Scukz Pixel Ads
Scukz Pixel Ads : Click Here
Any Question : Click Here
Scukz Pixel Ads : Click Here
Any Question : Click Here
Posted on 21 November '06 by KhaiHassan, under Istimewa. 14 Comments.

Streamyx oh Streamyx.. kadang kadang jeles aje nengok video mat saleh kat US sana tu guna Internet.. diorang surf internet sebijik macam bukak folder.. Maksudnye klik aje terus keluar.. kalau kat Malaysia ni, korang pon paham sendiri la kan.. dia nye loading mengalahkan menunggu kucing bertanduk. Apesal ye Line internet kat Malaysia ni teruk sangat. Kalau korang pengguna internet, mesti ade pengalaman call operator TmNet Streamyx ni kan? Dah la internet slow & gentle, then tak abis abis plak ngan masalah lembap nak mampus especially masa puncak.
Khai sendiri pon ade pengalaman ngeri gak ngan Streamyx ni. Dari August 2005 sampai la hujung tahun 2005 haritu, khai memang tak dapat guna Internet. Bil bulan-bulan tetap bayar. Khai bukan tak call technician diorang suh fix, dah melambak!! sampai naik menyampah.. bila call aje, sure operator tu akan suruh cara yang sungguh menjelakkan.. Cabut cable network then terbalikkan, cabut filter, dan macam macam lagi. Setiap kali call, itulah yang diorang suruh walaupun kita dah cakap dah buat sebelum ni. Masalahnya, bila kita call balik, bukan operator yang sama angkat tapi operator lain. Dan diorang ni pon ikut je la prosedur tersedia. Akhirnya technician datang rumah. Technician yang datang ni pun satu hal, tak pandai nengok Modem ngan PC. Ape punye Technician diorang hantar ni? Khai cakap kat technician tu, Modem kot yang problem. Tapi diorang cakap, takde kene mengena ngan modem.. so Khai pon diam..
Dah berapa banyak kali technician ni datang, tuhan saja yang tahu. Abis diorang tukar wayer yang menghubungkan tiang telekom ke rumah Khai, tapi tetap tak boleh. The diorang cakap nak tukar cabel bawah tanah plak.. dah abis tukar cabel bawah tanah, tak boleh gak.. Sampai la technician ni naik malas nak setelkan.. Khai takkan nak biarkan sebab bil bayar tapi tak dapat guna. Nak suruh potong Streamyx, alasan diorang, account belum cukup 1 tahun. So tak boleh nak potong.. What the hell? Akhirnya datang sorang technian lain, bangsa India.. dia ni memang cukup bagus.. datang bawak modem je.. then tukar modem, terus ok!!
Ape kejadahnye masalah yang just ‘MODEM’ tu pon makan masa 4 bulan nak setelkan? sampai abis cabel bawah tanah pon dipunggah!! Pendek kata TmNet ni memang tak amik berat soal kemahiran Technician dia ESPECIALLY yang berkhidmat untuk kawasan pendalaman. Memang tak hairanlah bila korang dengar rakaman perbualan antara Customer Streamyx ngan Operator Streamyx ni.. Camana customer tak naik angin ngan operator tu.. tak abis abis ngan alasan yang sama..
[audio:nasty_streamyx.mp3]Download Link : Right click n save link as
Kalau la khai pon perangai macam customer tu.. alamatnye pekak la telinga operator tu kene maki.. tapi masalahnye, customer kene faham, yang operator tu just menjalankan tugas mengikut prosedur yang dia terima. Tak guna gak nak marah ngan diorang.. Streamyx problem pon bukan sebab diorang.. tapi salah… Hehe..
Posted on 14 November '06 by KhaiHassan, under Istimewa. 39 Comments.
Hi.. ramai yang bertanya kat Khai pasal scukz.com ni. Camana boleh buat scukz.com, mana dapat nama Scukz tu dan macam macam lagi la.. ni khai buat la entry khas pasal Komuniti Remaja Masa Kini, www.scukz.com.. Macam ni ceritanya. Dalam tempoh khai SPM tahun lepas, khai masih lagi online sebab time tu kalau tak online sehari, memang beku otak ni. hehe.. Sebelum nak exam Add Math, malam sebelumnya tu khai Study kat rumah member india. Bila nak tercabut kepala study add math tu, kitorang lepak lepak jap la surf internet..
Dia ni pon bukak la satu portal india ni. Kitorang pon usya la ape ada kat portal tu. Then rasa tertarik plak untuk ada satu. Then nengok kat bawah web portal tu, ade link http://**nuke.com .. then khai register la dan di situlah pertama kalinya khai belajar mengendalikan web berasaskan Php-Nuke. Sebelum ni hanya aktif dalam pembikinan blog jer. Macam macam story la khai letak masa tu.. nama domain dia bukan scukz lagi, tapi wacky.eznuke.net. Tak sampai 10 hari dah 1000 user yang join.. tapi yang menjadi masalah masa tu, user komen portal khai tu lembap sangat. Maklumla, dihostkan secara free..
Nak jaga hati user punye pasal, khai pon tanye la kat member member YM kat mane nak beli Domain & Hosting. Then muncul lah saudara ‘Moghammer’ mengsyorkan khai beli dari CGYhost. Khai pon contact la CGYhost ni.. The beli hosting RM80 setahun. Then terus tempah Domain RM40 sekali.. terus je beli Scukz.Com yang masih available. Sebut pasal nama Scukz.Com ni, actually sebutan dia memang berbunyi ‘skaz’ .. tapi sebenarnye Scukz.Com lebih gemar disebut seperti ‘sucks.com’ yang memberi makna korang leh sedut macam macam secara percuma dari sana..
Posted on 7 November '06 by KhaiHassan, under Istimewa. 17 Comments.