Ada apa dengan Apple iPad 2?

justkhai-ipad2- review

Salam guys,

Mungkin ramai yang dah tahu pasal iPad2 ni kan? Atau ada antara korang yang dah baca review di projek web terbaru Oh! Media iaitu Oh! AppleMY. Tapi takpe sebab tu lain. Oh! AppleMY tu memang web pro Apple. So meh la baca review versi seorang Khai pula. InsyaAllah segala kelebihan dan kekurangan akan Khai ceritakan.

Terlebih dahulu, kepada pembenci Apple di luar sana, kalau korang ke entri ni untuk buat kecoh tak tentu pasal, dipersilakan main jauh-jauh. Tapi kalau korang pembenci Apple dan ke entri ni untuk berkongsi tentang kehebatan produk lain (pesaing iPad2) tanpa memburukkan produk Apple, anda memang dialu-alukan. Cubalah lebih professional dan tolong hormati minat orang lain. Kalau anda tak minat, mungkin orang lain minat. Jadi jangan merendah-rendahkan minat orang lain bagi memuaskan hati sendiri.

Dalam minggu lepas, Khai beli iPad2 ni di Lowyat. Harga memang agak mahal sikitlah since iPad2 memang belum masuk pasaran Malaysia. Tapi di Plaza Lowyat tu, ada la beberapa kedai yang dah jual iPad2 ni. Walaupun US set, tiada apa yang berbeza pun kecuali dia punya plug je korang dapat US punya power chord. Tapi tu bukan masalah besar, sebab produk-produk Apple ni korang charge guna USB port kat lappy, habis cerita.

Sebelum tu, lihat gambar-gambar ini terlebih dahulu. Ianya berkaitan dengan artikel yang akan disampaikan ini. Tiada caption akan dikeluarkan sebab Khai rasa korang semua akan faham sendiri kot? Hehe.. (more…)

Posted on 5 April '11 by , under Apple, Gadget, Review. 219 Comments.