Hurm, manis alam perkahwinan ni. Siapa yang dah lalui alam perkahwinan mesti faham kan? Dalam manis tu, kadang-kadang ada masamnya. Ala macam cerita Ramlee Puteh, Masam-Masam Manis tu. Hehee. Dalam kegembiraan hidup berumahtangga, kadang-kadang tu ada dugaan yang akan sampai. Tapi berbalik pada kita nak tempuh dugaan tu bagaimana. Kalau tak pandai nak tempuh, itu yang sampai bercerai-berai. Minta dijauhkanlah perkara yang dibenci Allah ni.
Dari dulu biasa dengar orang kata, best hidup dah berkahwin ni. Bila diri sendiri dah lalui, terdetik di hati “kalau tahu best macam ni, awal-awal lagi aku dah kahwin kot!!”. Hahhaa. Tapi itulah semua orang kalau boleh nak kahwin awal kan? Benda senang je kalau ikutkan tapi dunia hari ni yang jadikan perkahwinan tu satu perkara yang susah. Rata-rata yang belum kahwin beri alasan belum jumpa jodoh atau calon yang sesuai tapi rata-ratanya belum bersedia atas faktor kewangan dan pelbagai lagi. Hurm memang, nak kahwin zaman sekarang ni memang pakai duit yang banyak. Buat kecil-kecilan pun tapi nak jamu orang makan tetap pakai duit. Tapi hakikatnya, buatlah ikut kemampuan kita. Cari redha Allah, bukan cari redha manusia. Bersederhanalah dalam perkahwinan biarpun kita mampu sekalipun kerana dari kesederhaaan itu datangnya redha Illahi. (more…)
Posted on 17 March '13 by KhaiHassan, under Hidup Khai, Istimewa. 34 Comments.
Perjalanan blog ini nampaknya terlalu banyak catatan kehidupan seorang Khai. Bermula dari Khai masuk belajar di universiti dahulu tension dengan assignment, mula belajar bercinta, mula mengenal erti sebuah kerjaya, jatuh bangun, putus cinta, putus harapan, jumpa pengganti dan pada artikel ini, semua itu sampai ke penghujungnya. Kisah-kisah yang tidak akan bermula semula melainkan segalanya akan bermula dengan kisah baru seorang lelaki yang mencuba untuk menjadi seorang suami yang terbaik di dunia.
Alhamdulillah, hari ini dah dua minggu lebih Khai hidup bergelar seorang suami kepada si cantik manis pilihan hati, isteriku yang tersayang. Perkenalan kurang 2 tahun telah diikat dengan status tunangan orang dan 8 bulan kemudiannya, disatukan menjadi pasangan yang diredhai Allah. Well, mestilah sekali lafaz aje kan? Hahaha. Kata orang, kejayaan seoarang suami bermula dengan sekali lafaz di majlis pernikahannya. Eh? Ah lantaklah yang penting aku sekali lafaz je. Hahaha! YAY!
Isk, saya sangatlah tak suka naik pelamin. Kalau boleh takyah pelamin pun takpe tau.. Fuuu..
Bini ambe sebelum akad nikah..
Ini antara gambar hantaran (hadiah) dari kedua-dua belah pihak. Pihak lelaki dengan tema hitam putih dan perempuan dengan tema biru keemasan. Si dia tak kasi upload gambar hantaran ni, tapi Khai nak upload juga sebagai tanda kenangan kepada diri Khai sendiri. Itulah motifnya kewujudan blog ini pun pada asalnya. Hehe. (more…)
Posted on 13 February '13 by KhaiHassan, under Hidup Khai, Istimewa. 119 Comments.