Hari ini dalah sejarah bilamana “Fast Update” kembali wujud di Justkhai. Kalau semak balik Fast Update #7 sebelum ni, agak-agak bila? Heh 3 tahun yang lalu. Haha! Nampak sangat kegilaan kepada menulis sudah semakin berkurangan. Demm!
Baca balik Fast Update #7 sebelum ni, tersengih sendiri. Alahai banyaknya yang dah berubah dalam masa 3 tahun dari artikel tersebut ditulis. Sampai dah ada bini dah pun ni haaa. Duh! Fast update ni actually artikel yang spontan dengan apa yang baru berlaku disekeliling dalam tempoh terdekat. Tiada semakan kedua dilakukan jadi maaf jika ada banyak typo dan sebagainya. Haha! Ok berikut adalah fast update edisi ke-8 di Justkhai.
1. Maybank2u Pay

Baru-baru ni Maybank ada memperkenalkan servis baru mereka yang diberinama Maybank2u Pay. Fungsi Mb2u Pay ni mudah sahaja di mana mereka cuba untuk menyediakan satu cara yang mudah untuk para peniaga online menerima bayaran dari pelanggan mereka. Dengan hanya satu klik sahaja, pelanggan akan terus dibawa ke website Mb2u dan di sana mereka hanya perlu masukkan username, password, TAC dan jumlah pembayaran, kemudian submit. Tadaaa! Selesai satu proses jual beli secara online. Kalau korang biasa beli tiket wayang secara online dari apps GSC Cinemas dan sebagainya, korang tahu la camana benda ni berfungsi.
Oh! Media awal-awal lagi dah apply untuk mencuba servis ni dan petang semalam pihak Maybank dah pun call membawa berita baik, “Encik Khai, Permohonan Anda Diterima!”. Yeah! Hahaha! (more…)
Posted on 19 April '13 by KhaiHassan, under Blog, Hidup Khai. 9 Comments.
Meluncur profail Facebook merupakan sesuatu yang agak mustahil untuk tidak saya lakukan walau dalam sehari. Untuk saya, Facebook adalah sesuatu yang rutin, sama seperti sesuap nasi yang perlu saya salurkan ke dalam perut yang semakin membesar (haha). Pada saya, Facebook bukan sekadar tempat untuk membina empayar perniagaan dengan berkongsi pandangan atau mengikuti perkembangan insan-insan yang hebat di dalam karier mereka, malah ianya juga adalah tempat kita untuk berkongsi apa sahaja maklumat terkini, jauh lebih pantas dari tabloid.
Bagi saya, Facebook bukanlah tempat untuk mencari kenalan. Mencari kenalan di Facebook selalunya akan berhasil sesuatu yang amat sia-sia. Berkawan di Facebook adalah jenis berkawan datang dan pergi. Hari ini dapat kawan baru, esok bila dapat kawan baru lain, kawan lama dilupakan. Bagi saya, jika saya merasakan mencari kawan di laman sosial itu sekadar suka-suka, maka saya telah merugikan diri saya sendiri kerana telah membuang masa dengan perkara sampah seperti itu. Satu lagi perkara yang amat saya benci bila diri saya lakukan, adalah berchatting perkara yang tiada asas.
Well, dalam kepala saya hanya satu iaitu menggunakan Facebook untuk kepentingan saya untuk berjaya di masa akan datang. Setakat hari ini, saya telah berjaya menghasilkan beribu-ringgit sebenarnya hanya melalui Facebook. Terkejut? Dahulu saya rasa ianya perkara yang mustahil tapi akhirnya, saya dah buktikan pada diri saya yang ianya langsung tidak mustahil. Tidak mengapa, saya akan ulas perkara ini di dalam keluaran ebook pertama saya yang akan datang.
Bagi saya, saya masih jauh lagi dalam untuk berada di dalam kelompok orang-orang yang berjaya biarpun sesetengah orang disekeliling saya menganggap saya seorang remaja yang berjaya. Ya, manusia tidak pernah puas dan saya termasuklah di dalam golongan itu. Berpuas hati dengan sesuatu sebelum masanya, adalah sesuatu yang merugikan. Namun dihati, haruslah tebal dengan rasa syukur. Alhamdulillah.
Sedang melayari Facebook sebentar tadi, saya didatangi pula satu soalan dari seseorang. (more…)
Posted on 24 October '11 by KhaiHassan, under Daily Craps. 40 Comments.

