Aku dan hari ini – Part 1
Hari ini seperti kebiasaannya sejak 2 tahun yang lalu, aku tidur selepas waktu subuh. Di kala matahari mengintai-ngintai dari bawah tanah. Cuma dalam tempoh masa 100 hari sebelum ini, aku akan tidur selepas pukul 7 pagi. Di mana selepas aku kejutkan si dia suruh bangun pergi kerja. Jangan malas-malas. Hehe.
Pukul 10 macam tu aku bangun dan online kejap nengok apa yang menarik (time-time ni terhasil’nya web “oh oh” yang korang rajin leparking tu. Bila nengok jam macam dah terlambat, bingkas aku bangun pergi mandi. Aku kalau mandi je mau makan masa 20 minit. Tak caya tanya la member-member aku. Syok oo mandi shower lama-lama kan. Nasib rumah aku takde kolam renang. Kalau tak mau 20 jam baru siap mandi. Haha!
Then terus gerak ke Plaza Lowyat dengan penuh malas’nya. Aku memang rasa nak lompat-lompat bila dah sampai Lowyat tu. Dengan event CSL yang super-meriahnya lagi (Gambar kat atas tu). Tapi perjalanan nak sampai sana tu, masyaAllah! Tuhan saja yang tahu. Sampai sana, aku terus ke HP tingkat paling atas sebab Sabtu lepas aku hantar Merlot Jr tu pergi repair. Problem’nya sikit je dekat button A keyboard tu. Button A tu korang tak payah tekan dah, sentuh sikit je dah keluar. Kiranya terlalu sensitive sangat sampai kerap jadi typo (double A’s). Aku hantar HP kat Lowyat. Then HP Lowyat hantar ke HQ kat Damansara sana tu. Diorang janji dalam masa 2 minggu tapi baru 6 hari dah setel. Terima kasih daun keladi. Kalau nak cepat, kita pergi sendiri ke HQ tu dalam 2 jam dah siap.
Dah sampai Lowyat, tak best la kalau pergi terus balik kan. Aku pun usya-usya game PS3 kot-kot ada yang baru. Tapi malangnya semua yang lama. Nak beli PlayStation Move, boleh habis stok pulak kan. Suruh tunggu lagi 2 minggu. Kalau korang dah ada PS3, dalam RM400 macam tu korang dah boleh layan PSMove. Tapi harga PS3 dah murah la sekarang. Time aku beli dulu, RM1299 untuk 120GB. Cuba nengok gambar kat bawah ni dah berapa sekarang? Harga sama tapi kapasiti dia jauh lebih besar. Berganda! Ciskek! (more…)