Pejam celik, pejal celik.. kejap aje Hari raya dah sampai balik ek? Tahun ni adalah raya kali ke-18 untuk Khai.. dan this is the first year khai berpuasa dan raya tanpa perlu memikirkan ape ape.. maklumla tahun lepas raya pon macam tak raya sebab SPM.. hehehe … pikir pikir balik, dah besar upernye aku ni.. huhu… Ermmm … Sebut pasal raya macam macam kenangan yang kita ingatkan? bukan khai sorang aje tapi pastinye korang pon same.. tak gitu? Bagi khai rasa sejak tahun 2000, raya kat Malaysia ni dah macam tak berapa nak best la.. ape taknye, sejak mercun dan bunga api ni diharamkan, rasa bosan plak…
Pastu kawan kawan yang dulu main bunga api sama sama, sume dah takde.. ade yang dah khawin.. ade yang dah kerja.. My mom dah bising tu suruh pasang Pelita.. tapi khai taknak.. bukannye sebab malas tapi sebab takde semangat.. kalau dulu, satu rumah pasang pelita, semua rumah pon ikut pasang sama.. tapi skang ni, satu rumah pon taknak pasang.. Alahai.. Sedih juga hati ini mengenangkan…
Lagi satu kat tempat khai dah takde pon generasi budak budak ni.. yang ade pon ramai pompuan aje.. diorang ape tau.. duduk umah aje la buat kuih raye.. huhuhu…. Kalau time khai dulu, wah memang best gile… macam macam projek khai buat ngan kawan kawan.. baling mercun masuk tingkap rumah orang la, baling mercun kat orang naik motor la dan macam macam lagi la.. memang jahat nak mampos.. eh bukan jahat, tapi nakal.. hehehe …
Teringat plak kenangan jalan ramai ramai ke masjid ntuk solat terawikh.. skang ni kalau pergi terawikh pon, sorang aje naik motor.. abis solat, terus balik.. (macam pergi) nak makan more pon dah takde semangat.. maklumla takde kawan kan… Khai ni memang jenis buat ape pon mesti ade kawan.. pemalu nak mampos.. ape nak jadi pon tak tahu ar..
Dikesempatan ni nak mintak maaf dari y’all kalau ade salah dan silap tu.. mungkin ada salah faham di antara kita kan.. maklumla, kat dunia internet ni, kita bukan dengar suara.. tapi baca tulisan.. terpulang pada orang yang baca tu, nak baca dengan nada marah atau suke.. tapi kalau korang kenal khai, korang tahu la sapa khai.. Kepada x-schoolmates tu, aku betul2 rindukan korang.. thanks la sebab ramai gak yang datang rumah khai time khai cuti cuti ni.. tapi raya nanti jangan lupe plak datang rumah okies…
Tidak dilupakan kepada semua user di scukz.com .. terima kasih kerana menyokong scukz.com sehingga kini. Jasa korang tuhan saja yang dapat balas… kawan2 kat Limkokwing University, korang tak tahu rumah aku kan? kalau nak datang gak raya, datang la.. korang ade alamat dia kan? pandai pandai la cari.. kalau call aku cakap sesat, lantak korang la.. tido la kat kaki lima tu.. hehehe …
Okies… Semoga Hari Raya Aidil Fitri yang akan tiba ini memberi sinar baru kepada kita semua.. InsyaAllah..
Posted on 24 October '06 by KhaiHassan, under Istimewa. 20 Comments.
Assalamualaikum..
Tension + Bengang + Pasrah!!. mana taknya, adela seorang hamba Allah ni (actually 2 orang) yang hack ID Yahoo! Khai .. so dia dah tukar password ID tu sekali.. so sad la sebab email tu khai gunakan untuk kegunaan rasmi especially kat University tu.. Lepas ni terpaksa menyusahkan diri sket naik kat bahagian admin, tukar email semua balik.
Kenapa ade orang macam ni? sudah la hack ID kita, then buruk burukkan kita plak melalui YM. Bila orang PM, dia cakap kasar. Thanks kepada semua sebab dapat tangkap perangai khai bukan macam tu. I never rude to people and sapa sapa saje PM khai, pasti khai akan layan dengan baik. Tak tahu la kenapa id “scukz” tu yang jadi pilihan dia. Allahualam.
Tak pastilah dia guna software ape untuk kegiatan tak bermoral ni.. Menurut member khai, memang ade software yang mampu mencuri ID Yahoo korang beserta password. Dan bila dia dah tukar password lain, automatik ID tu bukan milik korang lagi. Maybe dulu kat sekolah, time subject agama aje, dia panjat pagar kot.. lari balik rumah.. Hope Yahoo! Inc dapat detect kegiatan tak bermoral ni.
Bangsat tu kasi Khai pilihan samaada nak kasi Topup RM50 atau ID Yahoo khai tu dia takkan pulangkan. I’m not stupid to layan people like that yang macam setan tu. Memula memang nak kasi, tapi khai mintak ID khai first. tapi dia x kasi.. dia nak topup tu dulu.. I’m not stupid la untuk ikut cakap kau!!! setakat RM50 tu, InsyaAllah aku boleh kasi, tapi bukan mengikut syarat bodo kau tu…
Okla.. lepas ni sapa yang mengenali khai jangan PM khai melalui ID atau email : scukz@yahoo.com .. sila add khai menggunakan email yang baru ..

apepon esok dah raya.. terpaksa khai simpan rasa kekecewaan ni dalam dalam.. Selamat Hari Raya semua… Maaf zahir dan Batin..
Posted on 23 October '06 by KhaiHassan, under Istimewa. 34 Comments.