganggap kita sebagai musuh. Bagi mereka, memutuskan persahabatan di Facebook, sama sahaja dengan memutuskan persahabatan di dunia sebenar.

9. Ramai juga yang mengaibkan diri sendiri. Gaduh dengan boyfriend pun nak update status. Buat status sindiran kepada kekasih tapi tak sedar status tu dapat dibaca semua kawnan-kawan dia. Lebih teruk lagi, ada keluarga dan kawan-kawan kekasih dia tu di dalam friendlist dia. Habis bila dah mengutuk orang tu, takkan kawan-kawan dan keluarga si kekasih tu nak nengok sahaja? Itu setakat orang yang bercinta. Ada juga yang gaduh laki bini pun kat Facebook. Kalau boleh satu dunia dia nak canang yang dia seorang je yang bergaduh dalam dunia ni. Habil masalah dalam kelambu sampai dari mulut ke mulut. Semuanya bahana jari kita sendiri yang takde insuran bantai bergaduh kerana hal-hal rumangtangga ni dalam Facebook.

10. Banyak sangat friend request. Macam Khai, sebelum ini ada satu sahaja akaun Facebook yang benar-benar personal. Tapi ramai orang yang Khai tak kenal, Khai tak approve atau dulu dah pernah approve, tapi Khai keluarkan balik kerana nak jadikan Facebook Khai benar-benar ada privasi. Setiap status yang ada kalau boleh nak diketahui orang yang pernah kenal secara berdepan sahaja. Jadi, bila jadi macam ni akan timbul pula satu isu yang lagi pelik. Pernah Khai baca artikel di sebuah blog ni, katanya Khai sombong nak mampus sebab tak approve dia. Hurm, tak boleh nak salahkan dia sebab dia pun tak tahu apa alasan kita tak dapat nak approve dia sebagai seorang kawan di Facebook.


* Friend request yang semakin meningkat

Dan banyak lagi. Itu beberapa point yang terlinta di kepala Khai secara spontan semasa menulis atikel ini. Mungkin banyak lagi yang korang dapat fikirkan. Apa yang pasti, semua ini tidak berapa baik untuk kita dan persepsi orang pada kita.

Cubalah kita elakkan persepsi buruk orang kepada kita. Hindari mereka dari terus mengata kita di belakang. Pada Khai, tidak menulis apa-apa status lagi di akaun Facebook peribadi adalah lebih baik berbanding sebaliknya. Kalau dah tangan gian sangat nak update status, setting awal-awal status tu untuk kita seorang sahaja “only me” yang nampak. Then, updatelah puas-puas!

Pengalaman Khai sendiri, rasa senang hati bila dah tak rasa nak berkongsi apa-apa lagi perkara yang menggembirakan Khai kepada orang lain. Cukuplah kita dan kawan-kawna terdekat yang tahu. Macam Khai beli baju raya baru-baru ni, kalau Khai tak buat macam ni lagi, memang laju je tangan tu nak post gambar baju raya ke Facebook guna iPhone.

Biar apapun niat kita, manusia tak boleh nak baca hati kita. Hanya kita sahaja yang tahu. Pada Khai, inilah pilihan Khai kerana beberapa point di atas tu ada juga Khai buat dan nak sangat Khai elakkan. Niat kita lain dan orang fikir lain (negatif), mungkin dah lama kita sedari cuma kita buat tak tahu sahaja.

Macam dalam blog Justkhai ni juga, kadang-kadang khai review sesebuah produk tu kerana dibayar dan mengikut arahan yang diberikan. Ianya adalah salah satu skop kerja Khai sekarang. Contoh sebelum ini, artikel Khai menggunakan kad kredit dari Maybank kemudian keluarkan dalam blog apa yang telah Khai beli menggunakan kad tersebut. Ianya adalah arahan dan Khai terpaksa lakukan atas alasan dah memang itu kerja Khai dan dah memang itu arahan wajib yang mereka berikan. Mahu tidak mahu, dah itu kerja kita, kita lakukanlah sebaik mungkin. Tapi rata-rata yang tak tahu perkara sebenar, lebih gembira untuk me’label’ kita sesuka hati mereka.

InsyaAllah, takde maknanya kita perlu nak meninggi diri dalam dunia ini. Kalau rasa kita senang, berjuta-juta lagi orang lain yang lebih senang dari kita. Kalau rasa kita pandai, juga berjuta-juta lagi orang yang lebih pandai dari kita.

Kesimpulannya, tepuk dada tanyalah selera. InsyaAllah.

