Review: Apple Time Capsule

Salam guys. Dah lama tak buat review apa-apa device kat sini. Jadi pada review kali ini, Khai akan tulis sikit mengenai Apple Time Capsule yang baru dibeli petang tadi di Machines, Midvalley. Apemende Time Capsule ni? Ok jangan risau kerana review ini akan dikeluarkan secara ringkas sahaja untuk pengguna produk Apple terutamanya dan juga para pengguna Windows kerana pengguna Windows juga boleh menggunakannya tapi macam biasalah, pastinya banyak kelebihan untuk pengguna Mac.

Time Capsule dikategorikan sebagai sebuah aksesori oleh Apple sebagai satu peranti tambahan kepada Mac dan PC. Dicipta untuk mengutamakan fungsi Backup kepada pengguna dan juga sebagai router modem. Senang cerita ianya adalah sebuah Wireless External Hard Disk + Wireless Router Base Station. (more…)

Posted on 21 May '11 by , under Apple, Review. 25 Comments.