Kecantikan sebenar bukan pada alat mekap!

Fuh, lama tak update Justkhai. Oleh kerana Justkhai ni pembaca wanita lebih ramai dari pembaca lelaki, teringin juga sesekali nak tulis pasal produk kecantikan. Khai sememangnya dari kecil dibesarkan dikelilingi 4 orang akak dan seorang abang. So kalau cerita pasal soal kecantikan wanita ni, bukanlah satu isu baru dalam diri Khai. Maskara ke, gincu ke, semua dah pernah try. Kena ragging dengan akak-akak pun ada dulu siap kena pakai tudung (gambar simpan sampai sekarang tu). Hahaha.. sabar ajelah. Nasib tak jadi nyah. Awww.. wakaka!

Tapi entri kali ni bukanlah mengenai alat kosmetik dan sebagainya. Pernah dengar orang cakap “awek tu cun siot.. natural beauty!!“. Haa itulah dia kecantikan sebenar. Ramai lelaki zaman sekarang ni terpikat dengan seorang wanita dari luaran mereka sahaja. Oleh kerana mekap tebal, maka cukup indah dipandangan mata sang lelaki. Hakikatnya, lepas bercouple, still muka tebal dengan mekap dan semuanya palsu. Akhirnya, Muka tanpa mekap baru dapat dilihat pada malam pertama. Wohha! Macam hantu! Terus tak berselera. (more…)

Posted on 21 January '11 by , under Advertorial. 30 Comments.

Persepsi aku pada Apple dan Produknya – Part 1

Dulunya, barangan jenama Apple bukan siapa-siapa untuk aku. Kalau ada orang story pasal Apple dengan aku, sumpah aku tutup telinga or buat benda lain semata-mata malas nak melayan. Lalu depan Machines or Mac Studio pun, aku buat kedai tu macam tak wujud je. Langsung tak nak singgah nengok apa-apa yang menarik. Dan persepsi aku pada Apple ketika itu, amat teruk sehingga pada aku jenama Apple dan produk mereka hanya propa dan hoax semata-mata. Dan sehingga banyak perkara membuatkan persepsi aku berubah.

Pada yang dah lama mengenali aku dan blog ini, pasti tahu yang blog Justkhai ini adalah blog Apple Haters paling terang lagi bersuluh. Hahaha! Dan aku dalam setiap kerja apa kerja yang aku lakukan, sentiasa tidak memilih Apple dalam apa-apa jua produk yang mereka keluarkan. Dan sehingga hari ini, timbul persoalan ramai mengapa aku, seorang yang amat-amat bencikan produk Apple, boleh menggemari produk Apple with peace of mind pada ketika ini? (more…)

Posted on 28 December '10 by , under Apple, Gadget. 106 Comments.

Menarik gila promosi Jom Jimat 2 Serverfreak ni!

Salam guys!

Artikel ini Khai keluarkan tanpa sebarang bayaran dari pihak Serverfreak tetapi sekadar ingin berkongsi pada mereka yang berminat untuk mempunyai blog sendiri tetapi bingung memikirkan caranya. Hari ini, pihak hosting Serverfreak telah mengeluarkan promosi JOM JIMAT yang ke-2. Jom kita nengok apa yang menarik.

Ini adalah promosi kepada blogger baru yang paling dasyat sebenarnya pernah Khai lihat. Free domain, free template dan free setup pada harga RM80 sahaja. Kalau korang tak tahu, harga RM80 tu baru cukup untuk korang beli hosting. Itu pun hosting paling cikai dan TIDAK termasuk dengan domain, template percuma yang cantik dan setup blog engine yang percuma.

Domain PERCUMA, Template Blog PERCUMA, Design Banner PERCUMA, Design Background PERCUMA dengan setiap belian Pakej Hosting WordPress 2GB pada RM80 setahun sahaja!

(more…)

Posted on 8 December '10 by , under Lain-lain. 33 Comments.