Hai 2024 & Selamat Tinggal 2023

Salam.
Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk bertemu dengan tahun 2024. Untuk tahun 2023 banyak juga kenangan manis yang dilalui. Bila baca artikel berbelas tahun lalu dalam blog ni, adakalanya Khai ketawa juga. Kalau lah kita boleh baca masa depan kan? Hehe.
Tahun 2024, umur Khai dah pun masuk ke usia 36 tahun penuh bergaya. Mak aih! Hahaha. Bayangkan jer la blog Justkhai ni wujud masa umur Khai 17 tahun lagi. Fuh, itu 19 tahun yang lalu. Mana yang masih baby masa blog ni wujud, sekarang mungkin dah masuk alam pekerjaan pun. Mana yang dulu rajin baca blog ni, mesti anak pun dah berderet-deret kot? Haha.
Camping
Tahun ni, Khai akan mula betul-betul aktif untuk ber’camping semula tapi bukan sekadar camping kosong melainkan untuk mengejar sesuatu. Kali ni bajet yang diperuntukkan untuk barang-barang camping ni Khai pun tak sangka boleh cecah 14k juga semuanya. Jadi Khai anggap pengeluaran tu sebagai ‘investment’ daripada bayar hotel mahal-mahal, apakata salurkan duit tu untuk beli segala keperluan camping sampai lengkap untuk bermain denga nature.
InsyaAllah tahun ni akan lebih aktif bercamping kalau boleh tiap minggu dan dalam masa yang sama, slow-slow capai impian untuk dapatkan tanah yang paling sesuai untuk bangunkan campsite sendiri nanti.
Kalau ada rezeki.
4×4 – Ford Raptor

Bagi melengkapkan projek camping ni, paling penting kita perlukan kenderaan yang sesuai. Jadi September 2023 Khai berjaya untuk beli sebuah kenderaan 4×4 yang akan digunakan untuk 2 tujuan utama iaitu bawa pergi camping ke lokasi yang mencabar sikit dan juga buat khidmat masyarakat. Sepanjang hidup jangan kata pernah ada 4×4 sendiri, naik pun tak pernah. Haha! Harapnya dah ada Raptor ni, jangan lupa beli tanah buat campsite cepat-cepat ye Khai!
Terjun Ke Dunia EV

Dah bertahun-tahun tunggu Tesla secara rasmi masuk ke Malaysia. Dari booking Tesla Model Y pada Julai 2023 terus tukar ke Tesla Model 3 (Highland) yang kemudiannya masuk ke market kita. Memang kalau beli Model Y tu lebih berbaloi sebab dia SUV, tapi memandangkan Model 3 yang masuk ke Malaysia adalah berteknologi lebih baru, Khai tukar booking dari Model Y kepada Model 3. Nak pulak Model 3 yang lebih cepat untuk dapat. Terus rasa no brainer kalau beli Model Y berbanding Model 3 buat masa sekarang.
(more…)