Lagi beberapa hari menjelang hari raya untuk edisi hijrah 2011. Alhamdulillah, akhirnya semalam jumpa juga baju raya yang berkenan di hati. Ampang Park juga yang ada. Tempat lain susah nak cari yang berkenan. Ialah baju Melayu ni boleh dikatakan beli setahun sekali je iaitu time nak hari raya macam ni la. Then akan pakai sampai la baju tu tak muat atau mungkin kena rembat? Hehe. Pakai pun tak selalu, untuk pergi Solat Jumaat atau datang ke majlis-majlis keagamaan jadi beli la yang ok sikit untuk kepuasan diri sendiri. Siapa yang baju Melayu tahun lepas elok lagi tu, pakai ajelah. Tak bermakna tiap kali hari raya, tiap kali tu juga nak kena beli baju Melayu kan? Hehe.
Kembali kepada tajuk, pastinya semua orang kenal dengan Facebook. Pergilah online kat mana-mana sekalipun, cuba nengok laptop orang lain. Apa yang diorang tengah buat? Rata-ratanya mesti akan online Facebook. Kalau tak pun cuba nengok kat taskbar, confirm ada Facebook yang dah di’minimize’kan. Pendek kata Facebook dan jadi satu keperluan harian majoriti dari kita semua hari ini.
Baru-baru ni Khai dah tutup akaun Facebook Khai. Bukan tutup sampai orang tak boleh nak access, tapi tutup sekadar pengetahuan peribadi sahaja. Maksudnya, Khai takkan update lagi apa-apa status di Facebook personal. Agaknya sebab apa ya? Mari kita renung-renungkan. (more…)
Posted on 26 August '11 by KhaiHassan, under Hidup Khai, Motivasi. 42 Comments.

Alamak ai! Hampeh betul. Khai pun tak ingat apa yang Khai dah buat sampai akaun Facebook boleh kena disable. Rasanya maybe sebab upload gambar yang tak lepas dengan term of use diorang kat Fan Page OH! Media tu la kot. Korang pernah ada pengalaman macam ni? Kalau takde pengalaman lagi, better tak payah nak rasa pengalaman dia sebab memang leceh nak kena hantar email segala mintak di aktifkan semula.
So di dalam entri ini, nak kasitahu semua yang akaun Facebook saya buat masa ni tidak dapat di’aksess dan dah tentunya, Khai dah pun hilang dari senarai member-member korang semua. Kalau Facebook enable kan balik akaun tu nanti, nice lah. Kalau tak boleh, nak buat camana mungkin perlu create akaun baru atau mungkin, tak payah ada akaun Facebook pun takpe. Tapi kurang satu platform la untuk korang yang rajin berborak-borak dengan Khai or tanya apa-apa soalan tu. Selalunya senang via Facebook je. Sebab kalau korang email, selalunya dah seminggu baru reply atau tak reply langsung.
Anyway, sebagai pelengkap entri ni, kat bawah ni senarai apps yang popular mengikut tahap kekerapan dan paling ramai pemain. (more…)
Posted on 4 February '10 by KhaiHassan, under Hidup Khai. 46 Comments.
Pagi semalam, Khai dah hapuskan beberapa akaun social networking yang dah sampai masanya untuk dirasakan tidak perlu. Antaranya Myspace, Frindster dan Tagged. Kesemua’nya itu tercipta dengan bersebab. Setiap satunya memberi kenangan. Sekarang rasanya dah sampai masanya untuk lupakan semua itu. Sebab yang paling utama, meninggalkan kesemua website tersebut dan kekal pada Facebook yang satu, membuatkan Khai rasa diri lebih dewasa. Tak tahu kenapa.
Apapun terpulang pada diri masing-masing. Kalau kita rasa ianya berguna, kenapa mahu berhenti? Dan kalau dah rasa tak perlu, jangan lagi disimpan-simpan. Contohnya seperti Twitter. Ramai mengatakan yang Twitter hanya digunakan untuk golongan yang gemar membuang masa. Tapi bagi Khai tidak. Khai senang untuk ber’twitter dengan kawan-kawan di internet dan persetankan saja kata orang yang kononnya dia lah seorang yang pandai gunakan waktu. Rasanya Twitter tak effect langsung pada jadual harian seseorang.
Myspace

