Jom Pergi Bercuti Bersama Proton VIP!

Hi guys! Kalau Khai tanya berapa ramai yang hidupnya ada kena mengena dengan Proton, pasti ramai kan? Kalau bukan korang yang gunakan Proton, mesti mak ayah korang, saudara-mara korang, adik-beradik korang atau mungkin jiran korang sendiri. Itu membuktikan yang kita semua lahir dan hidup di Malaysia. Sebuah negara yang membangun dan hebat dengan teknologi pembikinan keretanya sendiri.

Kalau korang perasan, makin lama makin bagus setiap design kereta keluaran mereka. Bukan sahaja design, malah kualiti pembinaan luaran dan dalaman mereka juga bukan kepalang. Apapun, itu bukan perkara utama yang Khai nak ceritakan dalam artikel kali ini.

Artikel kali ini adalah mengenai satu pertandingan yang dianjurkan Proton. Proton VIP (Very Important Proton) Amazing Holidays. Khai pun belum join lagi mungkin lepas je publish artikel ini, nak juga mencuba nasib sebab ianya bukan sahaja terbuka kepada pemilik atau pengguna Proton tetapi sesiapa sahaja.

Kalau tak silap, hanya jawab 2 soalan dan kemungkinan untuk jadi pemenang tu dah ada. Kalau rezeki siapa tahu kan? Hehe. Pusingan pertama untuk pertandingan ini dengarnya telah pun selesai dan enam pemenang telah dipilih untuk ke percutian hebat tersebut.

Rosliza Abu Bakar dari Klang yang merupakan pemilik kenderaan berjenis Proton telah dipilih sebagai pemenang diikuti Tan Siang Loong dari Ampang, Hairul Nizam Abdul Rani dari Kuantan dan Ahmad Radzlan Mohamed Yusof dari Johor di mana masing-masing merupakan pemilik kenderaan berjenama Proton.

Dua lagi pemenang adalah Kong Pooi Yee dari Batu Cave dan Lee Liew Chloe dari Sarawak yang bukan pemilik sebarang jenis kenderaan berjenama Proton. Macam yang Khai beritahu tadi, penyertaan tak kisah samaada kita pengguna Proton ataupun tidak.

Pertandingan ini masih lagi berlangsung dan tinggal lagi 4 pusingan untuk mencari lagi 24 orang pemenang. Kalau Khai menang, tinggal lagi 23 orang la nanti. Haha! Tak sabar nak ke percutian esklusif di Hard Rock Cafe Hotel di Penang, Tanjung Jara Resort di Terengganu atau di Casa del Rio, Melaka. Honeymoon awal beb! Tapi sorang-sorang la =.=’

Hard Rock Cafe Hotel




Tanjung Jara Resort

Casa Del Rio




Jangan lupa join sekali kalau-kalau ada rezeki boleh pergi bercuti sama-sama. Mungkinkah ianya milik korang? Kalau cuba insyaAllah ada rezeki tapi kalau langsung tak mahu mencuba, memang confirm la takde rezeki untuk pertandingan ini. Maklumat lanjut, korang pergi ke website mereka di, www.protonVIP.com.

Pssttt: Khai tak boleh nak join tapi boleh galakkan agar korang join je. Kalau-kalau lah dah join dan menang nanti, jangan lupa ajak cheq sekali naa.. Hehehe.

Ditulis pada 7:00 AM 22 November '11 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,627 views | Dalam kategori: Advertorial | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

14 Comments »

Comment by aPiP
2011-11-22 07:27:55

mcm best jer khai ๐Ÿ˜€ :mrgreen:

..
 
Comment by Omar
2011-11-22 07:58:29

Tempat percutian semua menarik tu, lebih-lebih lagi Hard Rock Cafe Hotel.

Sesuai untuk honeymoon tu walaupun sorang-sorang. Hehe~

..
 
Comment by Fazrol
2011-11-22 10:02:20

Dah try dah… Tak tau menang ke tak… Kalau menang… Mmg best laa… Mmg bulan bertuah bagi aku…

Sbb dalam bln depan aku dah menang satu contest… Tak sabar nak tggu tarikh dia…

..
 
Comment by faez
2011-11-22 10:04:13

cm mne nk join nie nampak cm best je

..
 
Comment by sukacuka
2011-11-22 11:12:12

knp tk ley j0in khai? Kne j0in nie..lau ada rezeki, ley rht kn bdn..amin

..
Comment by Khai
2011-11-22 15:46:52

Boleh je join.. Masuk ke web mereka dan klik pada Contest.. atau klik link ni.. http://www.protonvip.com/contest-info.php

..
 
 
Comment by onretrg
2011-11-23 04:49:43

jirang?bhsa trg 2 khai..hehe jiran

..
Comment by Khai
2011-11-24 17:11:36

Haha. Sekali sekala nak cakap ganu ape salahnye bro. Hahahaa *ayat cover*

..
 
 
Comment by Cik Yana
2011-11-23 06:48:19

wahhh.. menarik tu. cy pengguna proton gak hee. ni nak join gak ni ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by samanosuke_04
2011-11-24 18:04:39

huhu, igtkan promo post tadi.. kontest rupenye.. huhu, aku takde kete lagi nak join kontest2 camnie.. hehe, goodluck khai! ๐Ÿ˜€

..
Comment by Khai
2011-11-26 18:39:47

Takde kereta pun boleh join apa? Guna je kereta member-member ke. Kalau menang, kasi potong dua itu hadiah. hehe

..
 
 
Comment by zool
2011-11-28 03:49:42

Pergh .. cool gak hadiah ni…

..
 
Comment by izhar
2011-11-30 14:14:19

fuh!!!best…pape pun berhati-hati semasa dipantai…tengok ni http://terubukbakar.blogspot.com/2011/11/kerana-terlalu-ghairahartis-ini-disepit.html

..
 
Comment by LilyNrman
2012-04-18 15:00:57

ngeh3x. aku dah pernah pergi casa del rio. memang tip top lah hotel tu. Servis superb! Malam2, bersiar-siar sekitar Melaka, boat ride, melaka tower, jonker walk… Maklumlah, first merasa hotel ni. Itupun, mama I dpt bonus lebih. syukur. Dpt lah merasa duduk hotel mewah ni. We did have our time there.

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post