Tutorial: Menyahut Seruan Live Blogging

Untuk kawan-kawan yang ada follow Khai di Twitter, perasan la kot yang Khai pun dah ada blog khas untuk Live Blogging. Live blogging ni sangat seronok. 100% gunakan handphone untuk blogging. Snap gambar, tulis artikel dan terus MMS. Terus masuk ke blog untuk di’baca followers. Mana-mana tempat dalam pelusuk dunia pun even takde internet tak jadi masalah lagi nak ber’blogging wei. Antara beberapa blogger tempatan yang menggunapakai cara ini ialah knizam, Kreuger dan beberapa lagi yang lain (sila promo sendiri kat bahagian komen eh..)

Berbanding mereka, Khai tak nak sepahkan blog yang korang baca ni dengan Live Blogging sebab adakalanya entri tu terlalu zero. Faham kan which is nothing to share lor.. just personal.. sigh~ Jadi Khai setup satu lagi blog baru khas untuk Live Blogging ni. Jadi blog Justkhai ni khas untuk update yang mungkin berguna secara terus dari laptop dan yang satu lagi ni, khas untuk mo-blogging sahaja. Teehee! Apa address’nya? Klik gambar kat bawah ni.

Cuma tukarkan /blog ke /live untuk masuk blog tersebut. Ada permintaan yang suruh Khai ajarkan cara untuk Live Blogging ni. So, here we go.. (more…)

Posted on 24 August '09 by , under Istimewa, Tutorial. 110 Comments.

Imageshack VS Photobucket VS Flickr – Mana satu pilihan anda?


Ok, blog dah kembali sihat, mula’lah tuan dia gatal nak share something dengan readers. Korang kenal apa itu Imageshack, Photobucket dan Flickr (disebut flicker)? Ya, semua tu adalah Free Image Hosting yang paling popular atas muka bumi ni. Kalau ada yang tak kenal atau mungkin baru pernah dengar, sah lah memang korang patut terima jawatan AMN dari Yang di Pertuan Agung. Bukan Ahli Mangku Negara tapi Aku Masih Newbie. Hehehe.

Untuk pengguna Blogspot, rasanya korang tak perlu kisah pasal free image hosting ni, kerana di Blogspot dah tersedia tempat untuk korang upload file kan? Ini berbeza untuk sesebuah blog self hosted yang mempunyai ramai reader, bandwidth selalunya menjadi penghalang yang paling besar untuk kelancaran sesebuah blog. Lebih banyak gambar yang dihoskan sendiri, lagi ligat bandwidth bergerak. Itu belum kira gambar yang diambil orang mereka yang tak bertanggungjawab dengan meletakkan di blog tanpa proses download dan upload semula (hotlinking orang panggil).

Selain dari bandwidth, gambar yang di’load oleh ramai orang dalam satu-satu masa akan meningkatkan peratusan load server yang memungkin’kan hosting korang akan disuspend oleh pihak hosting. Kerana itu ramai perlu mencari cara lain untuk host’kan gambar di internet biarpun leceh sedikit berbanding upload terus dengan begitu mudah melalui WordPress kan? Antara blog Khai yang yang terpaksa menggunakan free image hosting adalah Oh! Tidak dan Oh! Artis di mana dua web tu sememangnya menerima banyak hit setiap hari dan memang banyak sangat gambar yang ada kat sana. Tapi soalnya, Photobucket, Imageshack atau Flickr? Jom kita detail’kan satu persatu. (more…)

Posted on 1 April '09 by , under Tutorial. 54 Comments.