Khai kenal Myspace pada tahun 2004 ketika masih lagi bersekolah di Tingkatan 4 sebuah sekolah biasa. Ketika itu Myspace baru sahaja setahun ditubuhkan oleh Tom Anderson. Ahli’nya pada ketika itu belum pun sampai beribu (kini puluhan juta). Tujuan utama Khai join Myspace pada ketika itu, tak lain tak bukan hanya untuk pelajari bagaimana cara modifikasi page Myspace menjadi lain dari yang lain (pembelajaran web paling seronok). Pada masa itu, tiada langsung larangan untuk modifikasi profile sampai kita mampu buat profile jadi 100% bukan berada di Myspace hasil dari Division Layout. Myspace pada masa tu pun biasa-biasa je. Takde apa yang menarik macam sekarang malah lebih teruk lagi dengan profile page yang blink sana, blink sini dengan begitu over sekali. Sempat merasa zaman tu? Hehehe.
Akhirnya, selamat tinggal buat Myspace pembekal SPAM No 1 dalam dunia social networking!
Friendster

Khai Join pada tahun yang sama dengan Myspace. Kawan di Friendster lebih ramai kawan-kawan yang Khai kenali secara berdepan terutamanya rakan sekolah dan universiti. Agak tidak berapa selesa bila kawan-kawan sekolah tahu perkembangan diri Khai. Khai juga founder kepada beberapa group di sana terutama group untuk Alumni Sekolah dan Universiti. Alasannya sama seperti Myspace, rasanya dah tiba masa untuk akaun Friendster dibatalkan. Apapun sebelum Khai delete, sempat juga untuk tukar owner bagi kesemua group tersebut.
Tagged

Join pada pertengahan tahun 2007. Atas rayuan kekasih yang sudah tiada. Dan hari ini, tagged mengalami nasib yang sama seperti Myspace dan Friendster. Tiada apa yang menarik dengan Tagged berbanding secial networking yang lain. SPAM SPAM SPAM dari manusia tidak bermaruah. Sesuatu yang tidak dapat dipisahkan buat ketiga-tiga website ini.
Facebook

Buat masa ini tidak akan dipadam. Sebuah web yang sangat menarik dan lebih professional dari yang lainnya. Apa yang lebih menarik, Facebook boleh dimanipulasi untuk lebih mendekatkan diri kepada pembaca blog ini, Oh! Tidak, Oh! Artis dan yang lainnya. Biar apa pun rumor yang tersebar mengenai Facebook, itu tidak penting sebab Khai rasa berapa ramai je yang kurang bijak meletakkan 100% personal data yang betul di sana. Siap akaun VISA semua nak di’isi, apekejadah’nya?
Jadi buat masa ini, owner blog ini hanya mempunyai akaun Facebook dan Twitter untuk berkomunikasi di Internet. Boleh add Khai di Facebook [http://facebook.com/khaixy] dan juga Twitter Micro-blogging [http://twitter.com/ohtweet] untuk berhubung secara lebih dekat. Add la ye jangan malu-malu cipan.Tapi kalau live chat atau message tak reply tu, maaf ye bukan sombong tapi pakcik busy sangat la tu. Hehehe.
Apapun beringat-ingatlah. Social networking ni banyak memberi keburukkan dari kebaikkan. Bila disebut keburukkan, 1001 macam keburukkan mampu difikirkan secara spontan. Kebaikkan nya pula? Hanya mencari teman baru atau lama. Datang yang baru, yang lama pergi. Kalau sekarang kita rasa selesa, suatu masa nanti kita akan sedar. Khai dulu berfikiran begitu sehingga sampai saat yang tidak disangkakan iaitu pagi semalam. Setuju tak? (more…)
Posted on 23 July '09 by KhaiHassan, under Media Sosial. 111 Comments.