P/s: Tidak update status di Facebook, tidak bermakna Khai totally tidak mengeluarkan apa-apa status. Khai masih mengeluarkan status di pages Khai yang sendiri dengan followers yang benar-benar kenal apa yang Khai lakukan. Apa yang dikeluarkan juga tidak lagi terlalu peribadi. Ianya lebih kepada perkongsian maklumat mengenai Oh! Media dan perkembangannya.

Ditulis pada 6:38 AM 26 August '11 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 2,060 views | Dalam kategori: Hidup Khai, Motivasi | Tweet This!

Eat This Google!: , , , ,


RSS feed | Trackback URI

42 Comments »

Comment by Syafiq Salim
2011-08-26 07:06:12

agree… penat bace,
kemain panjang..haha…
hakikit ni mmg bergntung pada sesetengah org, ada yg boleh terima dan ada yg xsuke… ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2011-08-26 07:10:44

Thanks Syafiq. Pagi-pagi dah online ye? Hehe. Itulah terpulang kepada penerimaan orang kan? Ops, sorry tulis punya tulis tak perasan dah menjela-jela. Kompem ramai yang malas baca. Skip terus rangkap akhir… Hehehe..

..
 
 
Comment by Haru
2011-08-26 07:10:27

aku punye add tp x di-approve lg =( =( =( huhuhu

..
 
Comment by Aim
2011-08-26 07:13:31

Uh!!…..thx khai…mmg btul pe yg ko tulis tu….hehehe…pasni kene jejage update status

..
 
Comment by momo
2011-08-26 07:16:22

moga ini baik…insyaAllah ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by TheSharkox
2011-08-26 07:24:15

hahaha…so true.. fb agak jengkel bila tengok status seperti “Hari ini saya makan bla bla bla…” dan “sampai bila nak keje makan gaji, join kami hari ini dan esok terus ma$$$$$$$yuk”..
haha

..
 
Comment by azah skaliskala
2011-08-26 09:42:10

Panjang kot, tp sy baca stiap perenggan.. hehe.
Sy pun kurg post status kt wall, ada pon link yg dishare secara automatik dr network blog, twitter. tu pun dh disable beberapa apps lain. Dh pernah rase semua di atas. Kerana fb kite berkawan, kerana fb kite bermusuh, kadang2 kerana fb boleh membawa kepada depresi. Last tutup akaun dan tidak aktif.

Tapi lain pula kat facebook page. Lebih bebas, orang yang lihat kite pula kebanyakan orang yang like facebook kite dan faham perjalanan kite.

Setakat ni, facebook page & blog lebih ok. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by arnamee
2011-08-26 09:43:49

Kan..bila ramai di FB , telah menyebabkan Personal Fb dah tak jadi personal.

5,6 , 10 -pernah berlaku.

1- lagi selalu. sedih owh..

p/s: khai, selamat hari raya ya ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by Fazrol
2011-08-26 11:56:15

Betul laa khai…
Kadang2 apa yg kita pk tak sama dengan apa yg org lain pk…

So ikut kehendak sendiri laa…
Be what you want to be…. He he…

..
 
Comment by Muhd Fadil
2011-08-26 12:38:31

setuju sangat dengan Khai. ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by W.R
2011-08-26 12:54:07

ha’ah kdg malas nk layan status yg ntah apa-apa ntah…WR sendiri jarang update status cuma bila perlu jer..:)

..
 
Comment by sisi azie hassan, www.ohmedia.fm
2011-08-26 13:28:49

setuju sokmo. hurm…… gitu laaaaaaa adanya ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by aminto
2011-08-26 14:38:12

sokong anda khai..stuju btol dgn stiap point yg anda berikan diats.. ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by cleverspider55
2011-08-26 16:32:55

Poin2 pendapat yg bernas..tapi rasanya tak salah nak update pasal apa pun..nama lg update status..walau ada org tak suka,mesti juga ada yg suka..terpulang pd diri msg2..

..
Comment by Khai
2011-08-27 20:44:49

Ya, itulah yang disampaikan pada entri kali ini. Bukan semua orang suka dengan apa yang kita tulis. Jadi hati-hati selalu.

..
 
 
Comment by Tony Tony Chopper
2011-08-26 17:29:13

betul betul! =(

..
 
Comment by qfsue
2011-08-27 05:25:51

hmm…pjg jgk nih…cm ada yg terkena jer kan?saya pun ada gak suker nk wak update status..tp nsib baik ada kengkawan yg baik hati nasihat wall tuh utk public..klu tershare pun..cpt2 ambik inisiatif delete blik

..
Comment by Khai
2011-08-27 20:45:48

Ya, macam Khai pun ada seseorang yang tukang telek segala status yang Khai keluarkan. Kalau tak kena, mesti dia akan suruh padam. Kadang-kadang bila kita bersendirian, kita lebih suka menulis status mengikut emosi which is tak berapa baik untuk orang lain baca.

