Bosan-bosan di pagi Sabtu ni rasa nak manulis tapi tak tahu nak update pasal apa. Disebabkan baru je lepas transfer gambar dari dlsr terus ke dalam iPhoto, so Khai ambil kesempatan ini untuk berkongsi gambar dan info mengenai Apple Battery Charger. Ala apa sangat pun setakat charger bateri je kan? Tapi baik la korang baca mana tahu suatu hari nanti, korang guna produk yang kuat telan bateri so korang boleh consider untuk beli charger bateri dari Apple ni.
Harganya murah sahaja, RM99 dan boleh didapati di mana-mana reseller Apple berhampiran. Macam Khai, dah terlanjur ke Lowyat petang semalam sebab nak repair lens dslr yang dah tak boleh nak auto-focus, teruslah singgah jap kat Mac Studio.
Sebelum ni, Khai beli satu charger bateri ni harga sampai RM140 something dekat Jusco AU2. Dalam pakej hanya diberi 2 bateri sahaja. Puii kedekut. Dah la mahal, design dan packaging poyo nak mam..tutt!!. Apesal la boleh tak terasa nak beli Apple Battery Charger ni awal-awal ek? Aiyark! (more…)
Posted on 18 June '11 by KhaiHassan, under Apple, Review. 46 Comments.
Salam guys. Dah lama tak buat review apa-apa device kat sini. Jadi pada review kali ini, Khai akan tulis sikit mengenai Apple Time Capsule yang baru dibeli petang tadi di Machines, Midvalley. Apemende Time Capsule ni? Ok jangan risau kerana review ini akan dikeluarkan secara ringkas sahaja untuk pengguna produk Apple terutamanya dan juga para pengguna Windows kerana pengguna Windows juga boleh menggunakannya tapi macam biasalah, pastinya banyak kelebihan untuk pengguna Mac.
Time Capsule dikategorikan sebagai sebuah aksesori oleh Apple sebagai satu peranti tambahan kepada Mac dan PC. Dicipta untuk mengutamakan fungsi Backup kepada pengguna dan juga sebagai router modem. Senang cerita ianya adalah sebuah Wireless External Hard Disk + Wireless Router Base Station. (more…)
Posted on 21 May '11 by KhaiHassan, under Apple, Review. 25 Comments.
Teaser: Kalau korang ternampak paparan grafik macam ni di mana-mana, apa yang terus terlintas di pemikiran korang? Selalunya pemikiran kita akan terus kepada perkara yang negatif. Tak ramai yang bila melihat perkara ini sebagai seuatu perkara yang tak mustahil dan tak pernah mustahil. Tapi takpe, teruskan membaca artikel ini. Khai akan padamkan pemikiran negatif yang ada dalam diri dan masyarakat kita hari ini..
Assalamualaikum buat para pembaca Justkhai yang terchenta. Hehe. Untuk entri hari ini, harap Khai dapatlah mengambil sedikit masa korang semua untuk baca mengenai satu program ini yang dipanggil 20 ribu 20 hari. Sejauh mana kebenarannya? InsyaAllah Khai akan ulaskan sedikit dari apa yang Khai faham.
Zaman sekarang ini, program-program macam ni sememangnya menjadi pilihan ramai untuk mencuba. Apapun hati-hati, diantara banyak yang betul itu, lebih banyak lagi yang menipu. Jadi untuk sertai sebarang program, sila fikir terlebih dahulu baik-baik dan rajin-rajinkan diri buat research. Pastikan pemilik program tersebut berani tampil diri dengan memperkenalkan dirinya dahulu, barulah korang tak teraniaya menjadi salah seorang mangsa program scam. Apa yang akan Khai tulis dan perkenalkan ini, bukan berkaitan dengan MLM, skim cepat kaya mahupun pelaburan bodoh, tetapi lebih kepada bisnes infoproduk (penjualan ebook, video, audio di internet dipanggil infoproduk) internet yang sebenar. Segalanya berkaitan internet.
Khai juga nak beritahu, yang artikel ini bukanlah ada udang disebalik batu. Sesetengah blogger, menulis artikel perkongsian di blog, untuk membuat keuntungan dari link referral atau sebagainya. Tapi untuk makluman pembaca, Khai takkan buat macam tu di blog Justkhai ini. Jangan risau kerana artikel ini dikeluarkan sekadar sebuah perkongsian maklumat sahaja.
Berbalik kepada program ini, Khai ada berhubung dengan pemilik program ini iaitu Encik Suthan M. Kepada yang tidak mengenali siapa beliau, beliau adalah seorang Pakar Perniagaan Internet dan juga Pakar Perniagaan Antarabangsa yang perniagaannya bertapak di Kajang di bawah nama syarikatnya, Ideasia Consultancy. Beberapa kali muncul di akhbar tempatan di atas kejayaan perniagaan internetnya di Malaysia dan luar negara (lihat keretan akhar The Star ini) atau lihat lebih banyak bukti di website rasmi program ini.
Kalau korang baca sedikit cerita kisah hidup dia di websitenya, pasti akan timbul rasa kagum dengan apa yang telah dilakukannya. Daripada dahulunya seorang kuli basuh kereta di sebuah stesen minyak di Johor yang dikerah bagaikan hamba, hari ini dia adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya dan disegani. Umur 23 tahun dah pakai BMW lagi tu. Khai umur 23, baru nak beli Kia Forte. Huhu.
Rilek, artikel ni panjang lagi. Khai takkan buang masa untuk tulis kalau artikel di blog ni tiada pengisian apa-apa. Jadi, teruskan pembacaan korang ya.. (more…)