Polis & Mitsubishi Evolution 10 nya (siap sticker)

Iklan Oh! Tidak
Mari main game tendang Norman Hakim dan Memey.


Tiga hari tak update blog rasa macam ada yang tak kena. Rasa hari-hari yang dilalui macam ada yang tak cukup rencah je. Kepada pembaca Justkhai, I’m Sorrryyyy… Haha tag line si Amir Raja Lawak yang hakikatnya, adalah Raja memperbodoh diri sendiri. Nasib kau nombor 3 Amir. Aku rasa macam nak buat kenduri doa selamat je kau kalah. Untuk Sepah dan Jihan, tahniah dan all da best untuk hari mendatang.

Sebenarnya bukan blog ni je yang tak berupdate 3 hari, tapi semua direktori such as Ohtidak & Ohartis pun tak ber’update sama. Ni semua gara-gara Mr labi-labi Streamyx buat hal ikut suka mak bapak depa jer. Dekat 3 hari tak boleh masuk internet rasa macam nak gila. Nasib tak sampai hantuk kepala kat dinding je lagi. Tmnet pun satu, langsung tak hormati hak pengguna. Customer call baru nak kasitahu problem. Kalau tak call, haram!! Rasa macam nak mintak rebet je bil bulan ni.

Mr Ananda Krishnan, aku rasa korang kena tambah lagi perkhidmatan korang la. Buat internet plak. Kasi jahanam sama Tmnet tu. Bayangkan internet lepas ni boleh sambung wayar kat Dekoder tu je. Pergh!! Liputan takyah cakap la. Celah kampung mana pun, semua boleh layan Astro beb! Bapak kencang dia punya coverage kan? Tapi ada satu yang tak best kalau Astro dah buat perkhidmatan internet nanti. Tahu ape? Hujan belum turun, baru angin sepoi-sepoi bahasa, dah internet tak boleh guna. Ikut jejak Astro yang sekarang lah kan? hahaha. Lagi teruk kena maki hamun dari si labi-labi Streamyx nanti kan?

Korang ingat lagi tak entri kat Justkhai sebelum ni mengenai kereta baru Incik Polis Sentri, Mitsubishi Evo X?

Diorang kata tujuan kereta tu untuk Under cover dulu kan? Sekarang ni apa sudah jadi? Terang lagi bersuluh nak kasitahu yang polis sekarang dah ada Evo jugak. Hebat melaram ye cik abang polis kita ni. Under cover ke, underware? Haha.


(more…)

Posted on 8 March '09 by , under Hidup Khai, Tergempar. 69 Comments.

Polis & Mitsubishi Evolution 10 nya

Orang kata:
– Polis skang dah pakai Mitsubihi plak da.. makin banyak la yang nak kene keluar duit poket lepas ni (bayar rasuah).. Maklumla kereta tu maintenance tinggi. Tak pun makin ramai la yang kena saman.

Khai kata:
– Wah leser betul. Ada yang kene ganyang ngan polis mulut korang ni nanti. Tapi ada betulnya jugak tu. EH! tak tak.. ampun ampun.. Polis cepat, mesra dan betul lah. Itukan slogan diorang. Hurm, kalau korang kena saman, dah itu memang salah korang. Bayar aje la!

Orang kata:
– Sakit la mat rempit lepas ni nak lari dari polis.. camne anak aku nak jadi mat rempit berjaya ni? Aku kan bapak yang mithali..

Khai kata:
– Ke polis join rempit skali?

Orang kata:
– Diorang guna kereta ni untuk escort VIP-VVIP kot…?

Khai kata:
– Tanye aku pesal.. tanye la diorang.. tapi kalau betul la untuk escort VIP, itu satu keputusan yang paling bijak pernah dibuat polis.. Nape tak escort pakai jet pejuang jer? Lagi mahal dan laju kan lagi bagus. Rakyat gak yang papa kedana.

Orang kata:
– Ah sudah la ko Khai. Gi lantak depa la nak guna kereta apa pun.. Ko ni aku cakap bangang kang ko marah. Tapi ko memang bangang pun.. Hahahaha :p

Khai says:
– Alhamdulillah… =.=’

Haha. Inilah dia Evo yang dikhabarkan ingin dibeli PDRM dan kini dah pun boleh digunakan. Ramai yang kata kereta ni bertujuan untuk kegunaan “under cover”. Mungkin korang takkan nampak lambang PDRM melakat dekat Evo 10 tu nanti. Tapi Khai wonder, kalau nak under cover, habis buat ape letak siren? (more…)

Posted on 9 February '09 by , under Hidup Khai, Tergempar. 77 Comments.