Nak beli iPhone 5 atau tidak serta yang terkini tentang Oh! Media

So, keynote iPhone 5 baru sahaja habis di mana menyaksikan bukan sahaja iPhone 5 yang dilancarkan, tapi mengenai iPod Nano, iPod Touch dan tidak ketinggalan, sekali lagi iOS6 diperkenalkan tetapi tidaklah terlalu mendalam kerana dah diperkenalkan sebelum ini. Benda yang aku paling tunggu bukanlah iPhone 5 sebenarnya, tapi lebih kepada iOS6. Katanya, 19 September 2012 ni iOS akan dilepaskan untuk pengguna. Memang tak sabar nak update kat iPhone dan iPad. Dari segi UI dia, no komen sebab tak banyak berubah tapi dari beberapa apps dalam tu yang aku rasa banyak manfaat untuk diri aku sendiri seperti Passbook dan Maps dengan navigation.

Well, aku rasa banyak benda lagi tak boleh nak pakai kat Malaysia. Tapi tunggu la bila iPhone 5 dah masuk sini nanti, baru tahu. Bodoh la kalau Apple keluarkan sesuatu yang tak best berbanding yang pernah dia keluarkan. Cari pasal la namanya tu. Dari segi design, surprise tu memang takde lah sebab gambar yang leak beberapa bulan sebelum ni memang betul tu iPhone 5. Sebab tu aku tulis kat Twitter, kalau Steve Jobs masih hidup, dah kena lempang dah si Tim Cook ni. Hehe. Gurau-gurau aje sebabnya sebelum tu lagi aku dah cakap mungkin Tim Cook ada cara dia yang tersendiri. Buat apa dia nak ikut cara Steve Jobs kan? Tapi aku lagi prefer cara Steve Jobs dan Apple yang selama ni sedikit berahsia sehinggalah betul-betul pada hari pelancarannya. Itulah benda yang tiada pada jenama lain kecuali Apple di mana satu dunia menantikan dan memperkatakan tentangnya. (more…)

Posted on 12 September '12 by , under Apple. 62 Comments.