Terhina dan lebih menghinakan

Salam Tahun Baru buat semua pembaca Justkhai dan Oh! Media yang beragama Islam. Kalau tahun baru masihi kita boleh pasang azam baru seperti nak ada kerata, nak kahwin, nak lebih kaya, nak jadi lebih kacak or whatsoever, bila tahun baru Hijrah ni apa kata kita pasang azam yang lebih ke’arah akhirat sikit? Contohnya taknak tinggal solat, nak menikah instead of bawak anak dara orang kehulu-kehilir (awek la tu) atau apa sahaja yang lebih baik. Pesanan untuk diri sendiri jugak sebenarnya ni. Haha!

Ok slot Khai membebel macam seorang ibu beranak 10 (semua lelaki pulak tu. Sigh~) kali ni bukan lagi pasal disebalik tabir seorang blogger. Nanti bosan pulak pembaca Justkhai yang tak heran langsung pasal blog. Ada juga orang yang rajin layan lambakkan blog kat internet ni tapi langsung tak minat untuk ada blog sendiri kan?

Khai pelik lah. Kepada korang yang beragama Islam pernah tak nengok artikel-artikel di blog lain atau di Facebook sebagainya dengan artikel yang menghebohkan tentang penghinaan agama Islam? Contohnya letak gambar, video atau sebagainya yang boleh mendatangkan ketidak-senangan kepada penganut agama Islam yang melihatnya? Khai selalu perasan dan kalau sempat Khai tegur. Kenapa Khai rasa bertanggungjawab nak tegur? (more…)

Posted on 19 December '09 by , under Istimewa, Motivasi. 95 Comments.

Persepsi diriku pada masyarakat India

Berbanding dengan Hari Raya dan Tahun Baru Cina, Khai tak berapa nak alert pasal Deepavali ni. Semalam dengar pom pam pom pam bunyi mercun, baru tanye member apejadah orang main mercun pulak ni. Member Khai cakap esok Deepavali la dowh!

Lah! So hari ni dah Deepavali la yer? Happy Deepavali buat pembaca Justkhai ni yang menyambutnya. Ada ke orang india baca blog ni? Ada kot, kita je yang tak tahu. Khai ni penganggur terhormat, so lagi la tak tahu pasal cuti-cuti sambutan perayaan ni kan. Kalau korang yang masuk kerja 9 hingga 5 petang tu boleh tak tahu, maka memang patut ditampar laju-laju. Hehehe.

Tak best pulak setakat nak wish je. So cerita sikit apa tanggapan Khai pada kaum india di Malaysia sebelum ini dan selepasnya. Harap kalau ada kaum india yang baca tu, jangan ambil hati la ye? Ikhlas lahir dari hati.

Ok, sebelum ni bila sebut je pasal orang india terus kepala hotak yang berjambul ni, akan terlintas india ni gelap, busuk, pelik, gangster, kaki mabuk, serabai, poyo, cakap berbeli dan baju warna tak matching. Wow, amat jahat di situ. Maka dari masa ke semasa, berlaku sedikit demi sedikit perubahan zaman dan pemikiran dari diri Khai sendiri.

Apa tanggapan dalam kepala Khai sekarang bila bercakap mengenai orang India? (more…)

Posted on 17 October '09 by , under Hidup Khai, Motivasi. 102 Comments.

Ada Apa Dengan 1Malaysia?

Tak tahu apesal tangan ni rasa gatal je nak update blog. Haha padan muka korang. Dulu bila tak ber’update sibuk suruh update, sekarang dah ber’update tak renti-renti, korang plak mengeluh sebab terpaksa nak baca jugak. Kan kan? hehehe!! Khai rasa happy dan dihargai bila ada yang email cakap dah baca habis semua entri dalam blog ni dalam masa beberapa jam. Ada yang tak tido baca start pukul 10 malam sampai 6 pagi. Fuh! mental ke ape korang ni? So pada yang baru terjerumus masuk ke blog ni, boleh la cuba-cuba baca entri yang lepas. InsyaAllah dapat la sesuatu yang tak disangka-sangka kan?

Apa yang buat Khai sendiri rasa menarik dengan blog pink ni, bila blog ni takde niche yang di’khususkan. Kiranya semua perkara dalam 1 blog. Ini pun dikira menyahut seruan kerajaan untuk 1 Malaysia la iye tak? Hehe. Blog ni juga sebenarnya menjadi bahan rujukan Khai untuk perkara-perkara yang dah lepas. Kadang-kadang bila Khai baca balik entri-entri lama, rasa macam baru je terjadi. Nengok tarikh entri tu, leW!! dah dua tahun rupanya. Terus tersenyum sendiri macam orang gila. Untuk yang takde blog tu, jangan memperlekeh akan kewujudan blog since korang tak pernah rasa mempunyai sebuah blog.

See! Ni la yang jadi bila tangan gatal nak update, tapi tak tahu nak update pasal ape. Kan dah membebel macam mak nenek. Hahahah!! Nasib tulisan je, kalau guna suara, mahu bernanah telinga korang nak mendengar.

Ok disebabkan dalam entri ni ada menyebut pasal 1Malaysia, so meh Khai kongsi perlbagai one lain yang paling terbaik. Rolf!!

1Wallpaper

Ini wallpaper yang korang akan nampak di Apple iPhone. Hakikatnya, ianya bukanlah milik Apple Inc tetapi digunakan dengan izin oleh Apple untuk wallpaper rasmi bagi iPhone. Jadi download wallpaper kat bawah ni untuk letak di desktop korang pula. Nama ikan tu Clown Fish tapi Khai panggil dia Nemo je since ikan ni famous gila lepas berlakon filem Finding Nemo. Hehehe.

clown-fish-wallpapers_5182_2560x1600
Clown Fish Wallpaper | 2560 x 1600 | 500kb

1MP3

Mula-mula tercari-cari jugak apa MP3 paling best dalam dunia ni untuk di’share dengan korang. Tengah cari punya cari, terjumpa (more…)

Posted on 25 June '09 by , under Blog. 57 Comments.