..
 
 
Comment by Szakif
2011-08-27 05:55:03

Hakikatnya, kita takkan boleh samakan fikiran kita dengan semua orang. Kalau nak fikir orang itu dan orang ini fikir begitu dan begini, memang tak sempat nak buat apa-apa.

Pada aku, yang penting kita sentiasa bersangka baik dengan semua orang. Kalau ada pun yang bersangka buruk, kita banyak2kan doa akan sangka buruk mereka tidak mempengaruhi kita walau sekelumit pun. Maklumlah, kita ni buat benda baik pun, orang boleh salah sangka. Jadi, cara yang terbaik, kita buat lah benda-benda baik, dan kita bersangka baik dengan semua orang. Jadikan doa sebagai senjata paling besar untuk menangkis kejahatan manusia sekiranya ada.

Selain itu, kita juga perlu bijak dalam meletakkan sempadan dalam menceroboh privasi orang. Maksudnya, walaupun kita tak nak ambil tahu pun pasal orang tu, tapi dah tertahu sebab dia tulis kat FB, jadi terpulang pada kita nak “ceroboh” privasi dia atau tidak. Bila dia dah tulis, maksudnya dia dah buka pintu untuk kita ceroboh (seperti memberi komen pada post2 dia), tapi kita juga ada pilihan untuk tidak menceroboh kan? Pilihan di tangan masing2. Gunakan kebijaksanaan diri masing-masing untuk mendepani perkara seperti itu.

Mungkinlah satu perkara yang aku kurang setuju, bila ko tulis pasal selebriti kalau tulis apa2 mesti orang nak ambil tahu. Well, walaupun ko tahu tulis begitu, tapi daripada ayat ko Khai, orang boleh tafsirkan begitu. Well, aku ada juga subscribe FB beberapa orang artis, dan tak semua aku care about. I believe you do so. Right?

Apa2pun, kesimpulannya, pada aku selagi kita buat baik, insya Allah benda baik akan datang kepada kita semula. Kalau baik yang kita post kat FB, baiklah yang akan datang. Kalaupun ada yang tak baik, sangkal dan tangkislah dengan berhikmah, kerana dalam hidup ini memang penuh cabaran dan dugaan. Kan~?

..
Comment by Khai
2011-08-27 20:47:20

Terima kasih Szakif untuk respon yang amat baik dan saya amat bersetuju dengan semua yang diperkatakan. Sama-samalah kita ๐Ÿ™‚

..
 
 
Comment by Famili Ceria
2011-08-27 06:51:05

betol kata khai tue…

..
 
Comment by cik as
2011-08-27 07:03:33

pas nie xleyh da la nak nyebok kat status khai..huhu..tapi per yg khai 2lis tu bt0l gak an..kta xley nak kawal apa yg orang nak fikir dgn dri kta..gud point bro..

..
 
Comment by aka_sole
2011-08-27 07:33:04

salam guys =)
wanna get thing clear, im not much of a blogger maself n i rarely drop my comment to almost none..but since this entry worth a feedback so y not =)

im new to fb, if previously i dint ve my own fb account instead use my gul’s for a trial and a bit of “studying” purpose..so here wut i did once i determined to have my owns in order not to mix up everything..

i opened up several accounts per say..by family, coursemates/ colleagues, for old friends and for my gul’s friends (planning) who happened to add me as friend..each has its setting customized, of course my family members has the most privilege like feel free to post on my wall etc while others limited access in varying order to our interest in particular..well, easy said than done..ya2 i know, considering im not a celeb maself compare to khai here so he may wanna consider an account for professionalism like oh! just khai whatsoever..like it or leave it but its certainly not require for friend approval..

juz my 2cents in response to upper part entry, sori i dint go through the whole entry and by mistake i get it wrong in and out..chills n cheers ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by Omar
2011-08-27 10:41:09

Aku suke bila bercakap tentang membaca tulisan di Internet mengikut mood. Ya, kebanyakan orang salah faham benda ni,

Lagi satu point yang aku suke dalam entri ini ialah unfriend tu. Kadang-kadang kita terpaksa unfriend bila tengok diorang ni selalu buat benda yang berulang, sebagai contoh, keluarkan post maki hamun but at the same time, org ni classmate kita dan sebagainya.

Tapi, bila kita unfriend.. lain pulak jadinya. Kita pulak jadi bahan kena maki. Pelik jer perangai manusia sekarang ni. :[

..
 
Comment by HeyKamarul
2011-08-27 15:05:48

thats why kita kena bertukar kpd google plus..ada circle yg kita boleh kelas kan kawan2 kita..seriously selesaikan masalah fbook..cuma still beta kan??

..
Comment by Khai
2011-08-27 20:49:44

Ya masih BETA. Circle dalam G+ tu lebih kurang sama sahaja dengan setting group di Facebook bukan? Di mana kita boleh meletakkan nama-nama rakan kita di dalam satu group yang kita mahukan.

..
 
 
Comment by cik mot
2011-08-27 15:58:17

betul jugak kan. kadang2 selalu baca status macam bergaduh dgn sape2.. kadang2 ayat yg digunakan tu agak tak sesuai. Mot pegang prinsip, dalam dunia IT ni “what we write it showed who we are” betul ke? Sebab bila kita tulis sesuatu, tu mencerminkan kita macam mana. memang kadang2 tak boleh pakai ayat ni tapi kalau kita nak kenal orang tu bukan je dari pakaian tapi jugak dari apa yang kita tulis. kan?

Bydaway thx for info ni. Sangat berguna. Macam mot pun, ada jugak yang mot penah alami. So lepas ni kena fikir banyak2 kali sebelum nak post apa2.. ๐Ÿ™‚ bydaway jgn lupe jengok blog mot tau.. hehehe ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by Beaty
2011-08-27 16:57:53

beaty jarang sangat buka fb ni khai..sebab bosan lah dengan karenah FBooker yang tidak bertanggungjawab tu..paling x suka yang mcm khai ckp kan beaty pun x suka sangat ngan update yang berunsur sindiran…d FB pun gaduh2

kdg2 kan ada pula la yang buat fanclub anti ini dan itu yang buat semua gaduh.

..
 
Comment by baby bakteria
2011-08-27 20:36:11

hak masing2 la…. kbanyakkan nyer friend mmg kenal.. 1 ofice.. kalau tu pun x boleh … fb ni kan hak msing2.. kalau x suka x yah la bace.. or x yah komen.. kan senang huhuhuhuhuh….. msing2 ada hak.. x kan kebebasan indvidu 2 nk kita pertikaikan… ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by jaerul
2011-08-27 21:25:24

wah,..suka sangat ngan entri ni,.. Saya pun dah jarang hantar status di facebook,.. Melainkan berkongsi maklumat yang berguna saje… Tapi majoriti yang status pelik,. Budak-budak atau yang kurang matang jer banyak mengikut apa yang saya perhatikan. ๐Ÿ™‚ nice khai.

..
 
Comment by Zarul Umbrella
2011-08-27 21:48:54

FB ni kena pandai guna,kalau tak pandai guna alamatnye ..jadilah mcm artis..kena gossip dek kenkawan,kenkawan mengata di belakang dsb..macam saya benda2 peribadi tak lagi saya keluarkan kat FB..hak masing2,pandai2lah nak idup

..
 
Comment by mamat
2011-08-27 23:58:29

haha..betul2…suka entri khai ni…
tak pernah terfikir pula benda2 ni semua sebelum ni..

..
 
Comment by Hisyam
2011-08-29 19:43:18

Sabor je lah~~~

..
 
Comment by putcomey
2011-08-30 21:25:21

hehe.. saya masih friendlist ngn Khai dari dlu smpai la sekarang!! tq Khai ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by budakbandunglaici
2011-08-31 09:04:07

setuju!
kadang2 nak update status pun dah mlas..
kesian kat fb.
bersarang tanpa di usik..
#sebok dgn fanpage je skrg. bak kata produa : lagi best! ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by tqah.y
2011-09-01 00:52:32

Setuju dengan entri ni. Tqah pun dah jarang nak update facebook. Tak semua benda yang perlu kita kongsikan dekat facebook tu. Rasa macam semak je news feed kalau update banyak2. ๐Ÿ™‚

Situasi #5 pernah terjadi sampai timbul salah faham. Tsk.

..
 
Comment by iman haikal
2011-09-01 06:05:34

ada yang dah unfriend kawan tu, lepas tu dahn unfiriend tu biarlahj diam2 je, ni tak siap buat post tak puas hati lagi kat orang yang dia dah unfriend tu..

..
 
Comment by ejardkethot
2011-09-18 16:01:37

sokong ! tp kadang2 gian . update jgk..hahaha..2…3 jam pastu DELETE sbb rasa annoying tgk status sndiri..bhahaha…saya lebih rela wall saya penuh post dr GAME ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by azs
2011-10-01 19:21:45

huhuhuuhu ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by aswadz
2011-10-20 12:57:46

aku pun jarang update status FB. komen tu adalah sket2…

..
 
Comment by Oh! budu
2011-11-20 05:55:27

toing2..

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post